TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 2
:...click here for PART 1.
kita sambung ye utk Part 2. kira nak cerita dalam part ni masuk Day 2 and Day 3 la senang sikit cepat habis. hahaha! banyak benda nak kena buat lepas cerita Bangkok ni, belum habis study lagi psal cambodia and myanmar. Hmmm
aku bukan terpaksa nak memBloG ni. tapi tak nak lah benda ilmu yang kita ada dan tak dapat nak dikongsikan bersama dan sayang la kan bila pengalaman dan pengembaraan kau sebelum ni berlalu mcm tu jak. tak ada kenangan and stoy mory. Haa camteew! semoga apa yang aku share ni insha Allah bermanfaat la ye utk korg walaupon agak merapu dan lebih kepada syok sendiri. kekeke
DAY 2
Bila travel ni masa amat berharga untuk kau. kadang ko ada pilihan nak habiskan masa tu untuk berehat atau kau nak explore tempat2 yang ko rasa ko nak pergi. orang kata bila dah ada peluang ni dengan pelaburan duit kau untuk sampai ke sini. bagi aku ko kena manfaatkan sepenuhnya, semaxima yang mungkin. Tp tak naklah sampai memudaratkan ko. Just enjoy your moment and relax jak. Klu ko ambik pilihan utk rehat dan tidur, baik ko tak payah travel kan. duduk jak di rumah atau mana tempat area kawasan ko ada hotel yang best sbb ko rasa nk privacy atau release tension haa duduklah situ. "Eh! mcm marah jak" :-D
Chatuchak Weekend Market
rates: 9.2/10
dah solo traveler kan, haa ambik selfie je lah ko! haha |
captured dari train masa nak sampai. ini lah gambaran dari atas chatuchak weekend market |
berduyun-duyun nak masuk market dia.. |
untuk ko nak sampai ke sini klu naik train ambik BTS Sukhamvit Line ke stations Mo Chit. rasanya stations yang terakhir. Bila aku buat research memang ramai yang suggest kat mana-mana blogger atau youtuber cakap pasal market ni. so, kena masuk dalam list korang untuk datang ke market ni. Apa je yang best kat sini? ala biasa lah market..tempat jualan and shopping la kan. Tapi apa yang istimewa dengan market sangat besar ok "The world's largest weekend market" . Aku berani nak kata kat korang sehari pon untuk kau nak habiskan round satu-satu market kat sini tak akan habis. seriously!
Time ni aku gerak pagi lah, ingatkan nak cari breakfast je kat chatuchak market ni. Mcm biasa la expectations kita ala-ala macam pasar tani atau tamu di sabah. but guys, bila kat sini nak cari makanan yang ada tanda halal tu susah sangat, aku sampai dh nak give up untuk cari makan kat sini. then, mujurlah nmpk budak pompuan pkai tudung lepak kat gerai makcik tu..aku pon dekat-dekat sikit nmpk ada logo halal kat gerai makcik tu (susah nak nmpk) huh! terus lega dan duduk order sampai 2 dish. ko rasa? lapar sangat nok..almost 2 jam round2 tak jumpa makanan halal. mood pon mcm dh nak marah. hahahaha! sampai dlm tgh mencari-cari td tu, aku siap baca doa makan byk2 dlm hati. kelakar tak? hahahaha.
mata kau kena tajam sikit nak baca atau cari logo halal kat sini. |
hati-hati ye..kat sini even gerai ada halal tapi sebelah-sebelah tu jual babi jgak. ko boleh nampak |
sblom makan nampak selera, tapi bila korek kat pulut dia tu ada rambut..potong mood btol lah. alahai nasib je lah. terus malas nak makan dh.. |
Dah habis makan kat gerai makcik tu td, jln2 baru jumpa kedai ni..benci btol! Tp tengok ramai orang mkn kat sini smpai tak ada seat. |
Benda-benda mcm ada byk merata jual kat Bangkok ni, sama mcm Bali jugak. 18sx ye. HaHa |
waktu operasi market ni sabtu dan ahad sahaja dari 9.00pagi - 6.00petang. Bagi aku Chatuchak Weekend Market ni utk siapa yang kaki shopping dan ranjang mata tu, haa ini lah tempat kau ye. seriously untuk ko nak beli ape je yang ko nak, semua ada kat sini. nak kata utk souvenir pon sini lah tempat dia. So, korang jangan lepaskan peluang ni utk rasa dan ambik pengalaman di sini nnt. mcm2 benda yang akan ko jumpa..dan tempat ni sangat happening. hehe!
Halal Food at Haroon Mosque
rates: 8.9/10Entrance to Haroon Mosque |
Haroon Mosque, Bangkok Thailand |
selepas dari Chatuchak Weekend Market tu aku plan pon nak ke Haroon Mosque dlm tengahari untuk solat jamak zohor dan asar sambil kat situ and nak jugak la tengok perkampungan orang Islam di Thailand ni kan mcm mn suasana dia. Haaa..kenapa aku tiba2 nak ke tempat ni jua. sebelum aku decided datang ke sini..kebetulan seminggu sebelum travel ke Bangkok ni, aku ada tertengok YouTube video psal halal food di Thailand. Mark Wiens. Aku memang follow mamat tu kat YouTube. dia byk travel dan memang kerja di makan jak food hunter. hahaha
Kat Bangkok tu, dia pergi are Haroon Mosque. cara penyampaian dan expression muka dia tu yang buat kau tergugat dan memang nak merasa sendiri datang ke sini. hahaha So, selepas tengok video tu, aku listkan terus tempat ni untuk makan tengahari dan betulke citer dia tu makan kat sini sedap? ke propa je mamat tu. hahaha! sblom tu aku share juga kat korg video tu dan korg tengok sendiri la mcm mn reactions dan cara dia explore food kat Haroon Mosque ni. Hmmm ko akan rasa bila kat Bangkok nnt ko akan nak cuba jugak.
