BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 6



:.....click here for Part 1
:.....click here for Part 2
:.....click here for Part 3
:.....click here for Part 4
:.....click here for Part 5


Bila aku cuba compared BLOG aku ni dengan blog yang lain macam blog aku ni tak menarik macam orang lain punya BLOG. Followers aku pon tak ramai, tapi aku buat ni as long as untuk kepuasan diri aku sendiri je. Kadang-kadang ayat yang aku cuba sampaikan dalam blog ni ibarat aku syok sendiri la. Bahasa aku pon tunggang terbalik. So, aku minta maaf la dengan kawan-kawan semua yang sudi membaca blog ni, any comments or questions about my BLOG just ask me, im so appreciate it. Tulisan ni kecik ke? or bila aku cakap sabahan ada yang tak faham? just tell me..tell me ok. please! and anytime. HaHaHa sebab level blog aku ni kampungan je tak la macam uolls punya dah level sampai international kan.


TOKYO IMPERIAL PALACE


Princess Anna is our model in Japan

Time aku kat Jepun ni untuk makluman korg aku tak pkai DSLR pon untuk snap gambar, all pictures only by my SAMSUNG NOTE 4. so, bila korang perasan gambar-sambar aku ni semua just straight snap je dan tak berseni langsung. Ada satu masa kat sana, Kjai perasan bila lihat hasil tangkapan gambar aku dh tak semangat seperti dulu. Hm entah lah! tapi aku tetap akan cuba yang terbaik dan maybe feeling aku bila pegang camera Hp ni compared dengan DSLR jiwa tu dia tak datang

Ok. kita dah masuk part 6 aku nak cerita la pasal Imperial Palace kat Tokyo ni. Masa kita orang sampai kat sana, kita orang sangatlah kecewa sebab tak dapat nak masuk ke dalam Imperial Palace, just walk around there.Take this as our experience for uolls bila kau ada plan nak ke sini korang kena siap-siap buat reservation ok and for more infomations about this, please click here Imperial PalaceBila kau baca balik sejarah tempat ni, kawasan ni adalah tempat kediaman utama Maharaja Jepun sejak 1800 tahun dahulu.


Pelan lakaran dalam Imperial Palace

Terserlah kekecewaan pada raut wajah ku, HuHu

Sebab lain juga, tempat ni pon cantik bila kau nak buat photoshot. Pada akhir tahun banyak pokok di sini akan berubah warna nanti disepanjang jalan menuju ke sini. Then ada part lain kita orang pun salah faham dengan tempat ni between Meiji Shrine, mujur aku ada download siap-siap kat YouTube orang travel kat Japan sebelum ni. Bila tengok balik Meiji Shrine jauh tempat dia from here. Macam aku ni tak suka bawa paper bagai kehulur hilir, study tetap study dalam blog but aku lebih suka tengok video untuk aku nak faham. Balik cerita pasal Meiji Shrine tu, rupanya kita orang silap tempat dengan Imperial Palace ni ingatkan dekat je area dengan sini. So, trip ni kita orang termissed la untuk ke Meiji Shrine. sedih! :-( kalau nak review bentuk rupa Meiji Shrine ni macam mana click here!



TOKYO TOWER




Tokyo Tower ni adalah struktur bangunan ke-2 yang tertinggi di Jepun. Inspirasi pembinaan menara ni sebijik rupa dia macam Eiffel Tower kat Paris tu. Bila malam tower ni memang cantik dan dia adalah salah satu mercu tanda bagi bandar Tokyo. Ketinggian menara ni ialah 332.9 meter dan info lanjut kau click link ni Tokyo Tower. Tak perlu la kot aku nak cerita lebih-lebih kan pasal Tokyo Tower ni belambak kat google tu bila kau search nanti. Aku just nak selit lebih pasal cerita / journey aku kat sini kan. Bab-bab info ni google je, senang. Eh..nada aku macam marah ke? ke ayat aku kasar? no worries ok hati aku tetap lembut ibarat selembut sutera. gittew! HaHaHa 


Area-area nak ke Tokyo Tower
Kjai and Ana bila dah jadi Genk!

