Trip ke Pulau Mabul, Sabah



Assalamualaikum W.B.T

Hi..uolls, Jarang2 sekali dah aku update dan buat entri baru dalam Blog nie Entahlah kadang2 faktor masa dan isu-isu yang aku nak kongsikan bersama sudah tidak se-Excited seperti dulu lagi..ini pun sebab bulan lepas aku pergi bercuti ke Pulau Mabul, Semporna, SABAH dan banyak cerita serta tips-tips yang aku nak kongsikan bersama. Kalau aku tidak share di sini mungkin ramai yang tidak akan tahu kan! dan hari ini 14/11/2013 hampir sebulan dah percutian aku dengan kawan2 nie berlalu dan sekarang baru aku agak free utk berkongsi pengalaman ni. Kelewatan ini ada sebab musababnye la, lepas je aku bercuti balik dari Mabul dan balik KL, keesokan harinya aku terpaksa balik KK sebab dapat beripa bapa tengah sakit di kampung dan masuk wad, masa tu 2 minggu aku ambil cuti nak jaga bapa di hospital T_T (walau apa pon jasa mereka tetap tidak terbalas) semoga bapa cepat sembuh hendakNya, amin Insha Allah.



Tarikh: 17 - 19 Oktober 2013
Tempat: Pulau Mabul, Semporna dan Tawau

Genk Terlibat:
1. Ahmad Lakibul (Me)
2. Norzainariah binti Abu Hassan (Kak Jai)
3. Rohana binti Ahmad (Kak Ana)
4. Hady Firdaus Salsidu
5. Noor Hawanis binti Mohd Shuib
6. Aisya Midori (Cousin Wanis)
7. Habib Musa bin Mohamad
8. Kak Nini
9. Abang Razlan

So, dalam trip nie ada sembilan (9) character yang terlibat utk dikongsikan cerita meraka bersama dalam Blog nie..HeHe! Firstly..Hady and Wanis it's my Best Friends Forever and Ever memang Genk Travel aku la bila nk pergi mana pon..selalu kitaorg bertiga jak! klu sabahan cakap "Genk Karas" dia bilang HeHeHe. Then..Kak jai my Ex-lecture time kat Poli KK dlu dan Kwn Kak Jai yg join dlm trip nie sekali iaitu Kak Ana, Kak Nini..then Kak Nini Invite plak Abg Razlan utk join this group. Habib Musa plak..kawan Poli aku dlu lama tak jumpa dia, so kebetulan tinggal di Lahad Datu senang dia nk join trip nie. Aisya Midori plak cousin wanis yg study di Universiti somewhere in Japan (Ntah apa lupa nama Universiti dia), baru je balik dr Japan dan excited nak join trip nie..katenyee. Finally genk kita org semua dapat berkumpul di Mabul and we make it for vacations.


Day 1

Now Let's Go..! Plan asalnya kitaorg dah start plan nak bercuti setahun awal lagi..HuhuHu! gigih btol kitaorg nk pergi kan..sbb masa tue AirAsia tgh buat promotion kaw-kaw punye harga and harga tiket pon murah gile time tue. Booking and travel utk setahun punye period la. So aku pon calling2 kawan and decided utk ke Tawau. Harga tiket time tu KL- Tawau Return RM112..means sehala RM56 sahaja! murah gilak kan, harga tambang bas lagi mahal kekeke.


AK5744 bound for Tawau

Departure kita org nie pukul 7:15am....mak aiiii this is my 1st time flight yang awal aku pernah ambik, memang subuh lagi lah kita org dh gerak. Malam dia sebelum flight tue aku dh siap2 kemas barang sebab kena gerak dari Putrajaya ke LCCT dlm pkol 4:00am reasons dia aku kena kejar 1st Train dlm pkol 4:50am ERL (KLIA Transit) dari Putrajaya Sentral ke Salak Tinggi dan naik shuttle bas ke LCCT.

Setiba di Airport Tawau ini pon pertama kali aku dapat sampai ke airport ni. Hady dan habib pon dah ready kat airport nak bawa kami jalan2 dan bergerak dekat sana nanti. So, senang la nk arrange utk Transportation genk kami ni sbb masing2 dah ada kereta dh..cuma kena Tong2 minyak petrol je la lagi. Kita org pon gerak mengikut pembahagian yang telah disusun dari awal lagi dan terus bergerak ke Bandar Semporna. Perjalanan dari Airport Tawau ke Bandar Semporna akan mengambil masa lebih kurang sejam jugak la sebab jalan dia agak sempit dan menuju line satu hala sahaja. Sampai satu check point kita org berhenti rehat sebentar di Bandar Semporna utk solat dan makan tengahari sebab schedule bot kami utk masuk ke Pulau Mabul dijangkakan pada pukul 2 petang nanti. 






