PERMOHONAN VISA KE CHINA



Salam semua!

Aku just nak share kat korang semua pengalaman aku masa nk apply visa dari Malaysia ke China, sebab aku akan bercuti ke Hong Kong - Macau - Guangzhou - Shenzhen by next week 24 Oktober 2016 - 2 November 2016 almost 2 weeks la. Yeah! I was so excited from now. Tapi sebelum tu apa yang korang kena prepare ialah mcm mana nak apply visa ke China kan. Meh aku terangkan sikit, sbb benda nie sangat penting utk korang kena tahu dan faham..ok!

Tak perlu visa

1. Hong Kong 
2. Macau

Perlu visa

1. Negara China (Guangzhou dan Shenzhen dll)

Sekarang, aku nak tanya korang. Kalau kau nak apply visa melalui travel agent, then kau tak perlulah nak tahu apa yang aku nak cerita kat sini sebab kau dah bayar tolak siap2 kat travel agent untuk handle visa kau walaupun charge yang dia mintak agak mahal. 

Uruskan visa melalui travel agent area putrajaya yang sempat aku survey dan tanya almost dorang akan minta kat kau dalam RM150. Tapi bila kau nak handle sendiri bersekali dengan group travel kau, harga visa utk seorang yang latest ialah RM88.30. So, better kau buat sendiri la klu kau nak jimat kan. Tapi bila kau nak semua kerja senang. So, kau bagi je lah kat travel agent tu uruskan. Tapi bagi aku agak mahal jgak la travel agent tu minta compare dengan kau nak buat sendiri. Kau boleh jimat dalam RM61.70 seorang. Cuba kalau kau travel 4 or 5 orang..hmm byk jgak tu! So, aku pun decided la nak buat sendiri. Now! korang check lah btol2 list apa yang aku nak explain kat sini:

Check List

  • Ko download borang dia kat sini: https://www.visaforchina.org/KUL_EN/
  • Print tiket flight kau siap2
  • Print booking hotel, example (Airbnb, Booking.com, Agoda or etc)
  • Gambar berukuran passport background color putih SAHAJA yang kata background biru, merah semua tu..Tak kena terima ok. (gambar pls bawa 2 keping ye)
  • Fotostat 1 muka surat depan passport kau
  • Bawa passport kau yang original!

Isi borang guna dakwat Pen Hitam!

Make sure Gambar size passport dan background color PUTIH sahaja

ok aku nak cerita yang No.6 tu, kalau kau nak buat utk satu group member kau. Minta kat dorang semua original passport sebab visa dia nanti dia akan print kat atas helaian dalam passport kau. So, kalau member kau yang lain tu ada kat Penang sorg, JB sorg, Miri sorg, kat sabah sorg. So, apa yang perlu kau buat ialah minta kat diorang post laju passport diorg siap2 kat kau. "If" kau willing la nak handle semua buatkan visa utk member ko tu.

Lepas tu, make sure kau kena tahu 1 entry or 2 entries trip kau nak pergi ni, contoh mcm aku punya:

1. Hong Kong - Macau - Guongzhou - Shenzhen - Hongkong = 1 entry
2. Guongzhou - Hong Kong - Macau - Guongzhou = 2 entries


Bila semua list kat atas tu ko dah penuhi, borang semua ko dah isi lengkap. Now, kau geraklah ke Chinese Visa Application Service Centre dia kat Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur.


Alamat penuh: 

Level 5&6 Hampshire Place Office
Jalan Mayang Sari
50450 KUALA LUMPUR

*Level 5 - untuk Individual application
*Level 6 - untuk travel agent atau company

So, kau pergilah ke Level 5 dan aku nak ingatkan kat kau PLEASE lah pergi awal pagi sebab bila kau dah lewat dalam pukul 11 pagi ke atas kau akan tahulah macam mana sesak dan panjangnya que nak ambil no. giliran. Sebab pengalaman aku pertama kali, aku pergi ke around pukul 10:30am bertolak dari Putrajaya ke KL dan sampai kat sana dlm pukul 11:30pagi almost 2jam aku nak tunggu dan que sahaja. Itu baru nak check borang kau dan lepas semua clear, baru dia akan bagi kau 1 resit no.giliran then baru kau ke next  kaunter plak untuk submit form. Kau kena tunggu lagi (Kau faham tak?) macam aku ni dh 3 kali pergi, sbb permohonan pertama tak lengkap dengan syarat gambar yang dorg nak background putih. Ada sampai 1 tahap macam aku nak give up dh. Tapi aku x akan gived up ok! Never.

Kau nampak tak sesak dia macam mana tu? Itu baru nak ambil No. Giliran ok! mcm aku dekat 2 jam que kat sini..

Aku ni beria nak cerita kat sini sebab based on experience aku sampai tiga kali ulang alik balik Putrajaya - KL hanya nak settlekan application visa ni. So, kau tahulah orang yang 1st time dan baru macam aku ni tersangatlah complicated dan strick nye embassy china ni. 

Tapi nanti kau akan tengok kat kaunter tu semua muka-muka cina kan.. kau pun ingatlah semua tu dari China, Hmm rupanya orang cina kita jgak uolls dorg boleh cakap melayu lah. Mati-mati aku nak speaking bagai, last-last dia pon cakap kat aku "Bila nak pergi travel ni bang?" Haa..aku pon terngaga la kejap, HahaHa 


Done submission!
Nak apply visa ni dia akan ambil dalam tempoh 4 hari waktu berkerja untuk diproses, so! kau kena apply la awal. Don't last-last minute ok!

Hopefully everything will be fine, sbb mcm aku this is my new experience yang patut aku kena share kat korang. Now, enjoy ur vacations and have a good Trip! Insha Allah selamat semuanya. chau bro!

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1