No Autopass Card - Drive Masuk ke SINGAPORE
Hello Singapore!
Here i come again.
Asalnya nak drive masuk ke Singapore ni pon tak ada dalam wishlist aku tahun ni untuk travel ke sini. Tapi ini lah permulaan kisah dia..
10 February 2016 (Wed)
3:25pm
:....Lagu (Kun Anta) berbunyi kat Hp aku. Terpapar nama Kak Jai.
Aku: Salam, Hello Kak Jai.
Kjai: Wsalam..Haa Ahmad buat apa?
Aku: Kat opis lurh Kak Jai. aah knp Kak Jai?
Kjai: Amboi bestnye dia balik KG balik KK..tengok gambar pon cantik2.
Kjai: Eh..weekend ni Jom la kita pergi Singapore!
Aku: Ye ke..HeHe (Jangan Jeles) Haa serious ke ni Kak Jai ke singapore ke kita?
KJai: Haa..Jom lah! ajak Anna sekali.
Aku: Ok jgak tu Kak Jai, kita drive masuk Singapore, kebetulan plak Anna dapat kereta baru! ehem boleh lah test kereta tu Jom..Jap mad call Anna dlu (confirmkan).
Then..kebetulan juga Adeq and Napi dari KK baru sampai kat KL. So, semua On!
ok. Here we go!
Dalam 2 hari punye preparation dan baru balik bercuti Chinese New Year kat Sabah hari tu, aku tetap tabah dan gigihkan juga for this short vacations. Apa yang penting passport uolls kena check balik tak expired dan valid dalam lebih untuk 6 bulan macam tuh. Kalau tak, uolls tak bolehlah nak ke luar negara ok. Then, kena booking accommodation untuk 1 malam kat JB and 1 malam kat Singapore cepat-cepat.
Alhamdulillah, bila semuanya dah ready. ok! kita dah boleh buat research sikit2 kat Blog orang lain macam mana nak drive masuk ke singapore dan tanya kawan-kawan yang ada pengalaman sebelum ni. Preparations ni agak kelam kabut sikit la dan buat note sikit pasal tempat-tempat yang kita orang target nak pergi means attractions places kat Singapore nanti. Almost done!
12 February 2016 (Fri)
6:00pm
Lepas habis office hour Jumaat tu, aku terus balik ke rumah walaupon agak sibuk dengan meeting tadi petang pasal persiapan untuk Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka pada 25 Februari 2016 nanti. Kebetulan plak tu projek yang aku handle dalam pembangunan Jabatan aku dan dilantik plak sebagai penyelaras AJK Jabatan. Fuh! banyak kerja nak kena buat, so komitmen aku time tu kena betul-betul lah kan. HaHa! maaf la terselit plak cerita pasal kerja kat sini. ok out!
Balik rumah, aku baru nak kemas-kemas barang nak bawa ke Singapore dan sumbat je dalam satu bag sambil-sambil tunggu adik aku si Anna tu sampai Putrajaya nak ambil aku dari Shah Alam. Tunggu punya tunggu dah dekat pukul 7pm time tu si Anna pon tak sampai-sampai lagi, perut aku dah lapar ni. Kak Jai pon call tanya pasal semua preparations dh ready ke belum? Anna dh sampai ke belum?. Aku pun cakap barang-barang semua dah kemas tapi Anna tak sampai lagi ni. Mengadu kejap, perut dah lapar sangat ni Kak Jai. HaHa! Kak Jai pon suruh la aku masak maggi dulu alas perut kejap. Nanti nak drive susah plak. Kan?
Ok. tepat pukul 7.20pm macam tu adik aku si Anna pon baru sampai Putrajaya. Jammed OTW kat jalan katanya. Yelah kan petang Jumaat confirmlah jalan jam. Ok alasan tu aku boleh terima. Aku pon terus la take over jadi driver untuk shot terus ke Melaka sebab nak singgah ambil Kak Jai nanti. Hmm sedap plak kan bila bawa kereta baru ni bumbung siap boleh buka lagi (dalam hati aku) HaHaHa budak-budak 3 orang ni (Anna, Adeq and Napi) kerja dorang bergossip je lah sepanjang dalam perjalalan time tu dari Putrajaya ke Melaka.
