Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 3



:...Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 1
:...Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 2



Nampaknya ako kena lebih semangat dan Tak boleh malas2 utk buat entri nie, HuHuHu klu tak cerita nie akan Tergantung dan tidak berpenghujung la jawabnye, HaHa Tak best la klu macam tue kan..sebab saya nie agak cerewet sikit dalam bab meng"edit" gambar, tue yang bikin malas dan penat betol..HaHaHa ok Tak pe! Tak pe! Part ke-3 nie ako cuba utk habiskan cerita ini bagi siri jelajah di SYDNEY..so banyak la gambar2 yang bertepek kat sini dan maybe entri yang panjang jgak la kot. Nanti di penghujungnya saya akan buat summary utk kos keseluruhan perbelanjaan saya time di Sydney ok..Ye lah kot-kot boleh membantu korg jgak la klu nak save budget ke Sydney kan :-p

Part nie ako cuba utk short kan je sebab banyak tempat yang kita org pergi dengan menggunakan i-Venture Card and saya akan bagi comments and rates dia per/10, so boleh la korang nilai mcm mn kan and ini pon adalah berdasarkan penilaian peribadi ako sendiri, Ye lah kot2 taste kita mungkin berbeza dan minat yang berlainan. Ok tak nak cakap lebih2, Jom..


Royal Botanic Gardens, Sydney
Rates: 9.3/10
Location: Mrs. Macquaries Point
Admission: Free of Charge (FOC)


Pagi tue kita orang terus shot lepas waktu subuh ke Cirqular Quay ambik bas No. 373 dari Malaysia Hall, sampai je apa yang perlu korang buat buka Hp and Google Maps, percayalah sepanjang kami di Australia nie GOOGLE MAPS sangat-sangat penting dan banyak membantu anda nnt! Try walking and search je kat mn nak tuju, Insha Allah semuanya mudah dan sampai ke destinasi dengan selamat..

Lepas sampai je kat Royal Botanic Gardens nie, banyak pokok2 dan tanaman yang mungkin korg tak pernah dengar or nampak sebelum nie, My suggestions is you should be come Here! kalau tak rugi sebab gambar2 anda akan cun dan meletops kat area nie..HaHaHa! sambil2 dapat menghirup udara yang segar dan sangat menenangkan fikiran anda. cer tengok gambar2 kita org ada "meletops" tak? HaHa





Kalau nak dapatkan views yang cantik especially utk Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge set kan dalam Google Maps tue ke Mrs Macquaries Point sebab situ lah area dia yang sebenar utk para photographer2 klu shot views Sydney Opera House yang cantik. Memang cantik dan pagi tue udara segar sangat event tengah bandar tapi tak rasa pon "haze" (Jerebu) bukan macam kat tempat kita boleh sesak nafas dengan asap kilang dan kenderaan kaaan..! sori erk, ako cakap ikhlas, bukan nak menghina tp nk kata mcm mn kan itulah kenyataannya.




Apa yang ako suka pasal attitude orang Aussie nie ones dorg sangat Friendly and very Energetic sbb bila kita org tanya dorg tentang environment and life style or everywhere people in Sydney jawapan dorg "Akan pelik bila orang itu Tidak ber-Jogging" so, Sentap mak nak! uolls..bila dengar Jawapan tue, balik dan tengok pada diri kita sendiri..malu noks! HaHaHa


Chinese Garden of Friendship, Sydney 
Rates: 6.5/10
Location: Darling Harbour
Admission Adult: AUD6 = RM18.40



Ok part nie muke mcm murung sikit dalam gambar nie sambil2 pegang daun, HaHaHa Tp daun dia berguguran dengan warna kemerah-merahan..cantik sangat! Overall tempat nie biasa-biasa je nampaklah Chinese Style dari segi Architecture and Garden dia, Tp tak de ape lah yang menarik sangat..kat malaysia pon byk je boleh jumpa mcm nie kaan? HeHe cuma daun and pokok2 dia je lah yang menarik. Kbai..next


Madame Tussauds, Sydney
Rates: 7.6/10
Location: Darling Harbour
Admission Adult: AUD36 = RM110.50




