Followers

Sunday, January 14, 2018

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 3




:...click here for PART 2.

Disebabkan banyak celoteh dan idea dalam part 2, so ini adalah kesinambungan cerita utk DAY 2 dalam aku travel solo ke Bangkok ni. Korg kena tabah dan teruskan bersemangat ye bila nak baca bloG aku ni. Hahaha! (aku byk syok sendiri) but this is my way. Im not fake.

:-D


Lumpini Park
rates: 7.2/10



Lumpini Park



Ada orang bila travel dia lebih suka relax dan cari ketenangan atau more to nature. Dan ada orang juga dia lebih suka kepada shopping dan life urban. So, which one is yours? for me..im more to nature and relaxing. Jadi bila ko ke Bangkok sesuai la untuk kau nak datang ke Lumpini Park ni. dia tak ada special apa pon. ala "park" tempat orang dating, jln2 dgn family or nak jogging. 

Petang selepas pergi Wat Arun agak panas time ni, aku pon stay and relax dlu kat padang sebelah The Grand Palace. and bila dh cool sikit aku tak tahu dari plak nak jalan kaki je ke atau nak naik grab/taxi ke Lumpini Park. sebab dah terlalu penat dan panas time tu. so, aku decided utk ambik tuk-tuk. Atleast merasa la kan kat sini ko naik tuk tuk. asyik2 train je. hehehe! kn bayar la 170THB (dlm RM21.47).

sori la bahasa aku byk logat sabahan. jd harap ko paham-paham la aah.

#Iamsabahan


seorang je nok..fefeeling diva la kau! byr pon ala diva la kan.
Lepak tepi tasik Lumpini Park. Tenang je..
kebetulan time ni ada persembahan orchestra 
Nobody want to offer to take my picture. huh!




Bagi aku, Lumpini Park ni cukupkan syarat je untuk kau nak tengok aktiviti petang kat Bangkok ni. Tak ada apa2 yang menarik sangat kat sini. Kau akan nampak orang byk beriadah dan aktiviti sama family. Lebih dari tu..ko duduk tepi tasik dan layan "fefeeling kau" la kan. Klu ada aweks or someones ajak ko berborak tak ape lah jgak kan. ni ko krik krik je lah. hehe! sejam lebih aku spent time kat sini, aku pon dh penat sangat dan next plan mlm ni aku nak ke Hard Rock cafe. Yeaah! apa lagi shopping and live band time la uolls. 

Apa-apa pon aku kena balik hotel dulu untuk mandi, solat dan rehat. Mlm ni kena la wangi-wangi sikit. barulah nnt ko nak lepak kat hard rock tu tak bau masam (kot-kot la ada scandal nak datang kan) hahaha and mlm nnt mesti happening bagi aku sbb esok nak christmas kan. my early expectations :-p



Hard Rock Cafe Bangkok
rates: 8.6/10

Hard Rock Cafe Bangkok

Mcm biasa, hard rock cafe adalah tempat wajib aku untuk singgah bila travel. sbb aku jenis yang buat collection T-shirt hard rock. hehe! mlm tu dapat la sehelai t-shirt hard rock classic harga semua standard worldwide. ok bagi yang mencari-cari kat area mana locations hard rock ni, senang je. Ko turun kat BTS Siam dan dlm lebih kurang 5 minit mcm tu ko akan sampai ke sini. Just jalan kaki je. aku x boleh nk bagi direction kat korg la sbb aku x tahu korg dari arah mn turun train tu. nnt bila agak2 confius ke..haa ko buka je lah waze tu or google maps ke. senang!


kita chil-chil jak la sama jus strawberry sambil layan live band 










Apa yang aku dapat perhatikan selama ni psal hard rock cafe, bila kau di mana-mana negara orang pon mesti kau akan nampak kelibat atau orang malaysia yang shopping di hard rock ni. Mostly! hahaha ndak taw la memang orang Malaysia jak ka yang layan hard rock ni? ya lah kan mungkin ini lah standard level mcm "kami" ni, nak shopping brands yang mahal-mahal..tak mampu uolls. hahaha! aku nampak kakak tu seorang pulun byk2 baju HRC sampai 20 helai x silap. aik kak? berniaga ke..hehe! mesti ramai follower akak tu bila offer slot-in baju HRC utk kwn2 dia.

circus tepi jalan, best kelakar jak badut ni..hehe

Siam Bangkok, Thailand

Mlm tu sangat happening, dan aku pon xnk lah lama sampai lewat mlm. dh lah nnt balik sorg2 plak..takut train dh tak ada. so, dlm pkol 11mlm mcm tu aku pon gerak la balik and catch-up train cepat2. dapat lah cuci mata sikit dengan byknye attractions kat tepi2 kedai di area siam ni.  




meiji banana. sedap nok!
Malam tu aku kena tido awal, sebab esok pagi dh kena bangun subuh utk gerak ke Lop Buri (ala yang bunga matahari tu) sunflower field. Jadi..ko kena disiplin kuat dan tepati masa sbb nnt klu lambat train pkol 7:10am ko dh kena tinggal. Jd sebelum tido tu mcm biasa la kita pekena dlu susu meiji ni singgah beli kat 7eleven dalam otw nak balik hotel. Susu ni memang sedap..aaah! setiap malam aku minum susu ni ok. baby baby gitew..

