MALAYSIA: MENJELANG PRU13
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia
wah wah wah!! dh mcm YB plak ako bila buka mukadimah di atas tue!
HeHeHeHeHe (",)
weii! Lama dowh ako x buka BloG and update entri kat sini! rindu plak kat korg..and korg rindu ako Tak? :-p setahun lebih weii ako tinggalkan dunia BloG nie! dlu rancak je dok "syok sendiri" and gosip sana sini..kahkahkahkah!
Politik Malaysia (2013)
Orang kata: Politic is Suck!!..suck suck pon itu masa depan Negara la weii!
Rasa macam terpanggil plak nk bercerita pasal Politik Malaysia (PRU13) kita sekarang nie.
Panas..Panas..Panas!!
Ibarat dalam rentak lagu "Gigi-Nakal" plak Fuh! mcm x senang duduk dengar pot pet pot pet dum dam dum dam sana sini pasal politik negara kita sekarang ini, Yo ler..ape ke tak nye *(loghat perak) dh nk masuk Pilihan Raya Umum (PRU13) so, mcm2 isu yang keluar dan menjadi2 kebelakangan ini.
Ok! ako di sini bukan lah nk berpihak utk mn2 parti politik kt negara kita sekarang nie! cuma nk meluahkan isi dalam hati dan hempeduh untuk pendapat peribadi ako sendiri lah..as "My Personal" dan orang sabah bilang ANAK BULAN! hehehehe :-p So, mesti dlm fikiran kamu akan rasa buang masa and No point dia nk bercerita psal politik kat sini. No No No..ako tak paksa korg pon nk baca BloG ako nie! wekk :-p klu rasa dh malas dan buang masa..STOP! je sampai sini! hehehe (eh! apa yg ako merapu sangat nie) perasaan ako je kot...I'm Sorry! (-:
Klu ako nk kupas satu persatu isu tentang politik di negara kita nie rasanya 7hari 7malam pon Tak habis kot..kena buat event atau bengkel kat mana2 hotel boleh la kot! hahahaha. Ok! Coz masing2 ada pendapat sendiri dan hak masing2..**bagi yang mempunyai Hak mengundi yg dh cukup umur je la ye! hehehe budak2 bawah 21Tahun di LARANG dalam entri nie. Tp ako dh masuk tahun yang memang dh Layak untuk mengundi ok, This is my 1st Time ok nk "memangkah dan membuang undi" PRU13 nie. wah!! I was so Excited and there we go.....
Perbalahan antara Parti:
Kita tak perlu nak bergaduh sesama sendiri bagai nk rak, Taksub dengan parti politik masing2..Yes! I know this is Polictics, memanglah gaduh sana gaduh sini kn..cakap sana cakap sini (stendet la tue). But! orang kata jangan sampai hubungan silatulrahim dan persahabatan kita sendiri tergadai dan berpecah belah! If u have own ur right prove it and make it right dengan HIKMAH..Jangan sampai fitnah memfinah sehingga maruah bangsa kita sendiri tergadai dan yang paling penting KEAMANAN kita dalam negara ini masih terpelihara.
udeh udeh la tue Yob!!
Ako bukanlah ahli Politik atau orang yang tepat untuk memberi pendapat tentang mana2 politik di negara kita ni, Dacing ke..Bulan ke..Roket ke..Jin mata satu ke! hehehehe Tp kita boleh menilainya sendiri dengan mengambil isu-isu dan arah kepimpinan kedua-dua pihak. Apa yang salah kita betulkan dan yang betul kita tegakkan, Jangan sampai kufur nikmat dan tak bersyukur dengan apa yang kita perolehi sampai sekarang. Mari kita sama-sama hayati FirmanNya dalam Surah Ibrahim, pada ayat ke 7:
"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu mema’lumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
Ibrahim : 7
Hak mengundi Hak anda..pilihlah dengan BIJAK dan TEPAT. Jangan disebabkan nafsu dan amarah kebencian anda mengakibatkan masa depan Negara kita akan tergadai nanti.
"ANDALAH PENENTU MASA DEPAN NEGARA"
Yang layak mengundi dan tak mahu pergi mengundi tue! pesan saya lepas ini..Jangan persoalkan tentang negara kita selepas ini, kerana anda tidak menunaikan Hak yang ada pada anda! (pesanan dari SPR) hahahaha tapi itu lah HAKIKATNYA.
SELAMAT MENGUNDI dan PILIHLAH YANG TERBAIK!
Demi Bangsa, Agama dan Negara!
Peace! and I Love MALAYSIA
Comments
Post a Comment