WEDDING'S SITI ZUBAIDAH LAKIBUL & ABDULLAH PALDON
-Niqah-
20 MAC 2014
18 Jamadil Awal 1435H
Tarikh tersebut bermulahlah kehidupan baru buat adikku Siti Zubaidah binti Lakibul bersama pasangannya Abdullah bin Paldon yang mengakhiri zaman bujang mereka. TAHNIAH! selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah..semoga masjid yang terbina ini mendapat maghfirah dan keberkatan Allah S.W.T
Buat pertama kali juga bagi diriku menjadi WALI buat adikku selepas ayah meninggal dunia pada Novermber 2013 tahun yang lepas. Rasa sebak dan sedih bila Majlis seperti ini kehilangan seorang yang penting dalam keluarga kami dan yang sepatutnya menjadi wali dalam pernikahan adikku. Tetapi qadaq dan qadar Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya, TANGGUNGJAWAB buatku menjadi sebagai ketua keluarga yang harus aku pikul selepas kehilangan ayah. Pagi itu, ibu mengalirkan air mata bila terkenang arwah ayah sudah tidak ada dan aku sedar akan tanggungjawab ini bukanlah mudah bagiku untuk memikulnya.
Alhamdulillah PERNIKAHAN adikku berjalan dengan lancar dan baik, ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang turut hadir dalam memeriahkan majlis ini. Doa kami buat Beb and Paksol, SELAMAT PENGANTIN BARU dan selamat menempuhi alam yang baru sebagai suami dan isteri, tolerate dan banyakkan bersabar bila menempuhinya bersama. Insha Allah semoga berkekalan hingga akhir hayat till JANNAH dan mendapat barakah dalam kehidupan, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin!
-Wedding Reception-
24 MAC 2014
22 Jamadil Awal 1435H
HAPPY WEDDINGS DAY! BEB and PAKSOL, may your marriage bring great joy, LOVE and PASSION in your life. I wish u both have a wonderful marriage and a happy life ahead.
Segala persiapan telah diatur dengan baik dan teliti, sehari sebelum reception wedding tue kami as family semua adik beradik check-in di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu sebab untuk memudahkan persiapan dan persediaan pada hari esoknya. Paling happy sekali anak-anak buahku semua, especially anak-anak si Dadung yang first time dapat duduk hotel dan merasa swimming pool..HeHeHe kecoh btol la budak-budak tue semua, habis 1 floor hotel tue diorang buat balapan untuk berlari-lari. Apa-apa pun janji happy semua kan, tak henti2 petang siang malam nak minta bawa ke swimming pool sebab tak puas rasanya nak bermandi manda kunun budak2 tue..adooii letih btol la :-p
Esoknnya, 24 Mac 2014 (Isnin) Majlis Persandingan buat Beb and Paksol, Checklist semua dan checked and get ready untuk majlis petang dan malam itu bertempat di Dewan Wisma Wanita. Kami sekeluarga belah pihak perempuan mengenakan tema baju warna CREAM dan belah pihak lelaki warna PURPLE. So, malam tue just buat apa yang patut dan menjemput pada tetamu-tetamu yang hadir dan jumpa la sanak saudara yang kadang-kadang tak sangka tak pernah jumpa dan nampak sebelum ini.
Majlis nie kami tidak provide makanan dari katering dan semuanya adalah di masak sendiri dari pihak lelaki dan perempuan dan di combine kan sekali, bila tidak ada keputusan yang "konkrit" dalam penyediaan menu maka terhasilah 22 jenis MENU pada malam tue. HaHaHa Gempak weii macam hidangan dalam restoran plak, pilihan 22 jenis sampai2 tetamu yang hadir mengatakan This is my 1st time attend wedding party yang makananya memang "Havoc" HaHaHa pujian diberikan dan Alhamdulillah makanan semua sedap2 belaka...pihak perempuan Chief Chef kita credit to ABANG FADILLAH dan KAKAK INDAH. You did it very well...Tahniah Tahniah walaupun perlantikan as "CHEF" nie as last minute..HaHa! Kata kakakku petua dia baca Bismillah dan selawat sahaja dan masaklah dengan penuh Ikhlas dan kasih sayang (Love). Ko rasa...ko mampuuu?? :-D
Finally, everything berjalan dengan baik dan lancar..ALHAMDULILLAH! selesai semuanya majlis tue, walaupun ada lah beberapa cacat celahnya dan tidak dinafikan. Ada time time dia tue agak kelam kabut sikitlah dibuatnya..HeHe biasalah tue kan. Ok, for appreciation Thanks a lot to everyone pakcik makcik, jiran-jiran, kawan-kawan yang dari jauh sanggup datang dan family semua yang banyak membantu dan memeriahkan majlis ini..Terima kasih banyak2, Mohon maaf lah sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dalam majlis tersebut. So, Beb and Paksol..next honey moon di mana kamu? macam Bali, Indonesia tue kan..HeHeHe selamat untuk kamu berdua. Paksol jaga si beb baik-baik ya..Beb selalu dengar cakap suami tue ya..Sekian! :-)
Sorry, sebab lewat update dalam entri blog saya nie, almaklumlah YB selalu busy HeHeHe
Thank You!
Comments
Post a Comment