WEDDING'S SITI ZUBAIDAH LAKIBUL & ABDULLAH PALDON
-Niqah- 20 MAC 2014 18 Jamadil Awal 1435H Tarikh tersebut bermulahlah kehidupan baru buat adikku Siti Zubaidah binti Lakibul bersama pasangannya Abdullah bin Paldo n yang mengakhiri zaman bujang mereka. TAHNIAH! selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah ..semoga masjid yang terbina ini mendapat maghfirah dan keberkatan Allah S.W.T Buat pertama kali juga bagi diriku menjadi WALI buat adikku selepas ayah meninggal dunia pada Novermber 2013 tahun yang lepas. Rasa sebak dan sedih bila Majlis seperti ini kehilangan seorang yang penting dalam keluarga kami dan yang sepatutnya menjadi wali dalam pernikahan adikku. Tetapi qadaq dan qadar Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya, TANGGUNGJAWAB buatku menjadi sebagai ketua keluarga yang harus aku pikul selepas kehilangan ayah. Pagi itu, ibu mengalirkan air mata bila terkenang arwah ayah sudah tidak ada dan aku sedar akan tanggungjawab ini bukanlah mudah bagiku untu...