AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 2

 

....click here for PART 1


APA PERLU KAU BUAT LEPAS TU

 

  1. Kau kena bertenang dan tarik nafas dalam dalam dulu. Relax dan cakap dengan diri aku redha.
  2. Kenal pasti kontak rapat, sebab doktor tu akan minta senarai nama, alamat, nombor ic dan no telefon setiap kontak rapat kau.
  3. Esok dia kau kena lapor diri kat Covid-19 Assessment Centre (CAC) yang terdekat, doktor akan bagi info.
  4. Lapor kepada ketua komuniti/blok/apartment/kampung bagi urusan  keselamatan dan bantuan.
  5. Menjalani kuarantin selama 10 hari.

Apa-apa pon tenang dulu dan tarik nafas dalam-dalam

Pertama aku inform housemate aku dulu, sebab dia adalah kontak yang paling rapat dengan aku kat rumah. Tahu tak, apa reaksi housemate aku bila aku bagi tahu aku positif covid. Muka dia cuak dan merah padam, dan kata dia aku bergurau. Banyak kali aku yakinkan dia sampailah aku bagi result swab test aku dengan dia baru dia percaya. Keadaan masa tu agak sukar dan tak pernah kami seserius itu. 


Call ketua unit aku dan pengarah, maklumkan aku positif dan tindakan serta merta di ambil. Budak opis semua kena balik time tu jugak dan opis aku kena tutup sehari untuk sanitasi. Keesokannya plak dapat khabar berita Pegawai Atasan opis aku pon disahkan positif. Minggu tu opis aku terus tutup untuk kerja-kerja sanitasi keseluruhan bangunan.


Hari aku disahkan positif aku belum bersedia untuk bagi tahu keluarga di Sabah. Tapi aku kena bagi tahu jugak, apa-apa berlaku keluarga orang pertama yang kena tahu. Malam tu, aku buat video call dan kakak aku baru habis solat. Aku added adik beradik yang lain. Bila semua dah ada dengan muka tenang dan ketawa aku cuba bagi tahu yang aku positif covid-19. Aku tahu meraka akan sedih dan susah hati dengan keadaan aku di sini. 


That's why aku buat video call dan biar mereka tengok keadaan aku di sini macam biasa. Aku cakap tak perlu risau aku normal macam biasa sahaja di sini sihat walafiat. Aku cuba untuk tidak memberi kerisauan kepada mereka lagi-lagi mak aku sebab dia dah tua.


Apa itu CT Value?

....click here for PART 3

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3