Haaaaaa! setibanya di Pulau Mabul our 1st impression view's "speechless"..wow!! we was so excited that time..HaHaHa! bila tengok dasar laut dan air yang sangat jernih, coral yang cantik..memang kau rasa tak sabar nak terjun time tu :-) Perjalanan dari Jeti umum Semporna utk sampai ke Pulau Mabul akan mengambil masa dalam 45minit. Alhamdulillah! time tu cuaca sangat baik dan air laut pon tenang je. Semua perancangan berjalan lancar dan dah sampai kat charlet tempat kita org menginap tu ARUNG HAYAT (pakej and tips nanti saya bagi ek..sabar) masa nak letak barang masuk dalam bilik tetiba pula ada penduduk asli suku kaum Bajau Laut atau Sabahan cakap "Palau" just welcoming us tanda menerima kedatangan kami di sini. Sempat berborak dengan dorg, ada satu budak nie kitaorg tanya nama dia, dia jawab "Tom Cruise" dlm hati (eh! biar betul budak ni) HaHa kelakar plak. Kita org mati-mati gelak sampai jadi "bahan" budak tu sepanjang duduk di Pulau Mabul. There just enjoyed the life style and the fact mereka nie bila naik ke atas darat nanti akan jadi mabuk HaHa. Mana taknye tidur, mkn, berak dorg semua adalah atas air ^_^






Petang tue kami cuma relax je tak ada apa2 aktiviti dlm jadual sebab penat flight subuh lagi dari KL td..naik udara..darat..laut dlm sehari kami terjah, Hurmmmm mau kau tak lembik dh badan2 nie! HaHa memang nk relax je "Free and Easy" katanya dlm Jadual, dan dan dan...kami baru sahaja diberi tahu dan tak pernah tahu sebelum nie, charlet nie dan sekitar pulau mabul tak ada elektrik bermula dari pukul 6pagi - 6petang dan akan mula dibuka pada pukul 6mlm - 6pagi HuHuHu Tp kalau bab coverage handphone (Maxis+DiGi+Celcom) kau don't worry bro full signal kat sana siap HSDPA lagi ok. Boleh la kalau kau nk update and check-in kt Facebook HaHa. Lepas tue kami pon decided la nk round2 sekitar Pulau Mabul petang tue dalam pukul 3.30 petang gerak sama-sama then borak, gosip2, Photoshoot sampai la mlm lepas mandi..solat..mkn, dan Al-kisahnya, malam tue ada satu area yang kita org baru jumpa lepas jln2 petang tadi. Malam tue kita org datang balik and lepak kat situ sekali dgn gitar yang KAMAL pinjam dengan budak2 kat area situ. Malam tu sangat menjadi sambil menyanyi sambil dihidangkan dengan satu aroma yang sungguh "KICK" baunya (aku harap kau faham apa maksud aku) bau tahi HaHaHa. Area nie kita org dah cop sebagai "Kuis-Kuis" area, siot je kuntum bagi nama tu. Banyak cerita dia dan biar lah cerita nie kitaorg je yang tahu. Balik charlet semula, take some a cup of coffee with filipino great bread and..will be sleep. Gud nite -_- zZ


Kuis-Kuis Area









Day 2


Hey Hey..morning! semua org dah bangun, aku je yang lambat time tu..HaHa penat la kot! Ok..schedule kami hari ini apa lagiiiii SNORKELING time HuHu. Semua org Excited gilak time tu..then pagi tue aku just berus GIGI je..HaHa, Tak perlu mandi la sebab nk mandi laut juga kan lepas tue, sapu sunblock byk2 aku minta kat Habib HaHa! sebab Sunblock tue penting utk kulit nnt tak la terbakar dan mengelupas! So..lepas je breakfast pagi tu, kita org semua wat preperation and tukar pakaian yg sesuai dan terus gerak ke satu area yang best and privacy utk group kita org snorkeling je Ok..HaHa! well, u know kita org ada org kuat kt Pulau Mabul nie :-) "KAMAL" our tour guide.











