Followers

TOKYO DISNEYSEA - PART 7




Salam guys, sebelum ni tekan-tekan Part 7 tak da link ek? oopss. Sorry la, aku busy sangat sebulan yang lepas macam-macam hal aku kena outstations and ada je benda yang tak free bila aku nak memblog. HuHu and Now Alhamdulillah aku free dan sebulan lebih aku tak contineu cerita pasal Jepun ni kan. But dont worry, as my promises aku akan tetap habiskan juga cerita Jepun ni untuk dikongsikan dengan uolls. ok. Part 7 ni aku nak cerita plak psal Disneysea.




ok. Mesti dalam kepala otak korg tertanya-tanya which one is better nak pergi, Disneysea atau Disneyland? HaHaHa macam aku dengan Kak Jai dlu nak decide sebelum bertolak ke Tokyo lagi. Study punya study..research punya research, finally kami decided untuk ke Disneysea. :-) benda ni kalau korg ada banyak masa dan nak spend ke dua-dua tempat should be No problem la nak p mana kan. Sebabnya kami tak nak buang masa banyak kat tempat themes park ni as u know korg kena spend time untuk benda ni atleast 1 hari, walaupun sebenarnya sehari tu tak cukup juga uolls nk explore semua tempat ni..believe me! 


Harga tiket nak masuk ke Disneysea RM248.40  = 6,900 Yen untuk 1-day Passport. Aku rasa aku tak perlu buat comparison pasal Disneysea and Disneyland, sebab not fair la kan aku tak review and got experience pon time kat disneyland. So, aku tak nampak apa perbezaan kedua-dua ni..I have no right. Tapi yang menguatkan reason kenapa kami memilih Disneysea sebabnya the only one in the world is Tokyo DISNEYSEA. Kalau Disneyland ada banyak merata kat tempat lain lagi, mcm hong Kong, Shanghai, California and Paris. Thats all. Simple kata Kak jai..and bila kami study and buka YouTube tak banyak beza pon tempat dia, cuma jenis permainan yang berbeza dia provided antara dua tu.







Tapi bila korang ada masa dan nak juga cari perbezaan antara dua tempat theme park tu korg bole search je kat google belambak kat situ, hehe tak payah la aku susah-susah nak terangkan satu-satu kat sini kan. Tapi kalau ada apa-apa soalan nanti bole thru comment kat bawah ni nanti aku akan reply ok. 





Untuk pengetahuan korg, tempat Disneysea and Disneyland ni tak lah jauh antara mereka, dekat je sebelah sebelah je..Huhu dalam Disney Resort Tokyo. Tempat dia sangat cantik dan menarik. Aku suggest kat korg kalau nak beli tiket beli siap2 kat online dan kalau kena nasib yang baik bole dapat time promotions, tapi selalunya time bukan pick hours la kan. Ok for more info about Disneysea and Disneyland korang boleh click link ni Tokyo Disney Resort. Kat situ korg boleh play video, tengok apa yang dorg offer for seasons, kemudahan, transportations dan cara-cara nak beli tiket online dan macam-macam lagi ok. Senang jew! 

Bila kami sampai ke Disney Resort ni layanan dorg sangat baik. Biasalah Jepun kan. macam yang aku cerita sebelum-sebelum ni. Dorg sangat berdisiplin dan suka membantu orang bila kau perlukan apa-apa bantuan. Janji ko jangan takut-takut dan malu. Aku tahu mesti korang nak sedikit tips kan as are muslim tour bila kat tempat orang yang bukan majoriti muslim.

Tips:-


  1. Bawa makanan siap2 dari luar sebab dalam Disneysea atau Disneyland tidak ada tempat yang offer jual makanan yang halal. (Nanti nak masuk pintu tu just declare je makanan muslim) Polis atau checking point dorg tak ada masalah.
  2. Pengalaman berjalan kat sana, tak jumpa plak surau. So, Surau memang tidak ada la. (Tapi tak tahula kalau skrg ada atau aku memang tak nampak).
  3. Kau susun siap2 startegik kau nak main permainan yang utama dulu, sebab nanti kau akan que nak main satu tempat tu atleast dalam sejam. Tips dia, kau siap2 ambil "Fast Pass" semua tempat point dia selang sejam. Sebab nanti ko tak payah que dah...save masa kau kat situ, bila tiba masa dia utk Fast Pass kau, kau just tunjuk je pass tu..terus masuk tak payah que. Faham tak?






Tempat games dia semua best-best ok. Kak jai dan Ana mula tu takut-takut dah...aku plak yang over excited. HaHaHa but unfortunately memang kita orang tak dapat habiskan juga semua tempat nak masuk. 1 hari nak explore semua tempat permainan dia memang tak sempat ok. Thats why dia offer ada passport untuk 2 hari, 3 hari..seminggu pon ada, Hmm and yang u grab just  only one day memang tak cukupla masa tu kan. Tapi korg jangan risau..janji ada strategik yang korg dh siap2 decided ok. Masa kat sini sangat mencemburui anda dan kalau kena time ramai orang nasib lah.








Ok kat sini aku nak suggest kat korg, antara yang wajib korg kena pergi dalam Disneysea ni please take note ok:

1. Mysterious Island - Journey To The Center of The Earth
2. Lost River Delta - Indiana Jones Adventure
3. American Waterfront - Tower of Terror 
4. Mermaid Lagoon - Mermaid Lagoon Theater 

Itu point utama yang harus korg cepat2 kena ambik Fast Pass dlu sebelum nak masuk ok. Maybe untuk 1st hours tu kena que la. And climax dia adalah Mermaid Lagoon Theater tu..aku betul2 teruja dan sangat mengasyikan, Theater dia TipTop International Level..klu 10 bintang aku nak bagi 10.5 BINTANG! hahaha. Best Gile ok!









Hari tu kita orang spend time kat Disneysea ni sampai la ke pukul 9 malam. sebab nanti pukul 8 malam dia ada satu slot pertunjukan bunga api dan theater di luar tengah-tengah Island Disneysea tu. Rugi uolls kalau balik awal and persembahan terakhir dalam Disneysea tu sampai pukul 10 malam.

Hopefully, apa yang aku dah shared ni kat korg, boleh la membantu serba sedikit dalam korg nk plan ke Disneysea. Just chills and enjoy ur trip with ur friends or Family ok. Jepun memang menjanjikan suasana yang terbaik dan mengasyikkan. Janji korang tak payah fikir segala masalah bagai kat opis atau kat luar tu, korg buang dlu jauh-jauh and this is ur moment ok. chaws!

Till next part.

:...click here for Part 8.

No comments:

Post a Comment

SETAKAT DISEMBER 2017 INILAH PERJALANANKU - AHMAD BIN LAKIBUL

Salam, Aku just nak share gambar-gambar aku travel selama ni. Ahmad Lakibul's Travel Ahmad Lakibul's Travel ...