AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 3
....click here for PART 2
APA ITU CT VALUE?
Cycle Threshold (CT) value ataupun nilai kitaran ambang adalah
bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat
untuk melintasi paras Nilai ambang atau threshold level dan dikesan sebagai
positif. Biasanya dalam ujian rt-PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk
mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka dapat dirumuskan;
- kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi;
- jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal;
- pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan;
- kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain;
- salah satu kemungkinan kesan mutasi protein spike atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi; dan
- jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna:-
- jangkitan berada di peringkat akhir
- kebolehjangkitan adalah di paras rendah
- pengesanan kes dan ujian rt-PCR dijalankan di peringkat lewat
- ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
- pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
- pengesanan saki baki virus sahaja.
- juga didapati dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR CT value 32 dan ke atas telah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus. Namun tiada sample yang berjaya menghasilan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan.
Macam aku, CT Value tinggi 32.5 bermaksud aku sudah
dikesan dalam fasa akhir dan risiko rendah untuk menjangkiti orang lain. Kalau
CT Value kamu rendah contoh 6.3 atau 14.7 kebolehjangkitan kamu kepada orang
lain masih tinggi.
Sumber: Kementerian Kesihatan
Malaysia
Menjalani kuarantin 10 hari
....click here for PART 4
Comments
Post a Comment