What can i say? SUBHANALLAH..It's so beautiful and AMAZING..Wow! I started to fallin' in love with this place and for sure i'll be back next time. HaHaHa! after saw all this pictures we took we was so being like a CRAZY man, especially me and Habib! HaHaHa Then pagi tue, kami explore la puas-puas isi lautan yang membiru dan coral yang sangat cantik ok! never regrets. Air laut dia yang tenang dan cuaca yang cantik time tue, Just perfect! Indah sangat! Alhamdulillah :-) kami pon balik semula ke charlet tengahari tue utk lunch dan solat kejap..relaxing!

Petang pula, kami sambung dengan snorkeling semula and aku tak mandi sebab salah pakai baju dan tak sesuai sangat..kata Abang Razlan, "ko nak p Alamanda ke nie Mat" HaHa! aku gelak je :p sbb aku plan nak pergi mancing petang tue..so time tue area utk memancing plak tak brp nak "clear" kena tunggu kat charlet je la (kata dalam dlm hati ku) so, kwn2 yg lain semua terjun je ke laut mandi2 dan aku pon just duduk atas bot je jadi camera man...satu2 mintak utk diambil gambar..HaHa! ok actions..^^








Habis cerita snorkeling pagi dan petang tue..HaHa! gian aku nak memancing time tu kuat sangat beb!, sbb geram bila kau dapat tengok ikan besar-besar dan pelbagai jenis hanya lalu depan mata kau je. So, sebelum maghrib aku ditemani oleh si kamal dan kitaorg pon pergilah memancing HaHaHa! tak de joran pon..pakai tin minuman aliminium je and gulung tangsi dan memancing ala "kampungan" gitew. Tapi hasil dia Kau jaaah ..jangan ckp kampungan je, ikan putih yg aku dapat rembat ok..HaHaHa sambil2 memancing tue isap rokok la dulu (marlboro filipino) sambil kau menikmati panorama sunset yang sangat cantik! pemandangan dia dan suasana time tu buat aku betul-betul release dan relaaax sangat..Alhamdulillah! 


1st ikan yang ako dapat masa memancing..HeHe




Malam tue plak...Haaa nk Habaq kat hang nie, special include dlm pakej kita org ok..dah la Pakej Termurah ada pulak additional something special utk group kita org, only for our Trip Group je time tue..it's BBQ Time! Honestly, time kat mabul nie ayam, daging, limpa..hati semua tue kita org dah tak pandang dah just seafood only yang kita org bantaikan, ikan-ikan dia pon yg saiz tapak tangan tue kita org memang pandang sebelah mata je lah..Haaaa yg saiz besar mcm paha aku nie dia hidang baru kitaorg terbeliak tengok nk makan. Byk2 ikan yg jadi Favourite aku time tue ialah Ikan Sebelah, and of course Lobster Selipar, mak aaiii sedaap sangat tipah oooiiiiii..(nak up lagi) bila kau cicah dengan sambal kicap special dia hasil air tangan org mabul ni, perghhhh "It's Finger Lickin' Good!" macam tuh! 







Ikan Sebelah masak tepung..sedaaaap sangat ok!

Lepas makan Je mlm tue, kita org pon pergi lah jalan2 lagi di waktu malam sekitar Pulau Mabul Nie. HaHa! jumpa plak 'CASINO' area utk pelau2 di perkampungan sekitar Pulau Mabul nie. Then,"Kuis-Kuis" area lagi HaHaHa! we had some of fun and we really enjoy it. (kau nampak tak aku byk ketawa kat situ?) meyanyi dan satu tragedi di Pulau Mabul sini telah berlaku kepada Aicha Midori. Nak gelak dulu! "HaHaHaHa" dia boleh pulak terlanggar tunggul pokok kelapa dan terjatuh lalu tergolek atas bawah tanah macam buah nagka jatuh atas pokok! Then, mlm tue dia dh jadi bahan kitaorg plak...sampai la balik charlet. Minum kopi malam tu tak habis lagi cerita pasal Aicha..yang jadi saksi kejadian time tue Cik Kuntum dan Kamal lah, diorg story sampai tersembur biskut dalam mulut..HaHaHa adoi kelakar btol! cian..Aicha Midori..alolololo :-D






Day 3

Last day at Mabul Island..Hari ini hari sabtu then kita org akan check-out dlm pukul 2 petang, so..tak puas lagi nk snorkeling katanya, Kamal pon decided nk bawa kami pergi ke Kapalai Island, situ pon tempat best juga utk snorkeling dan area tu memang privacy sangat dan jarang2 sekali utk org luar dibenarkan untuk masuk melainkan ada org "dalam" lah..nasib lah kita org ada Kamal HeHe! 




