MENGEMBARA KE BUMI YOGYAKARTA, INDONESIA - PART 2

:....for Part 1 pls click here!


DAY 2



Time
Activity
Cost
19 November 2017
5:00am
Check-out at Hati-hati Homestay
-
5:15am
Breakfast Lobster Pak Sis, Timang Beach
600k
9.00am
Timang Beach
350k
11:00am
Rumah Hobbit
2.5k
2:00pm
Hutan Pinus Asri
2.5k
3:30pm
Tebing Breksi
5.0k
4:30pm
Candi Ijo
50k
5:30pm
Check-In at Laxton Hotel
RM99/night


Hello good morning,

Muka time ni sangat penat, sbb smlm borak-borak dengan leen and supri sampai pkol 3am Hahaha lepas tu pkol 5:00am dh kena bangun, hanya ada dlm 2 jam sahaja untuk kami tido. Ini lah masalah dia bila ko travel nak setkan perjalanan and borak2 dengan member, sampai tak ingat dh masa tu. Huhu! ok just nak share info, kat Jogja pkol 4:30am mcm tu dh siang matahari dh start nak naik.

Tp tak apa, sebab dalam perjalanan kau nak ke Timang Beach tu nnt dari homestay kami akan mengambil masa dalam 2 jam 15 minit. So, ko pon boleh la cover tido kau kat dalam kereta. Unfortunetly, pagi tu hujan lebat sangat dan Ari pon dh siap2kan itinerary awal untuk kami sebelum ke Timang Beach tu kami akan singgah di Kebun Buah Mangunan, Tp sbb hujan so kami pon proceed je lah terus ke Timang Beach.

Mcm ni lah view Kebun Buah Mangunan tu klu jadi time tu. Tp, hujan so berhuhuhu je lah

Sebelum kau sampai Timang Beach, kami bersarapan dlu sebab dari semalam tak makan. Lapar gile time tu! kita orang tahan jelah. Nasib la ada biskut siap2 kami bawa dari Malaysia. ok! masa ni kami still hujan and Ari pon suggest kat kami untuk makam dlu di Pak Sis Lobster ni. You know what, kamilah group pertama yang datang awal dan makan kat Pak Sis Lobster ni. Haha! heaven uolls. 


Lobster Pak Sis Timang
rates: 9.5/10




Ari pon ajak masuk dan pilih lobster dan pakej harga brp yang korg nak. mengikut kapasiti muatan perut dan bilangan perut yang lapar kami pon decided untuk mkn 4org dengan harga 600k rupiah (dlm RM187.80) untuk 6 ekor lobster 2 pinggan sotong goreng tepung + unlimited nasi putih + ulam-ulam dan tempe. Air order asing harga lain.

Tempe dia panas2, ulam dia fresh, sotong dia fresh..lobster dia pon fresh!

Sedap nok!

sampai je makanan, dengan bismillah! time ni perut betul2 lapar dengan nasi putih yang panas, tempe tebal panas2..kena plak sambal dia yang memang sedap gile! x pedas. sotong goreng tepung panas-panas, datang plak lobster fresh-fresh! perghhh..kau rasa apa yang terjadi time tu! 4kali tambah nasi beb! kena plak sambal lado dia yang power and x berapa nk pedas, perfect! Hahaha

Makan pon tak bercakap! ko hanya dengar suara erk erk je lah. Lapar sangat kau! 

seriously sedap ok! aku tgh review and taip ni pon sambil telan air liur. hahaha! still xleh  move on lagi adoiii. Klu kau yg jenis tak ada gout atau apa penyakit alahan berkaitan seafood ni, amatlah diwajibkan untuk ko rasa dan makan di sini. Marvelous! walla. Lagi satu bila kau nak bandingkan harga lobster di sini dengan harga kat Malaysia, sangat murah ok. Just imagine utk 6 ekor lobster dlm RM156.50.



Timang Beach
rates: 8.3/10




Timang Beach ni pon ok. Klu nak datang sini, cuma apa yang menarik dia view and gondola tu je. Sangat unik dan adventures jgak la. Gondola tu dari segi safety mcm was-was juga, tapi mungkin dr pengalaman yang mengendalikan gondola tu orang-orang dia pon hebat, so kau yakin je lah nak rempuh ke seberang tu. Apa yang mengujakan kau material dia semua dari buatan orang tempatan sendiri. gondola tu plak diperbuat daripada kayu dan hanya pakai tali rentang. Tenaga plak main tarik dan lepas macam tu jak. Huhu! but finally we did it! 




