AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 7

 

....click here for PART 6

Finale 😂


TERIMA KASIH SEMUA


Alhamdulillah, tiada daya dan kudratku tanpa izin mu Ya Allah. Aku percaya semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Mungkin covid-19 ini teguran buat kita semua dan supaya kita bermuhasabah diri lebih dekat kepada Allah.


Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesihatan aku dan memberi semangat selama ini. Aku tidak akan lupakan jasa-jasa kalian, biarlah nama-nama itu tersemat dalam hati dan ingatan aku selamanya tanpa menyatakannya di sini. kamu tahu kamu siapa.


Ada yang tahu bila aku positif covid terus membuat panggilan, direct whatsapp, messenger dan rupanya bila aku share Aku Disahkan Positif Covid-19 di Facebook ramai yang private messege aku. Rupanya ramai kawan-kawan aku juga yang disahkan positif selama ini tapi mereka ambil pendekatan untuk berdiam diri.


Aku faham ada yang lebih selesa dengan menyimpan rahsia (privacy) atau berdiam diri. Tapi aku tidak, pandemik ni bukan lagi satu perkara yang perlu dirahsiakan. Hikmahnya ramai yang mendoakan aku, memberi semangat, memberi tips dan siap memberi bantuan. Aku percaya dengan doa dan kata-kata semangat itu membuat kan aku terus kuat dan berani.


Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat oleh Persatuan Pegawai Syariah Malaysia


Atas itu, aku dapat jemputan khas daripada Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Kelab Kebajikan dan Sukan, JKSM untuk bacaan Yasin, Tahlih dan Doa Selamat. Sayu dan sedih bila semua orang mendoakan kita.


Member order online hantar makanan ke rumah

Siap belanja starbucks 

Ramai kawan yang ingat aku bila dalam menghadapi ujian ni. Aku rasa terharu dan sangat berterima kasih kepada semua. Alhamdulillah jasa-jasa kamu aku tidak akan lupakan. Insha Allah.


Nasib ada insurans Takaful Malaysia cover covid-19


Masa awal tahun 2021 hari tu, terdetik untuk ambil insurans cover covid-19. Bayar hanya RM80 (Gold Plan) dia cover untuk setahun. +ve covid sahaja terus boleh buat claim.


Tak sangka, bila aku hantar claim melalui online dalam tempoh 3 hari claim terus masuk dalam akaun. Takaful Malaysia sangat terbaik. Untuk makluman, insurans ini sudah tidak ditawarkan oleh Takaful Malaysia. Mungkin kes makin meningkat di negara kita, insurans pon tidak berani untuk menawarkan. Syukur aku ambil keputusan yang tepat pada ketika hari tu. Sebab ramai kawan yang bertanya dengan aku berkaitan insurans ni.





Hasil duit insurans tu, aku ambil keputusan untuk beli Apple Watch Series 6. Biarlah dia menjadi kenangan buat aku selama-lamanya. AW6 ni sebagai tanda aku pernah disahkan positif covid-19.

Gelang pink bertukar ke Apple Watch.


Haa gitew!


Kepada semua yang masih berjuang dengan covid-19 ni, pesan aku kuatkan semangat dan ingatlan inilah masanya untuk kita bertaubat dan minta keampunan kepada-Nya. Semua ini kehendak-Nya dan percayalah hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi kesembuhan atau sebaliknya.


kita teruskan kehidupan, terus istiqomah dan semoga kita mati dalam husnul khatimah. Aamiin.


Sekian, wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3