Kapalai Island with "Mummy" and "Adiks"
Kapalai Island Me (Baby) and Mummy

Lepas snorkeling tue, kami pon balik la ke charlet semula dan makan utk tengahari dan bersiap. Mandi bersih2 dan wangi-wangi we are ready utk nak balik. Wow! tak sangka plak aku dah bercerita sejauh ini kan (syok sendiri), korg pon mesti dh fedup nak membaca lagi HaHaHa. Sorry la, pengalaman di sini dan apa yg aku rasa dengan kawan2 aku rasa byk pengalaman yang BEST telah kami lalui. Rasanya aku nk cerita satu persatu pon kena ada 2 atau 3 pages lagi nk contineu tp ini pon dh terlebih! HaHa

Aku rasa sampai di sini sahaja lah ke-Excited tan saya nak berkongsi cerita dengan korg semua..HeHe! sure apa yang telah kami lalui korang juga kena lalui dan carilah pengalaman dan cerita itu bersama kawan2 korang di sana nanti ok. Finally, Thanks a lot to all my friends..Genk dlm trip nie, korg semua very sporting and AWESOME! best sangat sampai memori ini tak mungkin aku nak lupakan...I LOVE You all guys, Especially Kak Jai, Norzainariah Abu Hassan (siap full name lagi ok..Kak Jai) hahaha yang byk bagi encourage dan nasihat dalam trip nie, walaupon aku relah dilantik paksaan as manager dalam trip kali ini..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun ada lah sedikit cacat celahnya dan salah faham antara kami..but it's Fine! Thanks :-) 



Casino Area at Mabul Island
Masjid di Pulau Mabul lepas Solat Jumaat








Tips

Tips aku untuk travel kali ni mudah dan simple je..ada beberapa perkara yang anda harus fikir dan maybe kena consider: 

  1. Booking tiket flight lebih awal..macam kita org nk yg murah and bajet je lah naik AirAsia, tapi klu nk naik MAS pon x de hal bro! Janji duit kau ade..dan decide beberapa org atleast 5 org ke atas utk dapat pakej yang lebih murah, sebab nnt kos penginapan dan pengangkutan bot boleh la cover utk satu trip pergi Pulau Mabul nanti. Plan perjalanan korg lebih awal dan confirmkan berapa bilik yang korg nak stay.
  2. Kalau untuk transport dari Airport Tawau ke Bandar Semporna nk murah dan senang, klu ada kwn2 di area Tawau atau Semporna minta je tolong pick up kan korg (tapi bayar lah..HaHa) incase tak ada juga, nnt boleh deal dgn sekali pakej yg kita org ambik nie nnt aku bagi details di bawah. Dorg pon ada van klu nk minta ambik la..tp harga pakej akan berubah lah. Kalau nak naik teksi harga dia yang kita org dah tanya dr Airport Tawau ke Semporna around RM90 sehala. 
  3. Barang-barang yang perlu dibawa dan wajib seperti Ocean Pack water proof (utk simpan wallet+Hp+Jam dan barang2 berharga) takut2 nnt atas bot jatuh dlm air selamat la sikit kan, Baju yang sesuai untuk snorkeling, sunblock, barang mandi, dan mcm equipment snorkeling sn klu nk sewa pon boleh kena charge dlm RM30 utk pakai 3 hari, tp klu tak nk sewa nk yang sendiri punya, kot kot ada yg geli bekas org dh pakai boleh la bawa sendiri dan beli kat luar. ok! cau.


Pakej Pulau Mabul 

3H2M = RM370/pax 
Include: (Penginapan+Boat Return+Breakfast+Lunch+Dinner) and unlimited for coffee, tea and water drinking.

Advantage: Kami dapat set BBQ seafood makan sepuas-puasnya dan ke Kapalai Island for Snorkeling.

Kalau nak tanya pasal pakej ni boleh komen di bawah dan tinggalkan Hp no. Nanti aku whatsapp atau reply. Thanks!


:......Next Trip! Sydney and Melbourne AUSTRALIA this May 2014 next year. See u next time...HeHeHe 



Jom! buat research pula....


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3