BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 5


:.....click here for Part 1
:.....click here for Part 2
:.....click here for Part 3
:.....click here for Part 4


Hello guys, korang ok lagi tak baca sampai Part 5 ni? HaHaHa actually banyak lagi benda yang aku nak share kat uolls ni. Tp aku akan cuba minimize kan supaya korang tak la cepat boring dan tambah meluat bila baca BLOG aku ni kan, ke perasaan aku je? aah BLOG aku suka hati aku la nak tulis apa kan. HaHaHa. Ok, nampaknya time weekend je lah masa aku free nak memBLOG sebab kat office aku blogspot dh kena Blocked oleh MAMPU, JPM walaupun satu jabatan dgn JPM kan. Peraturan tetap kena ikut la, nanti apa plak orang lain cakap kan orang gomen (government)  ni kerja makan gaji buta je, tak buat kerja. Hey, hello tak semua orang gomen taw! budak macam aku ni kira paling rajin dah ni untuk membantu sektor awam dan para rakyat jelata (poyos) uolls but im serious! nak selit dan promote sikit, dah 2 tahun berturut-turut aku tak pernah lewat masuk opis ok walaupun sekali. Means NO tanda merah kat punch card, Alhamdulillah.


TSUKIJI FISH MARKET


Haa kau nampak tak dia potong pakai apa tu? Pedang SAMURAI ok.

Awal-awal lagi kjai dah listed kan sebelum ke Jepun, untuk tentatif Trip ni Fish Market WAJIB kena pergi. Ok! noted. Kjai kalau soul dia memang area tempat-tempat macam ni la, tapi memang betul uolls kalau korang nk ke mana-mana negara korang kena tengok tempat-tempat macam ni sebab lain negara lain urusan jual beli kat pasar dia. Macam dlu kita orang pergi ke Australia memang best dan tengok barang basah dorg fresh-fresh and murah semua. Kat jepun ni pon macam-macam karenah korg boleh tgok nanti dan kat sini kita orang banyak spent money beli macam-macam.

Pagi tu kita orang gerak awal dari hotel sebab nak ke pasar pagi katanya. Ok, 1st time aku tengok orang pakai cantik-cantik dan bergaya ke pasar. Kita orang pon sama jgak lah, korang tengok cuaca dia macam panas terik je kan, tapi time ni sejuk uolls bila angin dia datang sekali dengan tulang-tulang korang akan beku (hyperbola) aku over je tu, HaHaHa. Tp tu la yang best bila kat negara 4 musim ni kan dan macam-macam fashion yang korang boleh tengok kat sini, sekalilah dengan adik aku si ana ni sampai ada orang Malaysia cakap dia rupa sebijik Rozita Che Wan kat pasar Jepun ni, boleh plak jumpa orang Malaysia kan "kambang terus bah si ana" (aku ckp sabahan). HaHaHa


Makan Tiram mentah letak lemon sikit dan kicap Jepun
Antara mamat Jepun yang handsome kerja potong Ikan

Tempat ni sangat crowded dan ramai orang akan singgah ke sini sebab nak tengok ikan-ikan dia yang fresh dan yang popular dia tu adalah seni cara nak memotong ikan tuna tu. Jepun kan, sinonim dengan makanan laut. Macam-macam yang korang boleh tengok dan beli kat sini nanti, almost 10,000Yen = RM360 kita orang spent ok untuk beli makanan dan barang kering macam ikan bilis, octopus panggang dan lain-lain lah. Aku suka octopus panggang dia sangat sedap smoky sikit. Kalau korang tengok gambar kat atas tu time makan tiram kjai dan ana hanya 1 bites je..then aku juga la yang kena habiskan tiram tu, sedap jgak. Aku bab makan semuanya sedap je! Hm

