PART 4: BERCUTI KE BALI, INDONESIA
Day 4
Hari ke empat kami teruskan untuk Explore Bali ke Tanah Lot dan Ulun Danu Tample & Lake Beratan Bali. ok! kira hari keempat ni adalah hari yang terakhir untuk kami nak Explore Bali, sebab esok dia kami dah nak bertolak balik ke Malaysia. Pagi tu macam biasa la, aku akan berendam terlebih dahulu kat kolam sebelum bersiap-siap nk berjalan pada hari tersebut. Kami ambil hotel bajet, tp service dan bilik dia memuaskan kami selama menginap di situ. Aku tak tahu rata-rata kat Indonesia ni, breakfast dia mostly Nasi Goreng dan Mee Goreng je + Sambal sos + Keropok Moni. Tapi sedap jgak walaupun simple, nasi dia wangi dan melekit (bukan basi ok, tp macam makan nasi pulut tu) haaaa camtu..
Salim (pak supir) bagi tahu kami awal-awal dalam perjalan ke Tanah Lot dan Ulun Danu Tample ni akan mengambil masa selama 3 jam Non-Stop! dia pesan suruh makan awal-awal atau tapau roti mana-mana tepi jalan nanti sebelum bergerak jauh. Tapi kami bagi tahu Salim, Tak apa lim bole tahan lagi dalam perjalanan nanti.
Tanah Lot |
Masa kat Tanah Lot ni kami sampai dalam pukul 11 tengahari, disebabkan aku tadi pagi mandi kolam dengan lama dan awal breakfast. Tiba-tiba perut aku rasa lapar dan mengeroncong. Lalu aku cakap dengan Salim, nak makan kat area ni di mana yang halal? Salim jawab di sini halalnya memang susah dan ada restoran tapi bercampur dengan benda yang tidak halal. Jadi, kawasan tanah lot ni memang susah untuk nak cari makan kalau untuk Lunch. Masa tu aku ke kedai berdekatan membeli air isotonik untuk mengisi perut yang kosong dan berharap akan bertenaga. Namun aku silap, tiba-tiba aku tiga kali hampir pitam di kawasan Tanah Lot ni, nasib hady papa dan pegang aku untuk berehat dan duduk.
Lepas bergambar-gambar di area ni dengan cuaca yang panas, kami mengambil keputusan untuk tidak stay lama di sini. Janji dah sampai dan dapat hasil gambar yang diinginkan suda memadai untuk kami singgah di sini. Then..kami terus bergerak terus ke Ulun Danu Temple di mana tempat tu di kawasan tanah tinggi dan sejuk. Ulun Danu Temple ni lah kawasan Landmark untuk Bali yang popular dalam gambar bila Bali nak di promotekan di serata dunia. Sebelum sampai ke Ulun Danu ni, Salim bawa kami ke Restoran yang bagi saya memang tak memuaskan dan berbau asap colok. Aku pun dah lupa apa nama tempat dia..tapi totally selera aku out walaupun dalam keadaan yang sangat lapar dan hanya untuk mengisi perut yang kosong sahaja. Bayar 150k rupiah hanya makan Nasi Putih + Keropok Moni..masuk kereta dalam keadaan penuh kecewa. (Makanan dia Tak sedap ok!) dan bau asap colok merata kat restoran tu. Damn!
Ulun Danu Temple & Lake Beratan Bali |
Kenapa ada gambar lain tak bole nak upload kat BloG ni Ye? dah la gambar aku tu dengan Temple tu yang "cantik" frust plak. HaHaHa
Kawasan ni memang sejuk dan subhanallah memang cantik dan korg memang wajib kena datang ke Ulun Danu ni. Ini lah tempat dia yang sangat popular dan banyak temple-temple yang korang bole tengok kat kawasan ni. Ini lah salah satu keunikan Bali yang korang harus tahu, memang sangat different dengan culture and history dia.
Kawasan ni memang sejuk dan subhanallah memang cantik dan korg memang wajib kena datang ke Ulun Danu ni. Ini lah tempat dia yang sangat popular dan banyak temple-temple yang korang bole tengok kat kawasan ni. Ini lah salah satu keunikan Bali yang korang harus tahu, memang sangat different dengan culture and history dia.
Day 5
Hari kelima ni kami tak ke mana-mana just duduk hotel, sebab flight kami dari Denpasar ke Kuala Lumpur pukul 12:50pm. So, duduk kat hotel pagi tu berehat dan bangun lewat. Aku macam biasa la, hari-hari akan mandi kolam. HaHaHa sampai pagi tu aku mandi sepuas hatiku. Kami semua decided untuk check-out pukul 10:00 pagi. dan ada kesempatan Wanis dan Kak Wan pergi exchange T-shirt yang dorg beli semalam sebab saiz dia kecil. Nasib la sempat dan dapat tukar. Then..kami terus shot pergi airport, kami gerak awal sebab ini bukan tempat kita sendiri bila anything happend ko tinggal flight, tak tahu nak ke mana kan. So, untuk lebih selamat dan ko tak akan kelam kabut better ko gerak awal la.
Conclusion dia dalam percutian kami ke Bali ni yang aku boleh suggest kat korag best dan banyak benda yang kamu boleh tengok untuk pengalaman dan belajar dari sesuatu budaya orang. Pergilah..HeHe and hopefully u give your time to Explore more about Bali. Insha Allah selamat untuk uolls ok. HAVE FUN!
Perbelanjaan untuk saya seorang
currency pada April 2015 RM28.60 = 100k rupiah
Tiket Flight : RM198 return
Pakej : RM390 (Hotel dan Transport 5D4N)
Supir : RM120
Shopping : RM350
Souvenir : RM150
Makan Minum : RM200
Tiket lawatan : RM60
Tax Aiport Bali : RM53
Jumlah Perbelanjaan Kasar: RM1,401.00
Jika nak melancong ke Bali boleh la contact agent ni EmirTour and dorg pon ada pakej untuk Bandung dan Lombok jugak.
Salim: Whatsapp (+6281322731636)
:....Tak sabar untuk Autumn season this Year 2015. Next is JAPAN on this oktober. Yeah!!
Comments
Post a Comment