PART 1: Trip ke HONG KONG - MACAU - GUANGZHOU - SHENZHEN
Salam semua!
Ok. Alhamdulillah baru-baru ni aku dengan 3 orang member aku kita orang dah selesai menjelajah ke Hong Kong, Macau, Guangzhou dan Shenzhen. Kat sini aku nak share la semua cerita, pengalaman dan kos keseluruhannya selepas study sendiri dan mengharungi semuanya tanpa khidmat travel agent atau orang perseorangan. Istilahnya kami gamble dan terjah je lah. Hehe
Aku tahu ramai yang dah tunggu kehadiran entri ni, sorry betul2 sibuk lepas travel dan masuk office hari tu dan malam ni aku cuba utk buat part 1 and part 2 dlu. Apa yang pasti entri ni akan ke part..dan part seterusnya, brp part tu aku pun tak tahu. Depands dengan sejauh mana "kesyokan aku sendiri" nak menulis dalam Blog ni. Hahaha apa2 pon kau sabar jak ya. :-p
Schedule Travel:
24 Oktober 2016 - 2 November 2016
(10 Hari 9 Malam)
Harga tiket return yg kita org dpt grab, AirAsia: RM350.00
Members:
1. Hady Firdaus Salsidu - Hady
2. Noor Hawanis Mohs Shuib - Wanis
3. Wan Norsariza Wan Husin - Kak Wan
(aku up: suka la wanis ada nama dia, hahaha)
Sebelum travel, ada beberapa yang kau kena check dan settle dlu. ok! First visa ke China dan booking hotel siap2. Utk makluman kau, Hong Kong dan Macau tak perlu visa dari Malaysia. Tiket flight dan duit ofcourse mesti kau ada kan, dan yang nak baca entri aku ni mesti semua nak tahu mcm mn nak jimat kos, review hotel dan perjalanan kami. Insha Allah aku akan share semuanya. Utk buat visa ke China kau boleh click link entri aku sebelum ni PERMOHONAN VISA KE CHINA.
Bila dah study siap2 dan buat calculation sendiri, ini adalah ANGGARAN PERBELANJAAN kami utk ground di sana. Apa yang aku nak buat dari segi kos ialah, kami nak kira bajet utk penginapan dan pengangkutan di sana. So, lepas tu kau dah boleh tolak siap2 dalam perbelanjaan yang perlu kau bawa bila kat sana nnt. Time tu aku dah bincang dengan genk aku sendiri utk minta dorg bank-in dan simpan dalam akaun aku siap2 utk kami kurangkan cash bila kat sana nnt. Bagi pembayaran hotel atau train aku cuba utk byr menggunakan Debit Card/Credit Card yang telah aku aktifkan utk international user. Kalau kau nk bawa cash byk2 kat sana adalah dinasihatkan sangatlah bahaya ok kalau boleh kau cuba minimize kan cash. Anything happen atleast u still have own ur credit in ur account bank. Kan!
Kalau ada siapa yang nak softcopy estimated cost tu boleh komen e-mel korang nnt kat bawah ni, Insha Allah aku akan send.
Ok bila semua persiapan duit, visa or anything else dah settle. Tibalah masanya utk kami mulakan perjalanan kami ke Hong Kong dahulu. Hady dari Sabah, even aku pon orang sabah tapi menetap di Putrajaya haha! Wanis dan Kak Wan dari Penang. Malam sebelum nk bertolak esok tu aku jemput Hady, Wanis dan Kak Wan kat KLIA2 sebab perjalanan kami esok bermula dari Kuala Lumpur. Keesokannya, dan tiba di KLIA2 flight kami dijadualkan dalam pukul 4.40pm dan dijangka sampai ke Hong Kong dalam pukul 8.35 malam (lebih kurang 4 jam mcm tulah).
Tips: masa ni aku lupa nak fotostat semua passport utk backup. Apa aku buat, aku ambil gambar satu-satu dan send ke dalam email aku. Just incase klu passport kau hilang senang urusan kau kat luar negara nnt dengan polis.
Amboii yang kat belakang tu suka dia, HaHaHa |
Kau order la siap-siap makan atas flight, atleast sampai HK nnt kau tak la lapar mengagau cari makanan yang Halal |
Bila dah sampai Hong Kong International Airport, prosedur biasa yang kau kena lalui ialah immigration dan kastam dia lah. Alhamdulillah Hong Kong tak la strict sangat dari segi nak bawa makanan dari luar negara. Macam kami 1 luggage je stok makanan, siap bawa rice cooker lagi ok HaHaHa. Ada maggi + sambal bilis + serunding + biskut + 3in1 + Makanan dalam tin dan lain-lain. Beras plak kami beli kat Hong Kong je, tak payah lah kau gigih sangat nk bawa dari Malaysia kan buat berat bag je. Actually, Hong Kong tak la susah sangat utk kau nk dapatkan makanan halal tapi sebab nak jimat (point utama) dan halalan tayyiban kami gigih jgak nak bawa. Almaklumlah tekak orang kampung ni lain macam sikit.