Masuk susur Simpang Ampat, Kak Jai bagi directions kat rumah emak ayah dia. Alhamdulillah aku drive dalam 1 jam 20 minit dh sampai sana (Laju plak aku bawa) Hmm kereta mahal katakan. Mak Wan ajak masuk rumah dulu dan siap masakan lagi untuk kita orang dinner uolls. Wow! kebetulan perut lapar time tu aku terus belasah je. HaHa terima kasih banyak2 Mak Wan sedap sangat Ayam Masak Lomak cili api + sayur campur + Telur dadar + Dissert pengat ubi kayu tu. Barulah ada semangat nak drive terus ke Johor Baharu bila perut dah kenyang kan. HeHe :-p
Bila dia dah kena make over oleh adik aku si Anna, wow kerluz kau Kak Jai nak masuk SINGAPORE. senyum sikit. :-) |
Habis semua clear kat rumah mak ayah Kak Jai. Kami semua terus gerak dengan nasihat Mak Wan, Hati-hati drive tu dan banyakan baca ayat kursi sebab jalan kat depan tu tak menentu nanti. Jawabku, baiklah Mak Wan. Then..kita orang terus shot gerak ke JB. Tiba-tiba Kak Jai plak cuak cari telefon dalam kereta, katanya tertinggal kat rumah. Kak jai kata tak payah patah balik, kita terus jalan je. Siap call Mak Wan dengan suara sedih sambil loghat (Nogori) "tepon den tinggal eh". Bila miss call, eh bunyi plak dalam bag purse Kak Jai tu..HaHaHa! adoii. Tak cari betul-betul la tuh. (semangat dia datang balik sambil senyum) Meow!
Tepat pukul 12.45 am kami sampai kat JB dan Kak Jai siap-siap booking awal kat AirAsiaGo ambil Euro Rich Hotel, JB. Malam tu ingat nak cari kedai mamak mana yang buka nak lepak minum teh tarik jap, tapi bila semua muka dah penat. Kami pon terus check-in je and tido. Rates untuk hotel ni aku bagi 3/5 boleh la sebab murah and facilities dia pon sederhana je. Ye lah hotel bajet kan sesuai la dengan level dia.
13 February 2016 (Sat)
7:30am
Hello JB, Good Morning! :-D
(as usually, Kak Jai akan ketuk bilik suruh bangun awal dan siap2 nk gerak)
(as usually, Kak Jai akan ketuk bilik suruh bangun awal dan siap2 nk gerak)
Haa..ini lah Genk aku travel drive masuk ke SINGAPORE kali ni, kiri tu Kak Jai, Napi, Anna, Adeq dan Aku (yang tenganga mulut tu) HaHaHa |
Border JB and Singapore nak masuk ke check point melalui Woodlands |
Now, we are ready nak drive masuk ke Singapore. Ok, part ni lah yang korang tunggu-tunggu dari tadi kan, HaHaHa sorry la cerita yang kat atas tu sampingan je. Tak best la plak bila semuanya serius kan. Apa yang korang perlu buat time ni, just prepare awal-awal:
1. Duit semua siap-siap dah tukar ke Singapore Dollar
2. Kalau ko stay kat hotel atau mana-mana area JB, minta white form awal2 untuk kau isi maklumat bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kau nanti kat immigration Singapore. (Tak la orang que kereta lama sangat kat belakang kau nnt)
2. Kalau ko stay kat hotel atau mana-mana area JB, minta white form awal2 untuk kau isi maklumat bagi memudahkan dan mempercepatkan proses kau nanti kat immigration Singapore. (Tak la orang que kereta lama sangat kat belakang kau nnt)
3. Isi minyak kereta full tank
4. Wajib kena bawa TOUCH and GO
5. Keluarkan semua passport awal-awal dan kumpul di satu tempat
6. Baca doa banyak-banyak semoga semuanya perjalanan nanti berjalan lancar. Amin!
Part kat Immigration Malaysia semua clear dan korang kena sentuh Touch and Go untuk bayar tol nak masuk Singapore around RM6.20. So, make sure TnG kau aktif dan ada credit la atleast dalam RM30. Bila kami dah masuk ke check point woodlands, semua bonet dan sekeliling dalam kerta kena check oleh security/kastam time tu dan dia akan check satu persatu punya (very strict ok). Everything is clear, masuk bahagian immigration Singapore bila semua passport dh bunyi kena cop maksudnya semua clear la tu. Alhamdulillah dah clear and now part yang PENTING! kau kena singgah kat tepi tu sebelum keluar untuk beli AUTOPASS CARD. Tak sure? tanya Pegawai Imegresen kat situ.
