KeIKHLASAN
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum W.B.T
Mat nk share sikit Ilmu yang sangat bermanfaat untuk kita renungkan bersama..
22/3/2013 (Jumaat)
Jumu'ah Mubaraka
:-)
Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke
dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka………
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati
syahid. Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah,
ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati
syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya
bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang
sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas
kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.
2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang. Hampir sahaja
melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu,
tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?” Lalu si guru pun menjawab,
“aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada
orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya
ALLAH.”
Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan
ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak
wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim
ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan
aku masukkan ke dalam neraka ku.”
3. Si kaya raya yang suka bersedekah. Sudah hampir
menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH
kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”
Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau
kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan
untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang
miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan
memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang
kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu
ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya
juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.
Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu,
mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat.
Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi
sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat
hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.
Jika benar kita ikhlas kerana Allah, apakah mungkin kita
akan bertelagah sesama kita, mencari dan mendedah aib untuk menunjukkan kita
“adalah lebih baik”? Apakah jika benar kita ikhlas kerana Allah, kita akan
lebih mencari titik perbezaan atau titik persamaan? Apakah benar jika kita
ikhlas kerana Allah, kekurangan itu didepani atau diuruskan dengan cara
berhikmah dan memperbaikinya?
Dari sudut pandang hidup ini, jika benar kita ikhlas kerana
Allah, mungkin kita akan kurang stress atau mengalami tekanan hidup. Ini
kerana, Allah akan menguji hambaNya dengan apa yang hamba itu mampu tanggung
dan lakukan.
Dari sudut pandang sosial, jika benar kita ikhlas kerana
Allah, kita akan bantu memperbaiki dan usaha bersama menjadikan masyarakat kita
menjadi lebih baik dengan bukan dengan cara menuding jari semata tetapi duduk
tanpa usahakan memperbaikinya, tetapi dengan berusaha bersama secara berhikmah.
Dari sudut pandang politik, jika benar kita ikhlas kerana
Allah, kita akan berusaha menjadi lebih baik tanpa memburukkan pihak lawan.
Dengan memberikan yang pilihan dan khidmat yang baik (tanpa memburukkan lawan),
rakyat akan dapat menilai dan dididik atas perkara yang baik. Cuba bayangkan,
bagaimana agaknya jika semasa pemilihan khalifah pertama (dan khalifah-khalifah
yang seterusnya), orang Islam diperhidangkan dengan keburukan para calon
khalifah, apakah yang mungkin terjadi?
Comments
Post a Comment