AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 1


Assalamualaikum WBT 


Hi Everyone

Lama kita tidak bersua dalam blog ni kan. Aku pon dah lama tak update atau buat entri kat sini. Ok, nak bagi tahu ni.


DISAHKAN POSTIF COVID-19

Pada 3/8/2021 (Selasa) aku disahkan positif covid-19 😢


Keputusan Swab Test rt-PCR


Cerita dia bermula bila aku pergi swab test pada 2/8/2021 untuk syarat kemasukan ke Negeri Sabah bagi urusan menghantar lukisan Building Plan (BP) projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Keesokanya petang pukul 3:15pm aku dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, bila aku jawab telefon tu tak terfikir langsung pasal result swab test semalam tu. 


"perbualan dalam telefon"


Salam, ini Encik Ahmad bin Lakibul? ok encik saya Dr Muaz dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya. Berkaitan result swab test encik semalam. Encik positif ye, dengan tenang Doktor tu menerangkan dengan aku.

Aku pulak gelabah dengan tanya berkali-kali:- 

betul ke ni doktor? 

betul ke ni doktor?

betul ke ni? 😟 

Tiba-tiba perasaan aku jadi takut dan gementar masa tu. Aku terduduk sekejap dan cuba untuk tenangkan fikiran. Aku masih tidak percaya dan minta doktor tu hantar result melalui whatsapp kepada aku. Dalam 2 minit mcm tu doktor tu hantar result dalam bentuk PDF.


Korang tahu tak, bila dapat result tu nak buka dan baca perasaan aku sangat gementar macam pertama kali nak tengok result SPM. Allahuakbar! perasaan tu bila baca "Coronavirus COVID-19 Detected" tu aku betul-betul rasa down dan takut. Lepas tu sebak dan duduk kejap sambil bercakap dengan diri sendiri usap-usap tubuh sambil bertanya hi COVID kau rupanya kau dah sampai dalam tubuh aku sekarang. Sebelum ni kita hanya terima khabar orang dijangkiti covid kan, ingat tak masa awal-awal dunia digempakan dengan pandemik ni semua orang takut kan. 


Masa tu aku betul-betul tidak percaya sebab aku tidak menunjukkan apa-apa simptom dijangkiti covid, tiada demam, tiada batuk, deria rasa dan bau masih ada, sesak nafas atau sebagainya seperti yang diwar-warkan oleh KKM sepanjang kita berhadapan dengan pandemik selama ni. 


Punya lah excited masa ni bila dah nak Fully Vaccinated

Mungkin Allah dah takdirkan petang tu aku dapat berita sebab 3/8/2021 tu jugak adalah tarikh janji temu aku untuk vaksin 2nd dose di WTC KL. Kalau tak aku dah bawa virus ni merata kat PPV nanti tanpa mengetahui yang aku ni positif dan juga apa sebenarnya kesan bila masa yang sama kita positif kita diberi suntikan vaksin?

Ini aku tak ada jawapan.


Apa perlu kau buat lepas tahu positif?

....click here for PART 2

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

TIPS BILA TRAVEL

TRAVEL SOLO KE BANGKOK, THAILAND - PART 1