But, what happen to us?
Kami terlepas dan aku sangatlah tidak alert dengan kata-kata Kak Jai, sebab tak tahu nak beli kat mana Autopass Card tu. Then bila mencari-cari rupanya kami dah terlepas dan terlajak masuk ke highway Singapore. Ooh No!! so time tu Kak Jai dan aku pun dh cuak gile sebab Autopass Card tu adalah benda wajib bila kau nak masuk ke Singapore dengan kereta. So, next what happen to us? aku drive je terus sampai nak cari kat mana boleh beli Autopass tu balik. Tentu-tentunya kat depan tu nanti ada tol dan kau pun tak tahu macam mana nak lepas kat tol tu kan bila tak ada autopass. Tapi aku just relax dan fokus sebab mesti ada jalan penyelesaian dia.
Inilah bentuk rupa Autopass Card tu dan yang satu tu Cash Card, benda ni adalah WAJIB untuk kau bila nak masuk parking dan tol nanti |
Ini adalah ERP yang akan detect kereta kau bila kau akan lalu untuk bayar tol dan saman sekiranya kau melebihi had kelajuan di sana, dia akan detect dengan Autopass Card tu lah |
Lepas tu apa yang jadi dengan kita orang? Aku terus drive..drive dan terus drive sampailah kami dah keluar dari highway tu dengan tak ada Waze plak sebab internet hp tak beli lagi untuk data roaming international. Bila aku drive it's "nothing happen" and jalan semua clear (No problem) Hmm so aku pon cepat-cepatlah aktifkan data roaming untuk beli internet per-day dengan harga RM35 melalui maxis dengan data 500MB. So, kau tak payahlah nak susah-susah tukar simcard bagai kat sana, sebab kau pakai pon untuk sehari je dalam Singapore tu. Just nak guna untuk waze and searching info kat google nanti bila kau ada emergency.
So, what happen bila kau tak ada Autopass Card tu? Tak habis lagi ni. HaHaHa Ya Allah, mungkin Allah nak permudahkan urusan kami masa tu, rupanya time WEEKEND kat Singapore tol adalah FREE dan ERP tu out of service. That's means, NO NEED FOR AUTOPASS CARD tapi untuk masuk parking nanti just memadai untuk kau ada Cash Card je, itu kau kena belilah kat 7-eleven atau mana-mana Pump Stations Minyak nnt.
It's clear?
but if u have Autopass dari awal lagi kau tak perlu lah beli Cash Card tu. Ok!
but if u have Autopass dari awal lagi kau tak perlu lah beli Cash Card tu. Ok!
Relax dan nasib kami baik time tu weekend. Unexpected!
ERP gelap tu, means out of service. Tol is Free time Weekend :-) |
Amboii sedap dorg tido kan! |
Dalam kekecohan kat atas tu tadi aku dengan Kak Jai sebab cuak dan lost dalam Singapore, dua orang budak ni plak tak ambil kisah langsung ok!. Sedap plak dorg tido kan! amboii..HaHaHa. Lupa plak nak cerita tadi, bila kami masuk kat check point woodlands tu dorg punye beria bersorak excited "Yeah" SINGAPORE!!!. Lepas dalam 2 minit macam tu terus senyap balik..bila toleh belakang, Hmm dah pengsan plak. Bertuah betulah budak2 ni. Hmm tunggu la kamu aah, denda dia kena belanja aku dengan Kak Jai makan Sup Ayam Merah nnt.
Alhamdulillah, so UNTUNGLAH dan sangatlah DIGALAKKAN untuk kau nak masuk SINGAPORE bawa kereta time weekend (sabtu dan ahad) semua TOL dia FREE. Now! jom kita ronda-ronda singapore di dalam Part 2 plak. Panjang lebar dah aku "membebel" kat sini tak sedar diri btol dh aku. HaHaHa
Kau relax jak!
Comments
Post a Comment