AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 6
....click here for PART 5
SELEPAS DISAHKAN BEBAS COVID-19 HARI YANG SAMA AKU TERUS PERGI AMBIL VAKSIN DOS KEDUA
Sebelum aku ambil keputusan untuk pergi walk-in ke PPV World Trade Centre Kuala Lumpur untuk dos kedua AstraZeneca, aku ada buat beberapa pertanyaan dan carian.
Hari aku dipotong gelang pink di CAC Putrajaya, aku ada tanya doktor di situ. Aku tanya doktor boleh ke saya ambil vaksin untuk 2nd dose selepas ini. Jawapan dia boleh. Katanya, ya dulu kena tunggu dalam tempoh 3 bulan, sebulan atau 10 hari selepas disahkan bebas daripada covid-19.
But, now sudah tidak lagi. Bila kamu sudah disahkan bebas Immediately kamu boleh ambil suntikan untuk vaksin. I'm not sure kalau untuk yang buat dos pertama, itu kamu kena tanya doktor.
I am officially Vaccinated |
Aku tak puas hati lagi, aku call Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di hotline 1800-88-8828. Jawapan dia Ya boleh. Bila dapat jawapan tu petang pukul 2:00pm terus gerak ke WTC KL untuk suntikan dos kedua.
Alhamdulillah, semuanya selamat dan selesai untuk suntikan dos kedua. Bila aku shared benda ni dalam IG stories dan FB ramai yang cuak dan tanya aku.
Weii, ko terus ambil vaksin?
Eh! bukan kena tunggu 3 bulan selepas bebas covid ke.
Amat!! kau ambil vaksin terus kenapa? kau tahu tak? ada kakak member aku meninggal tiga hari selepas dia bebas covid ambil vaksin.
Perasaan aku pon masa tu cuak juga. 😖
Tp aku relax dan jawab setiap pertanyaan mereka dengan penuh yakin seperti mana jawapan yang aku terima daripada doktor dan JKJAV di atas.
Selepas 24 jam ambil vaksin dos kedua, aku tidak mengalami apa-apa simptom atau demam panas. Bukan seperti dos pertama aku demam teruk 2 hari. Alhamdulillah, mungkin antibodi aku sudah immune dengan virus covid ni. Ok selamat hehe!
Rujukan: Berita Harian
Aku hargai semua orang.
....click here for PART 7 final part.
Comments
Post a Comment