Ok la utk mcm kita org nie yang 1st time datang sini ada jgak la rasa ke-excitedan dia nk ke tempat mcm nie, lagi2 kat Malaysia pasti tak ada Wax Museum mcm nie kan, erkk btol ke? (ada kan klu tak silap..kat mn tue? lupe lak) HeHe atau yang lebih dikenali Madame Tussauds. Ceritanya Madame Tussauds nie la org pertama yang mengukir bentuk manusia daripada lilin, then cerita tue diadaptasikan lah sampai sekarang (betul ke adaptasi tue? ako mcm malas dh nk pikir and cerita panjang2) penat dan byk lagi nk cerita lepas nie..HaHaHa!! 




So, My comments kalau anda betol2 minat seni dan ukir2 nie, memang patut korang kena datang sini..tp klu korg yg jenis Muke Poyo dan skema sikit diingatkan better AUD36 kau tue pergi ke tempat lain, sbb bagi ako tempat nie biasa je, dok menatap muke2 patung tue je and bergambar2..kalau tak sebab i-Vanture Card tue sure ako tak akan masuk tempat nie, HaHaHa sebab 1st masuk je rasa excited, then lama2 dh kat dalam tue boring la plak! Tak tahu nk buat apa, nk bawa bercakap dengan patung tue pon nnt orang sekeliling cakap ko Gilak plak! HaHaHa 


Wild Life Sydney, Zoo
Rates: 7.9/10
Location: Darling Harbour
Admission Adult: AUD40 = RM122.80




Sedih sebab Kangaroo kat dalam Zoo nie tak boleh nk cium2, Peluk2..nak bergambar pon Tak boleh, so disappointed jgak la! ada part klu nk bergambar dorg yang provide sendiri dan itu pon edit mcm dlm studio kena bayar around AUD20 erk? klu tak silap..Hurmmmm bek tak payah la kan! So, masuk je dalam Zoo nie jenjalan je lah..tapi dia buat dalam 1 kawasan yang tertutup dan dalam kaca dia bukan mcm Zoo kita kat Malaysia nie ok, dia semua dalam kawalan habitat dia yang tak semula jadi, Byk jgak la benda yang menarik dan boleh lah ambik gambar di sekeliling dia. Taronga Zoo tue baru betul2 open and secara semulajadi dalam habitat dia, tapi kita orang tak sempat pergi, ingatkan Wild Life Sydney Zoo nie boleh la cover kepuasan dalam bab mencari Kangaroo and Koala, Tp hampeeh..yg lain tue BINATANG-BINATANG dia hurmmm kat Malaysia pon berlambak dok ye? HeHeHe


Sea Life Sydney Aquarium
Rates: 6.2/10
Location: Darling Harbour
Admission Adult: AUD40 = RM122.80



Siapa yang suka tengok ikan-ikan tue, bek datang sini..Tp kat Malaysia pon ade je kat Aquaria KLCC tue konsep dan tarikan dia sama je. Honestly saya dan Kak Jai dah tak heran dah tgok ikan-ikan nie sebab feeling dia tak sama dengan apa experience yang kita orang lalui semasa kat Pulau Mabul tahun lepas click here!. So, high expectation kita org pasal Sea Life nie mcm biasa2 Je..ceh, (ayat berlagak sikit) HaHaHa nak tahu kita org kat Mabul siap Diving and Snorkeling lagi Taw! Haaa Ikan pon bole pegang-pegang lagi taw :-p 

Hurmm Ok la nmpaknya ako tak dapat jgak nk habiskan keseluruhan cerita SYDNEY nie dlm part-3, so akan bersambung lagi lah utk Part-4 arrghhhhhhhh....ini tak masuk MELBOURNE punya cerita lagi. adoiiii mahu berbulan jgak la ye nk buat entri especially utk AUSTRALIA nie. Saborje lah..dengan kengkangan masa kat opis dan line internet kat rumah pon lembap mcm siput "CADBURY" huh! nie pon curi2 ambik masa buat kat opis..sabar ye kengkawan..HeHe kita akan berjumpa lagi di part-4 lagi ye..Salam!


:.....click here for Part 4


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1