Knp Kak Wan mcm nak nangis? HaHaHa |
alkisahnya,
Masa kat Alamanda, Putrajaya, hady ada beli susu yakult kononya lah nak jaga perut dan usus segala bagai kat Hong Kong nnt. Ok, masuk dalam luggage dan lupa nak minta sticker fragile main sumbat masuk dalam je. At the end, sampai kat HK Airport nampak bag merah kami ni dah basah. Dalam hati aku, aaah sudah! mesti pecah air yalkult dalam tuh. CONFIRM.
Tak pelah, kami pon ambik je bag tu buat tak tahu. Then, kastam pon tak cek bagai.main lepas macam tu je. HaHaHa masa nak cari kaunter nak beli octopus card melenggang dengan bag merah tu, tak sedar air susu masih menitik nitik jatuh ke lantai dalam airport tu. Betul2 parah time ni. HaHaHa! aku pon dengan Kak Wan lari ke satu sudut penjuru airport buka balik bag tu dan buang terus sisa susu dalam bag tu. so, klu ada bau susu yakult nnt dalam airport Hong Kong tu, kau jangan cerita hal tu sbb kami plak. HaHaHa aduh mmg silap btol lah! tapi tak pelah benda dah berlaku dan bila semua dah clear. Aku pon cepat2 lah cari balik kaunter tu sebab adalah WAJIB utk kau beli octopus card tu sepanjang transport kau di HK, especially utk train dan bas nnt.
Harga Octopus Card ni HKD150 |
Kau tak payah risau credit dalam kad tu, sebab bila kau dah nk balik Malaysia nnt kau boleh refund duit kat mana-mana kaunter stations atau 7eleven. Jangan hilang dah lah ye. Lepas beli octopus card tu, aku bincang balik dgn genk-genk aku. Nak naik train atau teksi sbb barang kami byk dan waktu tuh pon dah dalam pkol 10.00 malam bila semua dh clear kat airport. Nak bagi tahu, airport Hong Kong tersangatlah besar dan cantik. ok Stop!
Kami pon decided la naik teksi nak ke Tsim Shau Tsui. Nnt 1 hal plak dah kehulu hilir dengan bag bila naik train dalam tengah malam dan penat mcm tu kan. Harga teksi pon dari airport ke hotel kami dia kena kan charged dlm HKD326 dan bila kira2 balik convert dalam RM176 utk 4 orang. walaupon kau tak digalakkan utk convert kan..hahaha! so, kira berpatutan la.
OTW ke Hotel |
Bila 1st time kau nampak rupa Hong Kong mcm mana, Excited gilak! :-) |
Bila dah sampai hotel, kami check-in di Sandhu Hotel/Legend Guesthouse. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan english pon ok. Owner dia orang india, ofcoz la english power kan. Yang best dia, aku booking twin sharing dia bagi bilik triple punya. Kira bilik tu besar sikit la nnt. Yeah!! dan TIPS utk hotel atau guesthouse kat Hong Kong ni, kau memang susah nak dapat harga hotel yang murah. Lagi-lagi hotel/guesthouse dia memang standard sempit. But dont worry, keselesaan tu ada juga dan Hong Kong kira negara bersih la. If kau tak luak dengan duit, ko boleh je ambik hotel mahal2 kan. Tak da masalah.
Masalah sikit klu nak solat, kami terpaksa bentang sejadah kat atas tilam. HaHaHa
SANDHU HOTEL/LEGEND GUESTHOUSE
via Booking.com
4 Days 3 Night
2 Room: Twin sharing
Total price: HKD2,830
Review:
3 STAR (recommended)
- Locations
- Near with Tsim Sha Tsui MRT Station
- Clear
- Staff is very kind and friendly
- High speed wifi
Legend Guesthouse, Hong Kong |
1st Gambar kita orang kat Hong Kong, HeHe |
Dah sampai tengah malam, Hong Kong still crowded dan busy lagi. Kami pon ambil lah kesempatan lepas check-in dan solat semua, jalan-jalan dlu kat bawah hotel ni. Ambil aura dulu utk keesokan harinya plak. Bila semua dah penat kami balik ke hotel semula dan kita akan jumpa di part 2 plak untuk cerita hari kedua yang lebih interesting. Ye ye lah "interesting" kan :-)
Gud nite!
:...click here for PART 2
Comments
Post a Comment