BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1




Assalamualaikum W.B.T 


Hello everybody, How are uolls? Eh,mcm lagu Adele-Hello plak dh kan, HeHeHe and just for sharing masa aku Travel ke Tokyo, Jepun ni lagu Hello ni tengah hits dan top masa tu. So, sempat juga la aku download kat Hp before bertolak ke Jepun dan boleh la aku nak dengar bila kat atas flight nnt kan (dalam hati). Tp aku download yang cover punya macam video kat bawah ni. Best ok! so, masa aku tengah menulis BloG ni pon, aku tengah dengar lagu (Hello) ni, sebab nak mengimbas kembali kenangan dan cerita aku kat Tokyo, Jepun last 2 weeks..then tetiba plak rinduuuuuuu Jepun! :-(


Ok, kalau bole uolls pon bila nak baca BloG aku ni, sambil-sambil tu dengar la lagu ni kan..HaHaHa! masa kat Tokyo, every morning before mandi aku akan buka lagu ni dan sambil-sambil isap rokok dalam suasan cuaca yang sangat sejuk time AUTUMN. Then, kau dapat tak feelings aku time tu mcm mn? HaHaHa after that, aku terus bersiap2 nak jalan nak Explore Japan

So, before aku nak share pengalaman, tips dan kos aku travel di Tokyo, Jepun ni. Untuk perhatian, mungkin entri ni akan mengambil beberapa pages (part) la, sebab cerita Jepun ni sangatlah menarik bagi aku dan pengalaman yang paling seronok yang mungkin tak boleh aku lupakan..seriously! so, aku akan lebih merapu dan akan syok sendiri nanti and maybe kau akan terasa boringlah..(sebab tak paham) kali orang sabah jak yang akan paham. HaHaHa I'll try my best ok.


TICKET FLIGHT





Masa nak beli tiket flight ni, aku dah plan awal-awal dalam 7 bulan awal macam tu, dan masa tu AirAsia tengah buat promotions Free Seat. Sedikit tips untuk nak grab tiket murah, uolls kena tunggu time betul-betul promotions sebab sebelum ni aku dok usha tiket flight dari KL-Tokyo range harga dia tak lari dalam RM800++ ke atas untuk harga return seorang. But uolls mesti terkejut dengan harga yang aku dapat masa ke Jepun ni, aku dapat harga ke Tokyo Haneda untuk seorang RM572 return

Timing kena betul dan cepat2 lah beli bila harga dah macam tu kan, so aku pon dah ready siap2 dengan credit card untuk member-member yang aku nak bawa travel sekali. Tips lain, beli time subuh dalam pukul 4am macam tu, sebab nak mengelakkan daripada web AirAsia jam dan busy time tu.

Now! Jom kita.................................#ExploreJapan!


AIRPORT HANEDA, TOKYO








Alhamdulillah, kita orang dah sampai Tokyo, Jepun. Haaa kau tau tak feelings aku time tu mcm mn?...aku macam nak jerit je kat dalam airport tu (Hello Tokyooooooooo) tapi apakan daya hanya (dalam hati jelah) HaHaHa. Tempat orang kot! tak pasal2 kau kena tangkap and kena hantar balik Malaysia plak, kau nak? nanti sia-sia je kan. HaHaHaHa!

Please be nice and be Good ok. 
(sambil sapu-sapu kepala) macam budak kecil, Gud Boy Gud Boy. aaahhhhh macamtuh.

Ramai orang memang nak ke Jepun, sebab Jepun best kot (kata kawan akula). so, kau akan merasakan satu ke-exitedan tu ok. HaHa! sabar-sabar and now, aku nak memperkenalkan kat korang genk travel aku time ni yang macam biasala dan ada tambahan seorang ahli ala-ala model gitew:-

1. Norzainariah binti Abu Hassan (Kjai)
2. Rohana binti Lakibul (Ana) adik kandung sendiri

Kita 3 org je, Tapi ramai orang cakap aku dengan adik aku ni mcm bukan adik beradik, sebab tak nmpk ada mirip macam adik beradik. HaHaHa, sebab adik aku ni cantik (orang lain bilanglah) dan aku Gemok dan Hodoh plak (mungkin perasaan aku jelah) tapi hakikatnya aku ni hensem dan baik hati. Kbai!

