AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 5

 

....click here for PART 4


TAMAT TEMPOH KUARANTIN


Tak sabar nak sampai ke tempoh tarikh 11/8/2021 sebab dalam tempoh kuarantin tu kau akan dipantau dan dipanggil melalui telefon setiap hari oleh CAC Putrajaya untuk mengetahui status kesihatan kau. Selain itu, kau juga kena menjawab setia hari status kesihatan dalam MySejahtera.

 

12/8/2021 temu janji untuk potong gelang, bermaksud aku sudah disahkan bebas dari covid-19. Untuk makluman, dulu sebelum disahkan bebas covid-19 kena buat swab test, tapi sekarang ni CAC sudah tidak menjalankan swab test hanya memantau keadaan kesihatan sekiranya sudah tidak bergejala dan sakit dalam tempoh 10 hari boleh dibebaskan.

 

Disahkan bebas daripada Covid-19



Alhamdulillah, pagi tu aku sudah bebas dan status dalam MySejahtera juga sudah bertukar warna dari merah ke biru. Merah sebab masih dalam tempoh kuarantin dan disahkan positif covid. Allah sahaja tahu perasaan aku masa itu, lepas keluar dari CAC tu aku pon pergi cari makan kat luar beli tapau. Bangga sikit sebab sudah tidak dipakaikan gelang pink. Rasa bebas dah Hahaha

 

Aku pon maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan sepejabat untuk status aku bebas covid-19 melalui group whatsapp. Ini penting untuk rekod pejabat dan kebenaran masuk semula ke pejabat. Rata-rata semua mengucapkan Alhamdulillah dan Tahniah kerana berjaya mengatasi jangkitan covid ni.


Terima kasih semua! 😍


Bila masa kau disahkan positif hari tu antara pengakhiran dia kau akan dapat ucapan takziah atau tahniah sahaja sebab cabaran dia sangat hebat bila berdepan dengan virus ni ramai dah yang mati purata dalam sebulan di Malaysia yang disahkan mati sekitar 200-300 orang sehari. 







Aku sangat terkesan bila tempoh aku dikuarantin hari tu cerita pasal Allahyarhama arwah penyanyi Siti Sarah binti Raissuddin yang meninggal dunia disebabkan positif covid-19 pada 9 Ogos 2021, pukul 5.13 pagi (Isnin). Lagi menyayat hati bila dia menghembukan nafas terakhir tu sempat melahirkan anak dia yang ke-4 dalam pra-matang. Seluruh negara rasa sedih kisah dia. Ya Allah tempatkan lah dia bersama orang-orang yang beriman dan di syurga firdaus mu. Aamiin..(al-Fatihah).


Lepas tamat kuarantin, terus ambil vaksin dos kedua.

....click here for PART 6

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1