TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1
Petang ahad ni agak free dan relax kat rumah jak. Bila tengok luar tingkap mcm best plak cuaca kat luar ni, nak Jogging or memblog? hahaha mcm2 ada dalam fikiran aku skrg ni. Tp hatiku kuat berkata untuk memBlog petang ni. sbb aku kena habiskan juga cerita psal Bangkok ni. Hujung bulan Januari ni plak aku nak ke cambodia dan myanmar lagi. nnt byk yang akan tertangguh plak kan. special kali ni aku nak kongsi kat korg macam mn aku survive travel alone. check it out!
so, atas tu mukadimah je ye. Hehe
Nak cerita psal Thailand ni, ini bukan kali pertama aku ke negara ni. sbb sebelum ni aku pernah cover Hat Yai, Krabi dan Phuket travel dgn member aku and unfortunately aku tak dapat nak share cerita tu dalam blog ni lagi. sbb byk hal kena buat time tu. But aku akan cuba juga di masa akan datang nnt untuk kongsi pengalaman tu dalam blog ni. dont wori aku still ingat lagi perjalanan dan cerita masa tu dan Insha Allah its coming very soon. Dan ini adalah 1st entri aku nak cerita psal Thailand, that's why aku sangat excited nak cerita kat sini 'I'm TRAVELLING ALONE'. and sblom2 ni asyik entri psal Indonesia je kan. boring plak.
Mulanya Bangkok ni tak la ada dalam list aku untuk travel tahun 2017 ni, semuanya tak dirancang. suddently, hati aku kuat untuk nak cabar diri sendiri bila nampak orang lain pergi travel secara solo dan lagi dasyat atau gempaknya dorg sampai ke Tehran, New Delhi, Europe dan New Zealand bagai. dan yang tak boleh nak tahan lagi, pompuan plak tu. Aaah ni tak boleh jadi ni aku bilang..aku kena cuba juga.
Lepas balik dari Ho Chi Minh City hari tu, aku pon gatal la tangan sangat nak check tiket AirAsia, aku pon tak tahu nak kemana. tengok jelah apa yang ada kan. boleh plak! hahaha gian sangat dh nak travel lagi. entah mana negara yang aku nak pergi kali ni dengan bajet yang cukup-cukup sahaja. Then, sblom buat keputusan tu aku pon pergi check Malaysia Airlines plak, nak buat comparison harga la. Tak tahu plak aku ada enrich point sampai 35,000++ mcm tu. Bila tengok Kuala Lumpur - Bangkok return untuk cuti christmas 2017 ni tolak point 7,500 point + 7,500 point dan kau hanya bayar untuk fees airport sahaja RM140.00 all-in aku pon x pikir panjang terus je grab cepat-cepat tiket flight tu. Gile weii murah tu! hahaha :-)
...maka bermulah lah cerita psal Bangkok.
DAY 1
malam seblom bertolak ke Bangkok esok, aku siap2 check-in di mobile app Malaysia Airlines. aku pon bila nak check-in nampak No.seat lain macam je 37K? eh! dlm hati aku, ini mcm bukan Boeing 737-400 ni sbb dah biasa naik flight balik sabah kan, Bangkok ni pon x lah jauh sangat lebih kurang je nak balik Kota Kinabalu..so, bila aku check balik rupa-rupanya flight airlines A350-900. what? betul ke ni...aku mcm tak percaya! this is serious ok. ooh aku pon punyelah excited mlm tu. hahahaha sampai x sabar nak tunggu esok nak flight and nak tengok boeing baru A350 yang hanya sebulan beroperasi dalam Malaysia Airlines. (Tp mlm tu aku still tido nyenyak ok) hahaha! propa sangat.
A350-900 by Malaysia Airlines |
siap aku ambik video dan gambar dalam flight ni..hehe! aku ambik je byk2. |
dari KL-BKK mengambil masa dalam 2 jam 10 minit untuk kau sampai ke Bangkok. kali ni tak ada teman untuk ko nak borak2 dalam flight. aku pon layan movie and lagu je dlm flight. kadang tu tertidur juga lah. hehe bila time makanan dh nk kena hidang aku mkn puas2 sbb tadi dari rumah di putrajaya tak sempat nak lunch..sampai KLIA je terus masuk untuk check-in dan tunggu di gate H4 nk fly. x sabor punye pasal nk masuk flight. hehe! and at the same times dlm flight aku ada juga sikit nervous sbb terfikir apa cabaran yang akan aku lalui nnt di Bangkok bila berseorangan. Haa barulah ini dikatakan challenging to ur self.
