GARDENS BY THE BAY, SINGAPORE 2016

Salam.

Hai Guys, kat sini aku nak share kat korg pasal review Garden By The Bay from Kak Jai (Norzainariah binti Abu Hassan) seperti yang dijanjikan dalam entry aku Drive masuk ke Singapore hari tu.

So, Jom kita baca al-kisah dia..





Dah lama aim nak ke sini sebab saya memang pencinta alam semulajadi, bukan macam dia orang tu..(Tuut) haha. Kita orang sampai dalam jam 2.30 petang. Sebelum tu sesat sikit sebab pergi ke bahagian yang lain, rupa-rupanya Garden By the Bay ni besar jugak ada Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden. Hmm nasib baiklah ada driver yang cekap dan hensem macam Ahmad, dan ada co-pilot yang cool macam saya ni (rileks ker?? mengelabah selalu rasanya..haha), jadi akhirnya kita orang sampai juga ke sini. Memandangkan Ahmad, Ana dan Adeq tak nak masuk ke dalam ni walaupun kepala dia si Ahmad tu dihasut oleh saya, dia tak makan jugak haha. Dia orang decide nak jalan-jalan sekitar Marina Bay Sands ‘jer’, jadi masuklah saya sorang-sorang. Dah janji dengan Ahmad, pukul 6.00 petang tunggu dekat bawah Super Tree Grove depan info counter tu. Tapi sebelum kita orang berpisah, Ahmad sempat 'mengayat' adik informer ni. Tapi ayat dia tak berapa nak powerlah. So, tak jadi apa-apa la..alaaaa!

Jadi, bermula lah pengembaraan saya seorang diri ke Gardens by the Bay walaupun tidak keseluruh bahagian. Saya memilih untuk masuk ke Flower Dome dan Cloud Forest dengan harga tiket SGD28. Kedua-dua dome ni glass house. Jadi cahaya matahari masuk secara semulajadi. Ramai pelancong tempatan dan luar yang masuk kesini. Memandangkan cuaca panas, memang sesuai untuk memilih tempat macam ni untuk bersantai.





Masuk jer ke Flower Dome tu, saya disambut oleh staf-staf yang sangat mesra. Ekspresi pertama saya, 'wowww' Besarnya taman ni dan cantiknya, memang terapi minda la datang ke sini. Di dalam Flower Dome ni, ada banyak pokok-pokok unik dari serata dunia dan ada di antaranya berusia beribu tahun. Pokok dijaga dengan penuh rapi oleh pihak pengurusan, terasa autumn di Jepun plak sepanjang berjalan di dalam ni, sejuk! hahaha. oh Tokyo! Deko taman ni berubah-ubah mengikut musim. Kebetulan waktu saya pergi ni, theme dia Dahlia Dreams. sempena Gong Xi Fa Chai banyak jugak la arca monyet daripada bunga. Walaupun saya ni bukanlah peminat Dahlia tapi Dahlia ni cantik sangat rupanya. Tema ni di inspirasikan dari cerita dongeng Journey to The West mengikut kepercayaan masyarakat Cina. So enjoy looking at the pics ok. 








Tips: 

  • Pakai kasut yang sesuai sebab anda akan berjalan dengan jauh di dalam dome ni.
  • Matta Fair offer dengan harga yang murah jer RM58 jadi kalau bercadang kesini, belilah awal-awal.


Kemudian, tengok masa ada 1 jam lagi. Saya kene bergerak ke Cloud Forest ni, takut tak sempat nanti. Cloud Forest merupakan taman yang mana di dalamnya ada air terjun buatan yang tertinggi dan dinobatkan ‘The Tallest Indoor Waterfall’ iaitu 35 meter. Penuh kehijauan dengan suhu yang sejuk jer dari Foothills, sayup je kita tengok orang berjalan melalui Cloud Walk tu. Jadi, apalagi naik lif sampai ketingkat atas sekali iaitu Lost World. Saya berjalanlah perlahan-lahan menyusuri jambatan gantung tu sambil enjoy melihat pokok-pokok hijau dan bunga yang sangat mempersonakan dari seluruh dunia. Di puncak Lost World tu, ada pokok taman ke cubung tengah kolam tu, ala-ala cerita Avatar gitu. Ada banyak spesis pokok hutan di sini, orkid, paku pakis eksotik dan bermacam-macam spesis pokok yang tak pernah saya jumpa. Perasaannya berjalan macam ni walaupun sorang-sorang, syokkkwooo..hahaha. Boleh melayan perasaan dan berangan-angan gitew! :-)







Tips: 

  • Pakai kasut yang tapak kasar sebab laluan di jambatan tu licin disebabkan percikan air terjun tu.

Seperti biasa, tujuan saya melancong selalunya beserta niat untuk mencari pengalaman dan mengagumi ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Rasanya objektif tu tercapai dengan kunjungan kesini, sebab saya rasa sangat teruja bila ternampak pokok-pokok yang sangat indah ciptaannya di sini. Belum habis lagi..saya akan kesini semula nanti sebab tak sempat nak bergambar dengan Super Tree Grove yang cantik tu pada waktu malam dan berjalan-jalan di atas pokok tu. Kalau anda 'nature lovers' macam saya, percayalah, tempat ini tak akan mengecewakan!

Selepas tu dah hampir pukul 6.00 petang, cepat-cepat saya ketempat yang dijanjikan, walaupun perut memulas-mulas minta di isi..and finally, for the very FIRST TIME, Ahmad menepati janji..hahaha!













Sedang menikmati pemandangan indah dan pokok, saya terpandang sepasang pasangan di usia emas sedang jalan berpegangan tangan bersama-sama. "How sweet the loving couple" Bahagianya hidup bersama sehingga usia begitu. Saje saya lambatkan perjalanan untuk capture gambar mereka, tapi berlakon capture gambar orkid kat atas tu. Hehe!


-The End-

Waktu Operasi Gardens By The Bay Singapore

Bay South Outdoor Gardens (Avatar):  
Buka jam 5:00 pagi - 2:00 pagi setiap hari (free)
Cloud Forest & amp Flower Dome: 
9:00 pagi - 9:00 malam setiap hari. 

**Masuk terakhir jam 8:00 malam setiap hari (beli tiket)


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1