It's Hard To Say Goodbye!






AL-FATIHAH

Lakibul bin Kassim, 1947 - 2013

وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْساً إِذَا جَاء أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya: dan Allah amat mendalam pengetahuanya mengenai segala Yang kamu kerjakan. 
(Qs: Al-Munafiqun -11)


Tepat jam 2:50 pagi 21 November 2013 (Khamis), Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Queen Elizabeth II di Wad Ortopedik Lelaki. Sebulan ayah ditempatkan di hospital untuk menjalani rawatan dan ayah telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit Cancer Prostate stage 3. Ya Allah! bila berita itu sekeluarga kami terima, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami untuk hadapinya, dan tanpa berputus asa kami terus berusaha mencari ubat walau apapun caranya untuk menyembuhkan penyakit yang ayah hadapi..Tapi itulah yang ditakdirkan, masa dan waktunya telah tiba, Allah lebih menyayangi ayah dan menjemput ayah begitu pantas.

I'm Missing You Dad Already! :'(

Minggu yang ditakdirkan ayah akan pergi, tiga malam perasaanku sering tidak menentu dan sukar untuk ku melelapkan mata..tetapi aku tidak menyangka itulah petanda yang ayah akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ketika malam itu, Jam 10mlm kakak sulung menelefon aku bahawa doktor mengatakan kanser ayah sangat agresif dan cepat merebak sehingga antibody ayah mula lemah. Saat itu, telefon yang masih kugengam ditelinga terpaku seketika dan tidak mampu untukku berkata apa2...(niatku weekend nie aku nak balik sabah) walauapapun yang akan terjadi, aku berada di sisi ayah nanti.

Pukul 3.00 pagi aku melihat handphone ku berbunyi dan tertera nama 'Kak Indah' iaitu kakak sulung ku..panggilan yang ke-3 baru aku tersedar dan terus mengangkat telefon..suara kakak lembut sahaja berkata, "Abg..Abg.., Abg bangun sudah" jawabku Iya..kenapa Kak Indah? Jawab kakak ku dengan penuh tabah "Bapa Meninggal Sudah"........:'(

Masa itu, aku terpaku seketika di atas tilam tidurku!

Ketika awalnya ayah ditahan di hospital kami sekeluarga adik-beradik semua balik ke kampung, melihat dan menjaga ayah ketika itu, hampir 2 minggu saya mengambil cuti rehat dari pekerjaan dan menjaga ayah di hospital dan melihat condition ayah ketika itu ayah seperti pesakit biasa, mampu lagi untuk berborak dan ketawa, lalu ayah menasihatiku untuk balik ke Putrajaya dahulu untuk bekerja sebab aku telah lama bercuti, walaupun berat untuk aku pergi meninggalkan ayah ketika itu, tetapi aku kena berkerja untuk mencari rezeki dan ketika hari flight untuk aku balik ke KL itulah ciumanku yang terakhir untuk ayah ketika dia masih hidup dan ayah membalas ciumanku dengan mencium pipi ku...:'(

Lebih 2 minggu aku balik ke Putrajaya untuk berkerja..malam itu, panggilan kakak sulungku 'Kak Indah' menelefon dan mengatakan yang ayah telah pergi..lalu aku cepat2 untuk berkemas dan tiket flight aku belum perolehi lagi untuk terbang balik ke Sabah, apa2 pun aku terpaksa ke airport terlebih dahulu pada subuh itu dengan berjalan kaki dari rumahku ke Putrajaya Sentral jam 4 pagi untuk belian tiket terus di KLIA, aku cuba mendapatkan fligth yang seawal mungkin sebab jenazah ayah akan dikebumikan selepas solat zohor..Alhamdulillah Malindo Air ada seat untuk flight ke Kota Kinabalu pukul 8:30 pagi...dan aku akan dijangka tiba di KK pada pukul 11:30 pagi dengan harga oneway RM459, harga penerbangan yang lain pagi tu AirAsia dengan harga RM670..MAS RM810.