HaHaHaHaHa

ok Gud nite! kita continue di PART 4 plak ye dalam DAY 3 khas untuk Lop Buri sunflower field.


:...click here for PART 4.

SETAKAT DISEMBER 2017 INILAH PERJALANANKU - AHMAD BIN LAKIBUL



Salam,

Aku just nak share gambar-gambar aku travel selama ni.

Ahmad Lakibul's Travel

Ahmad Lakibul's Travel

ndak sangka plak kan sejauh ini suda perjalanan ku. walaupon tak sehebat kwn2 yang lain..Tp itu bukan ukuran dan jauh sekali untuk aku mau menunjuk2 atau bermegah. Dunia ni bukan ada apa pon kau mau kejar atau dengki mendengki satu sama lain. Tp apa yg aku mau ckp ilmu dan pengalaman perjalanan tu yang sangat berharga dan mungkin akan bermanfaat kpd org lain bila kau kongsi sekali. byk benda yang mungkin kau akan lihat dan belajar bila istilah "TRAVEL" ni kau lalui sendiri. Ada org hanya utk mau shoppin' + honeymoon atau holiday sama family. Tp jenis aku..aku akan study sendiri setiap negara tu dan bila kau suda sampai sana ko bole adapt sendiri in actual.

Alhamdulillah selama ni aku struggle sendiri dengan perbelanjaan dan kos travel aku tanpa apa-apa sponsorhip atau bantuan mana2 org persendirian. masih lagi ku ingat pesan arwah ayah, dia ckp "jangan sesekali kau meminta-minta atau menyusahkan orang lain" sampai sekarang aku pengang kata-kata tu. Tp kan klu ada org mau bagi ndak da masalah bah tu kan? hehe. rezeki orang tu berbeza-beza dan dlm rezeki kita tu ada hak org lain (itu kau jangan lupa). satu petua dia yang aku cuba selama ni dlm bab rezeki..1st sekali kau jgn lupa mau kasi duit utk mama bapa kau setiap bulan klu suda gaji. Ndak kisahlah sikit ka byk ka..Janji ko bagi. Itu penting dan wajib. 2nd kau jangan berkira klu ada rezeki lebih belanja kwn2 atau family kau. Tp klu boleh utamakan family la. 😂

Insha Allah setiap perancangan yang terbaik aku suda susun..jodoh, rumah dan tingkatkan kerjaya mungkin tunggu masa yang sesuai jak yang Allah akan tentukan. lepas ni aku akan teruskan utk terus mengembara dan dlm perancangan aku tahun 2018 ni..aku akan ke:-

1. Siem reap
2. Phnom phen
3. Yangon
4. Mandaley
5. New zealand
6. Seoul
7. Beijing
8. London
9. Paris
#neverstopexploring



Thursday, January 11, 2018

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 2



:...click here for PART 1.


kita sambung ye utk Part 2. kira nak cerita dalam part ni masuk Day 2 and Day 3 la senang sikit cepat habis. hahaha! banyak benda nak kena buat lepas cerita Bangkok ni, belum habis study lagi psal cambodia and myanmar. Hmmm

aku bukan terpaksa nak memBloG ni. tapi tak nak lah benda ilmu yang kita ada dan tak dapat nak dikongsikan bersama dan sayang la kan bila pengalaman dan pengembaraan kau sebelum ni berlalu mcm tu jak. tak ada kenangan and stoy mory. Haa camteew! semoga apa yang aku share ni insha Allah bermanfaat la ye utk korg walaupon agak merapu dan lebih kepada syok sendiri. kekeke


DAY 2


Bila travel ni masa amat berharga untuk kau. kadang ko ada pilihan nak habiskan masa tu untuk berehat atau kau nak explore tempat2 yang ko rasa ko nak pergi. orang kata bila dah ada peluang ni dengan pelaburan duit kau untuk sampai ke sini. bagi aku ko kena manfaatkan sepenuhnya, semaxima yang mungkin. Tp tak naklah sampai memudaratkan ko. Just enjoy your moment and relax jak. Klu ko ambik pilihan utk rehat dan tidur, baik ko tak payah travel kan. duduk jak di rumah atau mana tempat area kawasan ko ada hotel yang best sbb ko rasa nk privacy atau release tension haa duduklah situ. "Eh! mcm marah jak" :-D