Best kan!
but unfortunetly, bila aku smapi ke sini byk kedai tak buka dan makcik-makcik yang ada dalam video tu mostly semua tutup kedai. huhu! tp ada la 3 ke 4 kedai time tu bukak. so, tak rasa kecewa sangat lah yang rumah banglo tu, siap aku tengok dr luar lagi..kecik je. Hmmm
Inilah lorong yang di pergi lepak dan makan tu..mark wiens |
kopi dia seriously sedap! |
Ada bnyak lagi pilihan nak makn ape, Tp aku ambik sup bihun ni..sedap jugak! :-) |
Banyak lagi tempat makanan halal di Bangkok, Thailand ni. Tp kena pandai cari la. part 3 aku akan cerita makanan halal di area BTS Ratchathewi plak ye. kat situ lagi heaven dan banyak pilihan yang ko nak. siap ada orang siam boleh cakap melayu kelantan lagi kat situ. Review aku kat Haroon Mosque ni, tempat makan dia memang best dan mungkin kalau kena masa dia yang tepat byk kedai pilihan yang ko boleh makan nnt. Korg kena cuba taw bila dah sampai Bangkok ni. Jangan lupa solat sekali kat masjid dia..hehe!
The Grand Palace & Wat Phra Kaew
rates: 9.0/10
Bila ko dah ada kat Bangkok, tempat ni pon wajib juga utk ko nak lawat. Ada org ckp temple2 ni klu orang islam tak bagus untuk kita lawat. Tp bagi aku tak salah klu niat kita untuk belajar dan lihat cara budaya orang lain. apa2 semua bergantung kepada niat kamu sendiri. Istilahnya klu kita nk mengenali seseorang atau nak ajak dia ke arah kebaikan, 1st ko kena kenal dlu budaya dan cara hidup dia. Then baru la senang utk ko nak tackle kan.
Mcm biasa, kat sini mcm2 yang ko boleh tengok dan keunikan seni bina negara Thailand ni. The Grand Palace ni istilahnya tempat suci dan keagungan di raja dorg. Utk ko nak masuk kena bayar 500THB (dlm RM63.15) seorang dan dia akan start buka dari 8.30am - 3.30pm. atleast dalam 2jam jugak la klu ko nak explore semua tempat ni. Time ni, ramai orang china datang. bising dan crowded sangat.
The Grand Palace, Bangkok |
Entrance to The Grand Palace & Wat Phra Kaew |
500THB per entry |
Time kat sini aku memang byk ambik gambar, dan ko akan berebut2 dengan orang untuk nak dapat posisi yang cantik/ angle yang sesuai. so, ko kena byk kan bersabar jugak la. Klu ko nak tahu lebih lanjut lagi sejarah atau cerita psal pembinaan The Grand Palace & Wat Phra Kaew ni haa ko google jak la. Tak perlu la aku nak cerita satu2 plak kat sini. Tak kuase aku!
review aku..Tempat ni best! 5 stars.
Time ni agak panas terik juga.. |
The Grand Palace, Bangkok |
Aku suka tengok art wall ni..klu ko perhati je mesti ada cerita yang tersirat di sebalik lukisan ni kan.. |
Wat Arun
rates: 8.2/10
kawasan Wat Arun ni tak jauh dari The Grand Palace seberang sungai je. nnt ko ambik boat nak ke seberang tu bayar 10THB. so, better ko pergi je lah kedua-dua tempat ni. sama jugak rupa temple dan tak banyak beza dengan the grand palace, cuma bila ko tengok dan naik dia berbentuk color putih dan diperbuat dari batu marmar. dorg ckp klu kena time sunset pantulan cahaya dia time tu bersinar dan catik. Tp aku x sempat untuk sunset sbb nnt kena tunggu lama la plak kan.
Bayar 50THB kalau nak masuk |
Wat Arun, Bangkok |
Nak masuk kena bayar 50THB nok! apa kau ingat free? klu nak convert ada la (dlm RM6.30). dia start buka 8.00am - 5.30pm. Then, luas kawasan dia plak kecik je. dalam 30minit pon ko dah habis tawaf wat arun ni. Tp klu kon nk fefeeling photoshot kat sini pon cun. macam aku time ni solo, so ko just selfie jak la kan. hahahaha! malas nak minta orang tolongkan ambik gambar sbb time ni panas terik btol.
Mak aii! aku tak suka buat panjang-panjang setiap entry dlm blog ni, ni kira dh terlebih ni Hahaha. Apa2 pon aku berhenti kat sini dlu utk PART 2 dan malam kang aku sambung untuk PART 3 plak ye nk cerita dalam DAY 2 lagi..kita akan ke Lumpini Park dan Hard Rock Cafe plak. stay tuned guys!
gigih konon nak habiskan DAY 2 and DAY 3 dlm part 2. ni DAY 2 punye citer pon x habis kat lagi paksa bw ke part 3 plak. hahahaha adoiii byk plak citer dia ek..ko paham x ni? DAY 2, DAY 3, PART 2, PART 3....
aah lantak kau lah!
gigih konon nak habiskan DAY 2 and DAY 3 dlm part 2. ni DAY 2 punye citer pon x habis kat lagi paksa bw ke part 3 plak. hahahaha adoiii byk plak citer dia ek..ko paham x ni? DAY 2, DAY 3, PART 2, PART 3....
aah lantak kau lah!
Eh..marah? xda lah. :-p
:...click here for PART 3.
Comments
Post a Comment