Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik






SYARIKAT SABAH SEASOURCE TRADING
Export dan Import Hasil Laut
Lot No. 11 & 12 Jalan Tun Fuad Stephen
Kota Kinabalu, Sabah



Disebabkan permintaan yang ramai dari kawan2 from Semenanjung Malaysia bila saya balik Sabah, kesempatan ini saya pon nak promote la kat uolss kedai/Syarikat Adik Ipar saya sendiri bagi pemborong atau pembeli Ikan Masin, Ikan Bilis, Udang Kering dan macam2 lagi lah seperti dalam gambar di atas. Haaaa kedai ni familiar ok..lalu je depan Pasar Pilippin di Kota Kinabalu, sah-sah korang akan nampak jualan ni kan..so, lepas nie kalau yang tak berkesempatan berkunjung ke KK dan teringin sangat atau "mengidam" dah nk mencari Ikan Bilis dan Udang Kering yang TERBAIK! dari Sabah tu, saya bersedia untuk membantu anda..


Bukan apa uolls, bila kwn2 dapat khabar yang saya nak balik Sabah ramailah yang berpusu-pusu nak meng"order" segala bagai Especially Ikan Bilis, Ikan Masin dan Udang Kering...sah-sah saya kena add-on Luggage bila nak naik flight balik semenanjung sampai kilo yang semaximum mungkin ok. Tapi bila saya terfikir permintaan yang ramai mcm ni, why not saya promote la kan dan membantu orang-orang lain yang nak order HeHeHe but I'm seriously dalam Busniess nie ok! Don't worry Harga dia, harga "Adik Ipar" punye yang termurah dan service yang Terbaik. Jujurkan saya nak cerita dalam semua ni, Insha Allah niat saya hanya untuk membantu.
Bila-bila masa uolls teringin dan nak kiriman boleh la rujuk maklumat seperti di bawah dan saya hanya Highlight beberapa Hot item sahaja, kiranya ada permintaan lain dari yang ini kindly u can ask me anytime:

 Ikan Bilis Kopek

Kod: AL01
Ikan Bilis Gred AA - RM28/kilo


Ikan Bilis Halus

Kod: AL02
Ikan Bilis Halus No.1 (Kecil Halus) - RM35/kilo
Ikan Bilis Halus No.2 (Besar Sikit) - RM30/kilo


Udang Kering Sabah

Kod: AL03
Udang Kering Gred AA - RM36/kilo

Udang Kering Geragau (Bubuk)

Kod: AL04
Udang Kering Geragau Biasa - RM30/kilo

Kerang Kering Sabah

Kod: AL05
Kerang Kering Sabah Biasa - RM45/kilo

Ikan Keropok Sabah

Kod: AL06
Ikan Keropok Sabah Biasa - RM35/kilo

Ikan Masin Campur-Campur

Kod: AL07
Ikan Masin Campur2 (Ikan Kurau+Ikan Talang+Ikan Putih) - RM15/pek (500g)

Ikan Masin Kurau

Kod: AL08
Ikan Masin Kurau Saiz No.2 - RM25/seekor
Ikan Masin Kurau Saiz No.3 - RM15/seekor

Ikan Terubuk Masin

Kod: AL09
Ikan Terubuk Masin Besar Saiz A - RM20/seekor
Ikan Terubuk Masin Sederhana Saiz B - RM15/seekor
Ikan Terubuk Masin Kecil Saiz C - RM10/seekor

Rumpai Laut Kering

Kod: AL10
Rumpai Laut "Collagen" (White) - RM20/kilo
Rumpai Laut "Collagen" (Purple) - RM25/kilo

Sotong Kering Sabah

Kod: AL11
Sotong Kering Saiz Besar Berisi Tebal (Manis) - RM55/kilo

p/s: Harga tersebut di atas adalah tertakluk kepada perubahan harga semasa dan TIDAK termasuk dengan harga pos laju.
  • Sabah ke Semenanjung = RM11/kilo (Pos Laju)
  • Sabah ke Sarawak = RM9/kilo (Pos Laju)
  • Sabah ke Daerah Lain dalam Sabah = RM6.50/kilo (Pos Laju)
Sekiranya kawan-kawan ada pesanan untuk membeli sila beri kod dan kuantiti seperti maklumat di atas atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghantar komen seperti di bawah. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3