Chatuchak Weekend Market
rates: 9.2/10

dah solo traveler kan, haa ambik selfie je lah ko! haha

captured dari train masa nak sampai. ini lah gambaran dari atas chatuchak weekend market

berduyun-duyun nak masuk market dia..

untuk ko nak sampai ke sini klu naik train ambik BTS Sukhamvit Line ke stations Mo Chit. rasanya stations yang terakhir. Bila aku buat research memang ramai yang suggest kat mana-mana blogger atau youtuber cakap pasal market ni. so, kena masuk dalam list korang untuk datang ke market ni. Apa je yang best kat sini? ala biasa lah market..tempat jualan and shopping la kan. Tapi apa yang istimewa dengan market sangat besar ok "The world's largest weekend market" . Aku berani nak kata kat korang sehari pon untuk kau nak habiskan round satu-satu market kat sini tak akan habis. seriously!

Time ni aku gerak pagi lah, ingatkan nak cari breakfast je kat chatuchak market ni. Mcm biasa la expectations kita ala-ala macam pasar tani atau tamu di sabah. but guys, bila kat sini nak cari makanan yang ada tanda halal tu susah sangat, aku sampai dh nak give up untuk cari makan kat sini. then, mujurlah nmpk budak pompuan pkai tudung lepak kat gerai makcik tu..aku pon dekat-dekat sikit nmpk ada logo halal kat gerai makcik tu (susah nak nmpk) huh! terus lega dan duduk order sampai 2 dish. ko rasa? lapar sangat nok..almost 2 jam round2 tak jumpa makanan halal. mood pon mcm dh nak marah. hahahaha! sampai dlm tgh mencari-cari td tu, aku siap baca doa makan byk2 dlm hati. kelakar tak? hahahaha.

mata kau kena tajam sikit nak baca atau cari logo halal kat sini.

hati-hati ye..kat sini even gerai ada halal tapi sebelah-sebelah tu jual babi jgak. ko boleh nampak

sblom makan nampak selera, tapi bila korek kat pulut dia tu ada rambut..potong mood btol lah. alahai nasib je lah. terus malas nak makan dh..

Dah habis makan kat gerai makcik tu td, jln2 baru jumpa kedai ni..benci btol! Tp tengok ramai orang mkn kat sini smpai tak ada seat.

Benda-benda mcm ada byk merata jual kat Bangkok ni, sama mcm Bali jugak. 18sx ye. HaHa



waktu operasi market ni sabtu dan ahad sahaja dari 9.00pagi - 6.00petang. Bagi aku Chatuchak Weekend Market ni utk siapa yang kaki shopping dan ranjang mata tu, haa ini lah tempat kau ye. seriously untuk ko nak beli ape je yang ko nak, semua ada kat sini. nak kata utk souvenir pon sini lah tempat dia. So, korang jangan lepaskan peluang ni utk rasa dan ambik pengalaman di sini nnt. mcm2 benda yang akan ko jumpa..dan tempat ni sangat happening. hehe!



Halal Food at Haroon Mosque
rates: 8.9/10


Entrance to Haroon Mosque

Haroon Mosque, Bangkok Thailand


selepas dari Chatuchak Weekend Market tu aku plan pon nak ke Haroon Mosque dlm tengahari untuk solat jamak zohor dan asar sambil kat situ and nak jugak la tengok perkampungan orang Islam di Thailand ni kan mcm mn suasana dia. Haaa..kenapa aku tiba2 nak ke tempat ni jua. sebelum aku decided datang ke sini..kebetulan seminggu sebelum travel ke Bangkok ni, aku ada tertengok YouTube video psal halal food di Thailand. Mark Wiens. Aku memang follow mamat tu kat YouTube. dia byk travel dan memang kerja di makan jak food hunter. hahaha 

Kat Bangkok tu, dia pergi are Haroon Mosque. cara penyampaian dan expression muka dia tu yang buat kau tergugat dan memang nak merasa sendiri datang ke sini. hahaha So, selepas tengok video tu, aku listkan terus tempat ni untuk makan tengahari dan betulke citer dia tu makan kat sini sedap? ke propa je mamat tu. hahaha! sblom tu aku share juga kat korg video tu dan korg tengok sendiri la mcm mn reactions dan cara dia explore food kat Haroon Mosque ni. Hmmm ko akan rasa bila kat Bangkok nnt ko akan nak cuba jugak.




