TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 3




:...click here for PART 2.

Disebabkan banyak celoteh dan idea dalam part 2, so ini adalah kesinambungan cerita utk DAY 2 dalam aku travel solo ke Bangkok ni. Korg kena tabah dan teruskan bersemangat ye bila nak baca bloG aku ni. Hahaha! (aku byk syok sendiri) but this is my way. Im not fake.

:-D


Lumpini Park
rates: 7.2/10



Lumpini Park



Ada orang bila travel dia lebih suka relax dan cari ketenangan atau more to nature. Dan ada orang juga dia lebih suka kepada shopping dan life urban. So, which one is yours? for me..im more to nature and relaxing. Jadi bila ko ke Bangkok sesuai la untuk kau nak datang ke Lumpini Park ni. dia tak ada special apa pon. ala "park" tempat orang dating, jln2 dgn family or nak jogging. 

Petang selepas pergi Wat Arun agak panas time ni, aku pon stay and relax dlu kat padang sebelah The Grand Palace. and bila dh cool sikit aku tak tahu dari plak nak jalan kaki je ke atau nak naik grab/taxi ke Lumpini Park. sebab dah terlalu penat dan panas time tu. so, aku decided utk ambik tuk-tuk. Atleast merasa la kan kat sini ko naik tuk tuk. asyik2 train je. hehehe! kn bayar la 170THB (dlm RM21.47).

sori la bahasa aku byk logat sabahan. jd harap ko paham-paham la aah.

#Iamsabahan


seorang je nok..fefeeling diva la kau! byr pon ala diva la kan.
Lepak tepi tasik Lumpini Park. Tenang je..
kebetulan time ni ada persembahan orchestra 
Nobody want to offer to take my picture. huh!




Bagi aku, Lumpini Park ni cukupkan syarat je untuk kau nak tengok aktiviti petang kat Bangkok ni. Tak ada apa2 yang menarik sangat kat sini. Kau akan nampak orang byk beriadah dan aktiviti sama family. Lebih dari tu..ko duduk tepi tasik dan layan "fefeeling kau" la kan. Klu ada aweks or someones ajak ko berborak tak ape lah jgak kan. ni ko krik krik je lah. hehe! sejam lebih aku spent time kat sini, aku pon dh penat sangat dan next plan mlm ni aku nak ke Hard Rock cafe. Yeaah! apa lagi shopping and live band time la uolls. 

Apa-apa pon aku kena balik hotel dulu untuk mandi, solat dan rehat. Mlm ni kena la wangi-wangi sikit. barulah nnt ko nak lepak kat hard rock tu tak bau masam (kot-kot la ada scandal nak datang kan) hahaha and mlm nnt mesti happening bagi aku sbb esok nak christmas kan. my early expectations :-p



Hard Rock Cafe Bangkok
rates: 8.6/10

Hard Rock Cafe Bangkok

Mcm biasa, hard rock cafe adalah tempat wajib aku untuk singgah bila travel. sbb aku jenis yang buat collection T-shirt hard rock. hehe! mlm tu dapat la sehelai t-shirt hard rock classic harga semua standard worldwide. ok bagi yang mencari-cari kat area mana locations hard rock ni, senang je. Ko turun kat BTS Siam dan dlm lebih kurang 5 minit mcm tu ko akan sampai ke sini. Just jalan kaki je. aku x boleh nk bagi direction kat korg la sbb aku x tahu korg dari arah mn turun train tu. nnt bila agak2 confius ke..haa ko buka je lah waze tu or google maps ke. senang!


kita chil-chil jak la sama jus strawberry sambil layan live band 










Apa yang aku dapat perhatikan selama ni psal hard rock cafe, bila kau di mana-mana negara orang pon mesti kau akan nampak kelibat atau orang malaysia yang shopping di hard rock ni. Mostly! hahaha ndak taw la memang orang Malaysia jak ka yang layan hard rock ni? ya lah kan mungkin ini lah standard level mcm "kami" ni, nak shopping brands yang mahal-mahal..tak mampu uolls. hahaha! aku nampak kakak tu seorang pulun byk2 baju HRC sampai 20 helai x silap. aik kak? berniaga ke..hehe! mesti ramai follower akak tu bila offer slot-in baju HRC utk kwn2 dia.

circus tepi jalan, best kelakar jak badut ni..hehe

Siam Bangkok, Thailand

Mlm tu sangat happening, dan aku pon xnk lah lama sampai lewat mlm. dh lah nnt balik sorg2 plak..takut train dh tak ada. so, dlm pkol 11mlm mcm tu aku pon gerak la balik and catch-up train cepat2. dapat lah cuci mata sikit dengan byknye attractions kat tepi2 kedai di area siam ni.  




meiji banana. sedap nok!
Malam tu aku kena tido awal, sebab esok pagi dh kena bangun subuh utk gerak ke Lop Buri (ala yang bunga matahari tu) sunflower field. Jadi..ko kena disiplin kuat dan tepati masa sbb nnt klu lambat train pkol 7:10am ko dh kena tinggal. Jd sebelum tido tu mcm biasa la kita pekena dlu susu meiji ni singgah beli kat 7eleven dalam otw nak balik hotel. Susu ni memang sedap..aaah! setiap malam aku minum susu ni ok. baby baby gitew..

HaHaHaHaHa

ok Gud nite! kita continue di PART 4 plak ye dalam DAY 3 khas untuk Lop Buri sunflower field.


:...click here for PART 4.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1