"eh! ko bukannye jenis budak baru nk travelkan.."
nebes konon. Haip! :-p
Touch down at Suvarnabhumi International Airport, Bangkok |
sawadikap!
Yeah! im here finally and the journey has beginning. kali ini itinerary yang aku dh prepared just free and easy and more to relax dan tak nak rushing bcoz im alone and nobody will pushing u and all it's up to u. ko nak buat apa pon ko buat je lah mad nak tido satu hari kat hotel jak pon boleh..hahaha ok! (cakap dengan diri sendiri ye). Nampak tak nak sedapkan hati, travel sendiri ni mcm best. lagi-lagi kat "Bangkok" ni kan...eh ko pikir apa nok?. hahahaha dah dah. Hmmm
nak ke immigration counter |
proses nak lalui immigration kat Airport bangkok sangat mudah dan x lah complicated sangat. make sure ko dh isi siap2 declaration form masa kat atas flight lagi, nnt stewardess akan bagi ko bila dia nmpk ko ni orang malaysia nak masuk Thailand. ok setel immigration aku pon terus keluar and 1st think nak register sim card dlu kat air port ni..bila ko dah kat luar belambak kedai telco kat situ. haa ko pilih je lah apa yang ko nak..aku x specific kan sbb semua telco sama je cuma ko kn bijak pilih mana yang sesuai dengan bajet and tempoh ko nak menetap di Thailand ni. mcm aku, aku ambik jenama dtac Happy Tourist Sim dengan harga 299THB (dlm RM37.70) unlimited internet for 8 day. ok lah kan...tak payah risau dh psal data selama 4 hari 3 malam kat bangkok ni. so far coverage dia terbaik.
setel bab sim card, aku pon terus cari arah kat mana nak ambik train untuk ke city. senang je beb! ko ikut je mn arah yang dia tunjuk kat dalam tu. For your information, aku kat sini semua naik train je..mudah dan jimat. sbb Bangkok pon x kurang lebihnya juga jalan sesak dan jam teruk. cara2 nak naik train pon x yah la ek aku nk tunjuk satu2 kat sini..nnt x pasal2 plak sampai 10 pages cerita aku kat blog ni. hahaha!
Marvin Suites Hotel
rates: 7.6/10
2 minggu sebelum ke bangkok aku dh siap2 booking hotel dlu kat Booking.com. letih juga la nak cari hotel atau guesthouse kat bangkok ni, harga pon boleh tahan mahalnye. asalnya nak ambik dome je sbb single dan bolehla nk cover bajet tu. Tp bila kau fikir balik, nak solat dan more to privacy why not ko tak nk rewards diri sendiri kan. soal bajet tu aku rasa boleh cover lagi..sbb bila aku dah buat kira2. utk mixed dorm backpackers 1mlm je pon dah harga RM98/person share utk 4org yang memang ko tak kenal siapa lah. Then, aku pon cuba juga utk cari yang terbaik accommodation ni. dpt marvin suite bilik deluxe suit RM152/night why not? kan..beza harga pon x lah besar sangat. sorry guys, aku lebih suka kepada privacy dan keselesaan. dalam bab duit/bajet tu insha Allah rezeki tak kemana. Tp klu mmg btol2 dh tak ada pilihan dan terpaksa ambik dorm aku still flexible dan boleh consider..dont worry.
petang tu terus check-in dan susun barang siap2 dlm bilik hotel and solat. kebetulan dalam perjalanan mencari location hotel ni, ada terjumpa warung tepi jln mamat dari bangladesh jual roti canai pisang yang kebiasaan kita akan jumpa di Thailand sahaja. aku pon berhenti and beli la satu..sbb teringin sangat nak makan. hehe! hmmm sedap dan mood thailand kau pon automatic terus datang. sbb bab makan kat sini semuanya sedap2 ok. Tp kn pandai cari yang halal jugak ye. jangan main sembarang beli je tepi jalan tu..byk jual babi. hahaha
dah checked-in sampai bilik je, kita mkn dlu..hehehe |
review psal hotel ni, aku bagi 7.6/10 service ok sbb staff dia sangat membantu and friendly, bilik sangat besar dan bersih. tempat agak sunyi sikit sbb location dia jauh sikit daripada stations train BTS kena jalan kaki lebih kurang 1.2km dlm 9 minit. overall is good.