Bila aku shots gambar diorang ni macam best je kan, tapi bila part untuk gambar aku? Hm hampeh! Ada masa tu aku betul-betul marah dengan adik aku ni si Ana, dia kalau bab minta tolong ambilkan gambar dia ok, but the problem is semua tak menjadi ok. Isk!! aku betul-betul geram dengan Ana ni, sampai satu tahap tu aku tinggi suara dengan dia. HaHa lepas tu dia merajuk dan tak mahu dah ambil gambar aku takut kena marah lagi. Ye lah, dia tak tengok betul-betul angle yang sesuai dan posisi badan aku macam mana. Dia main snap je uolls, mana kau tak marah kan? dah la moment area tu cantik. Kau pon tak nak lah rugi kan bila ambil gambar dapat yang tak sharp dan tak ready. HaHaHa Tapi aku tetap sayang adik aku ni..Muahciked! :-*



AKIHABARA


Laju je diorang ni berjalan. Time is GOLD for them

Ok. part ni adalah untuk orang-orang yang suka GADGET dan yang nak cari SOUVENIR murah. Then ini lah kawasan dia yang sebenarnya! dan area ni kita orang banyak shopping kat sini. Ana dan Kjai dapat hasil tangkapan Jam tangan SEIKO orignal in JAPAN, bila kau compare harga dia dengan harga kat Malaysia tersangatlah murah. So, siapa bilang Jepun semua benda mahal? not at all ok. Jam tangan Seiko and etc yang keluaran Japan jauh beza harga dia dengan tempat kita. Let say, kat Malaysia harga around RM2,500 kat sini korang boleh dapat dengan harga RM600 sahaja. seriously! sampai adik aku ana ni pinjam card credit aku dan time kat situ juga lah dia bayar cash money RINGGIT kat aku balik ok, sebab gile tengok harga jam tu. Haa nasiblah aku ni jenis yang pakai hanya satu benda je cukup lah dah ada satu jam SWATCH Swiss. HeHe (nak juga sebut jenama kan).


Wah Ana and Kjai shopping dapat Jam baru :-)
Keychain dia mahal sebijik 450Yen = RM14.40
T-shirt harga 1,000Yen = RM36

Bila nak beli souvenir-souvenir ni semua, aku betul-betul minta maaf la dengan korang semua sebab mahal sangat. Honestly, orang yang rapat dan kawan yang betul-betul kawan je lah yang mampu aku ingat time tu untuk belikan souvenir ni. Kalau kata nak belikan untuk genk 1 office tu memang tak mampu la uolls. Aku dan adik aku cakap YA kawan yang betul-betul kawan je lah. That's all. :-D dan untuk family plak itu lain cerita, diorang punya semua HardRock Cafe taste ok. This is my 1st time beli T-shirt HardRock. Kat Jepun aku boleh beli plak kan? dah la mahal. Eh..HR kan harga dia semua standard in whole world. Tak ada bezanya kat tempat lain mahal ke murah ok sama je. Ini pon sebab hasil hasutan Kjai, HaHa! katanya nak pakai time esok kat Disneysea nak seragam semua pakai HardRock Cafe T-shirt. ok aku layankan je lah. HaHaHa

Orang Jepun ni sangatlah mengamalkan budaya yang tinggi. Bila kau masuk kedai diorang, diorang tetap akan layan kau baik even kau beli or tak. Kau keluar kedai pon tanpa apa-apa barang dibeli dia tetap akan bagi senyuman dan cakap terima kasih. Aku memang salute la dengan diorang ni. Bab kau nak tanya apa-apa pon untuk minta bantuan dorang sangat senang untuk tolong kau sampai kau dapat pertolongan tu. Bahasa it's doesn't matter. Janji kau faham dia dan dia faham kau. Aaaaahhh banyak lagi aku nak share ni. Part 6 ni pon tak habis lagi dan esok dah isnin, so aku tak boleh la nak tidur lewat sangat, kita kerja uolls. Next part aku akan cerita pasal Disneysea plak. Stay tuned ok. 

To be continued..


Next...click here for Part 7.


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1