Ok, time jalan-jalan jumpa plak mamat hensem ni, kjai dh tak keruan dah dan asyik puji-puji je mamat hensem tu sambil bisik-bisik kat aku plak kjai ni. Aku pun tanya la kjai, nak ambik gambar tak dengan mamat tu? Kjai macam malu2 plak lah tapi dalam hati nak! Hm aku pon direct je lah tanya mamat tu, "Hey sir..and my friend want to take a picture with u, can?" aku cakap simple words je sebab orang Jepun ni english dorg tak berapa sangat nak faham. Samalah, english aku pon broken je HahaHa, then dia pon angguk-angguk je lah sambil senyum..Haa kira setuju la tu kan. Kjai pon cepat-cepatlah dekat dengan mamat ni..wah suke kjai muka merah terus. HaHaHa (gurau je kjai)


King Crab Alaska, Harga 3,500 Yen = RM126, kaki crab Je ok!
Dessert Jepun, aku tak tahu apa nama dia ni. Tapi diperbuat daripada tepung beras.
Ha..korang convert la brp harga dia? 1,000 Yen = RM36

Adik aku si ana ni kalau dalam bab makan memang dia tak akan berkira. Kalau kau nak makan dia akan belikan je. Itu lah yang best bila kau travel dengan orang yang tak berkira ni kan, bila travel aku suka scan kawan dlu, part ni penting TAK BERKIRA dan sebab tu orang tak kedekut ni selalu murah rezeki. Eh, aku pon dan kjai tak suka berkira ok HaHaHa. Ok untuk King Crab Alaska ni kat Malaysia pon ada je, macam pernah nampak kat Fish Manhattan dan korang pon boleh lah dapatkan kat situ. Tapi harga dia aku tak tahu la berapa. Tp sebab hanya nak merasa dan tak la keliur nanti tengok je kan, so beli je lah King Crab tu dan si ana bayarkan, harga dia pon dalam RM126, memang sedap ok nanti korg try la. Ikan di Jepun ni semua harga dia mahal-mahal. Tapi macam kami ni orang sabah seafood ni kami tak hairan lah ok (ayat tambirang) HaHaha astaga latok@gamai pon ada dijual di sini ok. Lucu!



THE UNIVERSITY OF TOKYO




Ok tadi cerita pasal pasarkan. Kali ni cerita soul aku plak, HaHaHa dalam itinerary aku plak bab university ni WAJIB kena pergi. Entahlah, sebab aku suka tengok building dia dan environment university tu macam mana. Walaupun la kan tak dapat belajar kat oversea but atleast dapatlah masuk tengok life style kat sana kan. Insha Allah ada dalam percubaan untuk apply mana-mana university kat oversea and coming soon. Harap dapat offer scholarship je sekarang ni. Kawan-kawan pon doakan la aku ye nanti supaya dapat masuk Cambridge, wah CAMBRIDGE!..meow.

The University of Tokyo ni adalah universiti Top di Jepun dalam rankin' No.1 tapi bila rankin' di Asia No.12 plak. Sampingan, wow National University Singapore (NUS) ranking No.1 di asia ek? hebat negara jiran. Tetiba bila search kat google tadi. Just knowledge kita la kan. Actually bila time autumn area University Tokyo ni sangat cantik bila kau nk buat photoshot sebab banyak daun pokok-pokok tua dan besar yang akan bertukar warna dan gugur time tu. Unfortunately, time ni daun-daun pokok tu baru nak start kekuningan. 





Kalau korang nak masuk sini Free of Charge je FOC tak perlu bayar apa2. Tempat ni di area Hongo, Tokyo dan kalau nak cari makanan halal pon kat sini ada je tempat dia, tapi kena rajin bertanya lah. Nanti dalam bab lain aku akan cerita tempat-tempat makanan halal di Jepun ni yang kami dah pergi, nanti korang boleh la refer kat sana, tapi tak la semua tempat dan hanya tempat-tempat secara kebetulan yang sempat kita orang jumpa kat sana. Hmm..jam pon dah menunjukkan pukul 4:10 pagi aku pon dah mengantuk uolls ingat nak minimizekan cerita, meleret plak panjangnya HaHaHa. Nasiblah esok hari ahad boleh la aku bangun lambat nanti. Ok guys, kita sambung plak cerita untuk Part 6 esok ye. Gud nite! 


Next...click here for Part 6.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3