Asiatique The Riverfront
rates: 9.1/10
Malam tu, bila aku dh siap2 study sblom ni dlm itinerary aku psal location hotel aku. Mana yang terdekat utk aku nak cover bila dh sampai Bangkok, sbb tak nak lah kau terus terjah kawasan yang jauh takut masa ko tak akan cukup sebelah mlm tu. memandangkan stations BTS aku terletak di Surasak, utk ke Asiatique ni kena turun kat stations BTS Saphan Taksin next station jak dari surasak. So, memang senang dan ko kena ambik boat kat Sathorn Pier ke Asiatique ni, nnt dia ada tulis kat kaunter tu jugak "Asiatique" harga 30THB sehala (dlm RM3.70).
Tempat ni sangat happening time ni, kebetulan ada konsert kpop ntah dari korea kot tak silap. lagi-lagi malam hujung minggu, time holiday ko mmg akan nmpk sangat crowded tempat ni. memang best lah. nak cari souvenir or kau nak shopping dorg cakap sini salah satu tempat dia yang sesuai. Tp aku tak shopping la ok just window shopping sbb 1st day..so, ko scan je la dlu apa yang akan ko target nnt.
Makanan exotic, mcm kaki katak + lipan + ulat sagu + kerengga + scorpion dll. Hmmm |
lebih 2jam spent time kat sini, lepas puas berjalan dan cuci mata. hehehe aku pon belah je dan naik boat ke Saphin Taksin BTS balik sbb dalam jadual itinerary aku lepas ni aku nak cover ke Patpong Night Market, kat situ katanya lebih "syaiton" dia. Hahaha
Patpong Night Market
rates: 7.8/10
My expectation night market ni konon mcm ala-ala pasar malam kat Malaysia kita lah. sbb aku target nk cari makanan dan tengok lah apa benda2 yang diorg jual kat sini. dalam mencari location patpong night market ni ntah knp plak malam tu boleh tersesat masuk ke lorong-lorong "ladyboy" clubbing dan macam2 manusia fake yang ko akan nampak di tepi2 kedai tu semua. Menari tiang lah, ibarat macam kat Patong Beach kat Phuket. Hurmmm aku dh seram sejuk time ni. dah la seorang je jalan time tu. ntah pasal2 dia tarik aku masuk dalam kedai or premis dorg. risau aku!
seriously tempat2 mcm ni bukan niat aku, dan tak akan mencari pon. Tp mungkin kita bole ambik pengalaman nampak benda2 macam ni part of education. Haa kau "education" la sangat kan. Ini lah katanya jauh perjalanan luas pemandangan. but Alhamdulillah dorg hanya sekadar usik2 kau dengan perkataan thailand even ko tak paham sepatah haram jadah pon. Tp aku boleh baca maksud dia seolah-olah macam dia nak minta langganan kau lah. hahaha! kita buat tak layan je. Everything was fine. Hmm
Tapi dorg memang cantik dan seksi gilak! nok.
Tak jumpa pon nak makan apa kat sini, sbb yang halal punye lah susah ko nak cari. Lastly, aku pon gived up. even nampak Burger King dan KFC kat situ..Tp bila aku buat research dan baca dalam forum halal food byk yang ckp fastfood di Thailand TAK HALAL so aku pon dh was-was dan mmg tak akan makan kat situ. Logo halal pon tak ada. Mcm korg, ada pengalaman tak psal fastfood di Thailand ni. bolehlah share komen kat bawah ni.
Jumpa 7eleven aku just beli air dan biskut yang ada tanda halal je. Mlm tu kat Patpong Night Market bagi aku hanyalah tempat jualan pasar malam dan tak lebih kurang mcm kita kat Malaysia. Ntah mcm2 la yang dorg jual kat situ. aku tak beli apa pon. bila tanya satu seluar boleh dia letak 500THB kat aku dpt kurang pon sampai 300THB. aku tak banyak tanya dan terus belah je. mahal kot! gile.
susu meiji Thailand. sedap! |
dah sampai hotel, aku mandi dan buat summary sikit psal perjalanan aku hari tu. rasa fresh dan relax sangat..hehe boleh berguling atas tilam sendiri. sambil2 tu aku ada beli kat 7eleven td minumam meiji ni. kat belakang botol tu ada tanda logo halal. so dont wori utk kau nak minum. guys, memang sedap dan setiap malam aku akan minum susu ni ok. Harga pon dalam 15THB (RM1.80) murah kan. ada member cakap kat Malaysia susu ni mahal dlm RM6 lebih. bila dh sampai malaysia aku try juga cari susu ni..susah juga nak jumpa.
Apa-apa pon malam tu aku enjoy sangat Bangkok ni dan tak sabar untuk explore hari berikutnya.
good night peeps!
:....will be continued in PART 2
Comments
Post a Comment