Masa sampai di airport tu aku dah deal siap-siap dengan kawan aku masa kat malaysia dan nama dia Masanori Kanke, panggil dia KANKE je. Nak cerita Immigrations dan kastam dia kat Airport Tokyo sangatlah bagus dan alhamdulillah semuanya lancar je. Macam biasala semua benda kau kena declare dulu dan jujurlah bahawa kau tak akan bawa apa2 barang yang terlarang and everything will be going smoothly. Kita orang bawa semua bekal makanan seperti 3in1, Maggi, Rendang, Serunding, Brahim's, Coklat dan lain-lain should be No PROBLEM in JAPAN dan untuk makluman sikit, Jepun tak perlu VISA daripada Malaysia.

Kanke (kawan japanese) aku pon dah tunggu kat luar time tu dan aku pon bagilah senyuman dari jauh serta pelukkan (hugs) as our friendship..barulah orang kata ada budaya melayu dan islamic di situ kan. Janji niat kita baik dan Kanke ni pon orangnya sangat baik dan cakap pon lemah lembut, standard la orang jepun kan bila  bercakap slow-slow dan sopan je. HeHe

Then, semua clear kat airport kita org terus bergerak ke Hotel dan Kanke la as our Tour Guide time kat sana. Dari KL masa tu bertolak pkol 2:50pm dan sampai ke Tokyo (Haneda) dalam pkol 9:30pm. Perjalanan flight lebih kurang 7 jam lebih. Clear clear pon sampai kat hotel dalam pukul 1am kita orang naik train dan ada missed communications sikit time tu dengan hotel yang asal kami booking dulu. Never mind, kita orang kena la cari hotel lain pada malam tu jgak dan kanke terus usahakan untuk kita orang dapat hotel. Alhamdulillah, dapat la juga Plaza Hotel, Tokyo. Hotel dia lagi mahal ok. HaHa Gud nite zZ.


ACCOMMODATION



Ini lah tempat penginapan kami sepanjang di Jepun ni, Flexstay Inn Higashi-Jujo, ok tempat ni sangat strategik sebab dekat sangat dengan Train station dan depan tu ada 7-eleven. So, nak cari apa pon senang lah nanti. Walaupon agak jauh dari pusat bandar Tokyo but no need to worries la sebab public transpotations di Jepun ni adalah yang terbaik di dunia ok.

Then, harga bilik pon amat berpatutan untuk satu malam dengan 6,557Yen = RM236 untuk katil queen bed untuk 2org. walaupon mahal jugak la sebenarnya tapi Jepun kot (standardla) kan. Tak pe lah! bila kau divided harga seorang dapatla RM118 untuk 1 malam. Janji tempat tidur dia selesa dan ada privacy toilet dia sendiri kan. Even tak ada swimming pool. HaHaHa sebab macam aku ni suka berenang bila stay mana-mana hotel time vacations.

p/s: Currency ringgit bulan Oktober 2015, 1,000Yen = RM36

For more details pasal hotel ni bolelah search kat google ok, FLAXSTAY INN HIGASHI-JUJO apa2 yang dorg provided dan kemudahan sekeliling hotel ni. Sorry la sebab aku pon minta tolong dengan kawan aku Kanke ni dan dialah yang suggest dan bookingkan hotel untuk kami (nasiblah ada kawan orang Jepun) I kan banyak friendlist International kat Facebook. HaHaHa So, aku tak banyaklah study pasal preperations kami ke Jepun ni.

Bila aku buka blog orang lain sebelum ni pon sangatlah complicated dan susah nak paham. Buka maps Tokyo, Japan pon nak cari jalan..Humm tak dapat nak cari jalan sebab tulisan dia dalam bahasa Jepun, HaHaHa lagi pon bandar Tokyo ni sangatlah besar, 3 kali ganda bandar KL ok! mana la kita nak faham kan. Anyway, Im glad and really appreciated your helps Masanori Kanke, Thanks a lot man. Mwah :-*

Next part, aku akan cerita lagi tempat-tempat attractions yang kami dah pergi dan tempat-tempat di mana nak cari makanan halal di Tokyo, Jepun ni. Ok, stay tuned!

Please click here for Part 2.


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3