Ahli keluarga semua menunggu ketibaan ku, hanya aku sahaja antara adik beradik yang belum sempat untuk meratapi jenazah ayah sebelum dikebumikan, Jenazah ayah ketika itu telah di uruskan oleh imam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Ibu sering menelefon ku untuk sampai secepat yang mungkin, setibanya aku.....ayah baru sahaja habis dimandikan dan SUBHANALLAH melihat wajah ayah seakan-akan dia tengah tidur dan sedikit terukir senyuman dibibirnya. Lembut dan harum bila ku kucup ciuman di dahinya...walaupun saat-saat ini amat sukar bagiku tapi aku harus tabah dan redha dengan ketentuanNYA.

Setelah jenazah ayah siap dikafankan, kedengaran azan berkumandang bagi menandakan masuknya solat fardhu Zohor, ramai jemaah yang hadir dan Imam pada ketika itu telah memaklumkan kepada ahli jemaah lain yang hadir bahawa selepas sahaja solat zohor nanti satu solat jenazah seorang laki-laki akan diadakan..dan aku ketika itu menjadi makmum dan Alhamdulillah ramai jemaah yang hadir sama2 untuk mendirikan solat jenazah ke atas ayah..seusai solat jenazah van jenazah pun telah bersedia di pintu masuk masjid untuk membawa jenazah ke Tanah perkuburan orang-orang Islam di KG Cenderamata II, Likas.

Ketika mengangkat jenazah ayah sampai masuk ke liang lahat, dan aku cuba untuk memberi khidmat yang terbaik pada saat-saat penghormatan terakhir buat ayah sebagai anak lelakinya yang sulung..Alhamdulillah segala urusan telah dipermudahkan dan berjalan dengan baik, sebaik sahaja Ustaz membaca talkin dan doa ketika itu awan mendung berarak lalu hujan turun seakan-akan bumi menangisi pemergian ayah...


اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.



Oleh itu, setiap yang bernyawa pasti akan merasakan MATI...dan MATI itu adalah janji Allah yang PASTI. Sebelum ayah pergi buat selama-lamanya, ayah pernah berpesan kepadaku bahawa di dunia ini hanya seperti pesan Rasulullah S.A.W bahawa kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunah Nabi SAW..dan pesan ayah lagi bahawa Aku akan menjadi penggantinya sebagai Ketua Keluarga kelak bila ayah sudah tiada, Jagalah Ibumu baik2 dan adik-beradik yang lain dan berkasih sayanglah kamu antara satu sama yang lain.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Jika anak Adam meninggal, maka amalanya akan terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya."
(HR Muslim)


My dad and My Younger Brother

Goodbye dad, You'll be missed! :'( 

Semoga roh arwah ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, para solihin, mujahidin dan mendapat balasan SYURGA Allah.

Akhir sekali, Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang sudi datang ketika urusan pengkebumian dan yang sudi mendoakan arwah ayah mat, jasa-jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih juga atas bentuk sumbangan, derma dan bantuan yang diterima, yang jauh sudi menelefon dan bertanyakan khabar mat..Jarang sekali untuk kita mendapat sahabat atau kawan yang sentiasa bersama ketika kita susah, In sha Allah ada ketikanya kita di bawah dan ada ketikanya kita berada di atas. Sekian!


Arwah Ayah suka dengar lagu-lagu old Song omputeh mcm Rod Steward, Air Supply..Kenny G then saya selitkan link YouTube lagu "Goodbye" by Air Supply



Comments

  1. Semoga roh allahyarham dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. ... Al-Fatihah buat arwah ayah mat.. Semoga Roh Arwah Ayah Mat ditempatkan bersama mereka yang di kasihi Allah…

    ReplyDelete
  2. Semoga roh allahyarham dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. ... Al-Fatihah buat arwah ayah Mat… Semoga Roh Arwah Ayah Mat ditempatkan bersama mereka yang di kasihi Allah…

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3