AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 4

 

....click here for PART3


MENJALANI KUARANTIN 10 HARI

 

 

Peace Yo!



Tempoh kuarantin aku bermula dari tarikh swab test 2/8/2021 dan akan berakhir pada 11/8/2021. Masa ni adalah yang terbaik untuk kau muhasabah diri, solat tepat pada waktunya dan banyakkan berdoa sebab kau tidak tahu adakah ini pengakhiran hidup kau. Banyak dah yang meninggal dunia disebabkan virus covid-19 dan untuk rekod setakat ini sudah 4,353,281 yang mati di seluruh dunia. Dasyat kan. 

 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan di negara kita masa bulan 18 Mac 2020, ini buat pertama kali aku dipakaikan gelang pink ni. Sebelum ni asyik tengok orang pakai gelang pink sahaja sebab ada kontak rapat atau disahkan positif. Aku pakai terus positif. 😂

 

Kuarantin di Rumah atau Pusat Kuarantin atau Hospital


Panduan Kuarantin di Rumah


Luckly! aku dikuarantinkan di rumah sahaja. Ingat lagi dulu masa awal-awal kes positif di negara ni postif sahaja terus masuk hospital, lepas tu kes makin meningkat hospital sudah tidak mampu menampung pesakit covid, pusat kuarantin dibina dan sampai satu tahap bila kes terus mendadak naik kini kuarantin hanya ditempat kediaman sahaja. Unless kalau kamu request disebabkan persekitaran dalam rumah tidak sesuai atau perlukan rawatan kamu akan dihantar ke hospital, pusat kuarantin atau hotel tertentu dengan bayaran sendiri RM150/malam.

 

Kalau kamu tidak bergejala dan dalam kategori 1 dan 2 dibenarkan kuarantin di rumah, Tapi bila kamu bergejala dan dalam kategori 3, 4 atau 5 akan dihantar oleh ambulans ke hospital atau pusat kuarantin. Itu memang kes yang perlu mendapatkan rawatan dan pemerhatian yang serius. Kes kategori 3-5 sangat bahaya ok.

 

So, selama tempoh kuarantin ni aku dengan housemate Faisal tak boleh keluar langsung dan sekiranya perlukan bantuan hanya perlu bagi tahu ketua blok sahaja. Menu makanan dan tukang masak sepanjang kuarantin ni semua aku serah kepada Faisal sebab dia rajin masak dan kadang-kadang kami order Grab Food/Foodpanda sahaja kalau malas nak masak hahaha (Hi sal, sori sebab terjebak kuarantin kan kau sekali). Nasib lah time kuarantin ni Olympic Tokyo 2020 sedang berlangsung, dapatlah kami layan sepenuhnya kat rumah.


Housemate aku Faisal Anawai disahkan negatif covid-19
Alhamdulillah

 

Pengurusan Blok A PPAM Melinjau, Presint 11, Putrajaya sangat efisien dan terbaik. Aku diberi maklumat dan arahan oleh ketua blok untuk tindakan yang perlu di ambil antaranya jadual pembuangan sampah dan meletakkan meja di luar pintu rumah sekiranya ada apa-apa penghantaran barang atau makanan, riders/sekuriti akan hantar sendiri depan rumah, sampah akan dipungut setiap hari selasa dan jumaat. Selain itu, kami dapat banyak bantuan daripada NGO dan orang luar ini disebabkan hanya saya disahkan positif covid. Sampaikan housemate aku berterima kasih dengan aku sebab aku positif covid, hahaha vengong! 


Banyak kami terima bantuan daripada NGO dan Wakil Rakyat

Bakul Prihatin Negara


Terima kasih ketua blok kerana membantu kami dan menguruskan pemberian bantuan ini. Terima kasih Kerajaan Malaysia dan Ahli Parlimen Putrajaya, YB Kunan. 😊


Tamat tempoh kuarantin.

....click here for PART5

 

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

TIPS BILA TRAVEL

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1