Best kan!

but unfortunetly, bila aku smapi ke sini byk kedai tak buka dan makcik-makcik yang ada dalam video tu mostly semua tutup kedai. huhu! tp ada la 3 ke 4 kedai time tu bukak. so, tak rasa kecewa sangat lah yang rumah banglo tu, siap aku tengok dr luar lagi..kecik je. Hmmm

Inilah lorong yang di pergi lepak dan makan tu..mark wiens

kopi dia seriously sedap!
Ada bnyak lagi pilihan nak makn ape, Tp aku ambik sup bihun ni..sedap jugak! :-)

Banyak lagi tempat makanan halal di Bangkok, Thailand ni. Tp kena pandai cari la. part 3 aku akan cerita makanan halal di area BTS Ratchathewi plak ye. kat situ lagi heaven dan banyak pilihan yang ko nak. siap ada orang siam boleh cakap melayu kelantan lagi kat situ. Review aku kat Haroon Mosque ni, tempat makan dia memang best dan mungkin kalau kena masa dia yang tepat byk kedai pilihan yang ko boleh makan nnt. Korg kena cuba taw bila dah sampai Bangkok ni. Jangan lupa solat sekali kat masjid dia..hehe! 



The Grand Palace & Wat Phra Kaew
rates: 9.0/10



Bila ko dah ada kat Bangkok, tempat ni pon wajib juga utk ko nak lawat. Ada org ckp temple2 ni klu orang islam tak bagus untuk kita lawat. Tp bagi aku tak salah klu niat kita untuk belajar dan lihat cara budaya orang lain. apa2 semua bergantung kepada niat kamu sendiri. Istilahnya klu kita nk mengenali seseorang atau nak ajak dia ke arah kebaikan, 1st ko kena kenal dlu budaya dan cara hidup dia. Then baru la senang utk ko nak tackle kan.

Mcm biasa, kat sini mcm2 yang ko boleh tengok dan keunikan seni bina negara Thailand ni. The Grand Palace ni istilahnya tempat suci dan keagungan di raja dorg. Utk ko nak masuk kena bayar 500THB (dlm RM63.15) seorang dan dia akan start buka dari 8.30am - 3.30pm. atleast dalam 2jam jugak la klu ko nak explore semua tempat ni. Time ni, ramai orang china datang. bising dan crowded sangat. 

The Grand Palace, Bangkok

Entrance to The Grand Palace & Wat Phra Kaew

500THB per entry



Time kat sini aku memang byk ambik gambar, dan ko akan berebut2 dengan orang untuk nak dapat posisi yang cantik/ angle yang sesuai. so, ko kena byk kan bersabar jugak la. Klu ko nak tahu lebih lanjut lagi sejarah atau cerita psal pembinaan The Grand Palace & Wat Phra Kaew ni haa ko google jak la. Tak perlu la aku nak cerita satu2 plak kat sini. Tak kuase aku!

review aku..Tempat ni best! 5 stars.



Time ni agak panas terik juga..


The Grand Palace, Bangkok



Aku suka tengok art wall ni..klu ko perhati je mesti ada cerita yang tersirat di sebalik lukisan ni kan..


Wat Arun
rates: 8.2/10

kawasan Wat Arun ni tak jauh dari The Grand Palace seberang sungai je. nnt ko ambik boat nak ke seberang tu bayar 10THB. so, better ko pergi je lah kedua-dua tempat ni. sama jugak rupa temple dan tak banyak beza dengan the grand palace, cuma bila ko tengok dan naik dia berbentuk color putih dan diperbuat dari batu marmar. dorg ckp klu kena time sunset pantulan cahaya dia time tu bersinar dan catik. Tp aku x sempat untuk sunset sbb nnt kena tunggu lama la plak kan.


Bayar 50THB kalau nak masuk

Wat Arun, Bangkok


Nak masuk kena bayar 50THB nok! apa kau ingat free? klu nak convert ada la (dlm RM6.30). dia start buka 8.00am - 5.30pm. Then, luas kawasan dia plak kecik je. dalam 30minit pon ko dah habis tawaf wat arun ni. Tp klu kon nk fefeeling photoshot kat sini pon cun. macam aku time ni solo, so ko just selfie jak la kan. hahahaha! malas nak minta orang tolongkan ambik gambar sbb time ni panas terik btol.







Mak aii! aku tak suka buat panjang-panjang setiap entry dlm blog ni, ni kira dh terlebih ni Hahaha. Apa2 pon aku berhenti kat sini dlu utk PART 2 dan malam kang aku sambung untuk PART 3 plak ye nk cerita dalam DAY 2 lagi..kita akan ke Lumpini Park dan Hard Rock Cafe plak. stay tuned guys! 

gigih konon nak habiskan DAY 2 and DAY 3 dlm part 2. ni DAY 2 punye citer pon x habis kat lagi paksa bw ke part 3 plak. hahahaha adoiii byk plak citer dia ek..ko paham x ni? DAY 2, DAY 3, PART 2, PART 3....

aah lantak kau lah!

Eh..marah? xda lah. :-p


:...click here for PART 3.