Gondola Timang Beach



ok selepas melantak lobster tu, ko akan diberi dua pilihan antara nak naik motor atau jeep ke Timang Beach. pls aku suggest kat korg ambik la jeep tu, walaupon harga dia 350k rupiah tapi ko tak tahu rupa bentuk jalan nak ke Timang Beach tu mcm mana, sangat la mencabar ok. Klu yg tak tahan bole mabuk dibuatnye. hahaha! dari check-point lobster pak sis tu dalam 20minit juga la utk kau nak sampai ke Timang Beach, lagi2 musim hujan macam kami hari tu, jln sangat licin. Adventures gilak! hahaha but we loved it. shake-shake uolls. korg rasa la nnt. 
:-p

Nampak jeti tu cantik je kan, Haa lepas ambik gambar bayar 5k rupiah. HaHaHa 




Rumah Hobbit
rates: 7.0/10


Dah alang-alang kat Jogja ni, kami pon mana yang dan singgah je lah kan mn tempat wisata dia (eko pelancongan). Bila dah sampai kat Rumah Hobbit ni cantik juga, tapi time tu hujan renyai-renyai tanah pon lembut dan agak menyukarkan untuk ko nak bergerak sebab kawasan dia kat sini berbukit bukau. Penat la sikit, for me kita layan kan jak la. Tp mcm member aku supri cakap bukan tasted dia tempat mcm ni. boring sikit.





Hutan Pinus Asri
rates: 8.6/10



ko dah sampai hutan ni, tak da lain apa yang perlu ko buat selain ambik gambar and posing maut. hahaha! klu ko nak shoting tempat ni sangat cantik, ala2 mcm ko dlm hutan kat europe tu. Hehe! ngam timing plak kabus tiba2 datang masa tu its perfect time untuk ko shoting gambar byk2. Apa yang aku bole bagi tips time kat sini, hasil daripada nasihat kwn2 lain juga, make sure color pakaian ko ambik yang terang atau contra daripada background hutan pinus is like yellow or red. That's awesome! 









Tebing Breksi
rates: 5.5/10


sekadar nak cukupkan syarat datang ke Jogja, dah alang-alang masa on the way balik ke bandar yogyakarta kami singgah je lah apa tempat wisata dia kat sini. Utk Tebing Breksi ni, sorry to say is not my taste. Hahaha entah apa2, tapi setakat utk ko nk cuci mata dan tengok surroundings kau with crowds daripada lapisan masyarakat di Indonesia ni, boleh lah. Ala cuma ko nak tengok batu yang kena ukir naga-naga tu, then ada la juga aktiviti lain kat sini mcm band music dari local people. Burung hantu, dan yang seangkatan dengannya yang feel "so..so" je. suam2 kuku. kot-kot la ada sejarah atau cerita dongeng dia kat sini, sbb jadi tarikan so aku malas nak tahu HaHa





Candi Ijo
rates: 6.8/10


kat candi ijo ni, ok la sikit. walaupon candi dia hanya yang hadoo hahaha! time nak balik ke hotel tu dapat la singgah kejap kat sini, agak sejuk tempat dia. ambik gambar pon ala kadar macam tu je lah. ko nak masuk kena bayar 50k taw (dlm RM15). Tempat ni ada sejarah kot, tapi aku malas la nak baca dan nak ambik tahu. So, korg layan je lah gmbr kat candi ijo ni ye..Hahaha 






ok! hari ke 2 penat sangat sebab kami dari subuh sampai la ke petang dh nak maghrib baru habis ke tempat-tempat tu semua. Hari kedua ni kami akan check-in di Laxton Hotel atleast proper la sikit dengan katil yang empuk dan aircond yang bestkan. Ari pon paksa kami untuk jgn keluar lagi malam tu, sbb esok plak sebelum subuh dh kena gerak awal ke Gunung Merapi, dlm pkol 3:00pagi. katanya bukan 3:00pagi baru bangun ye. Tp 3:00pagi tu dh gerak. Huhu!

Mlm tu kami pon masak je lah bekalan apa yang ada kami bawa dari Malaysia, Hmm nasiblah ada maggi. Kali ni nak cakap Laxton Hotel tu sangat berbaloi dengan toilet dia yang bersih dan besar jgak, cuma aircond x brp nak kuat sangat. but value for money dgn RM298 untuk 2 mlm 2 bilik. kira sorg dlm RM99.00 la hotel ni then nak solat pon selesa. utk cerita esok aku masuk dlm part 3 plak ye..good night!



:....for Part 3 pls click here!

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1