Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 5
:...Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 1
:...Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 2
:...Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 3
:...Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 4
Insha Allah ini yang terakhir entri untuk siri Jelajah ke Sydney dan ako akan terus ke siri Jelajah di Melbourne plak lepas nie, Haaaa kat situ la plak yang banyak siri dan cerita yang tak tahu la brp jauh ako boleh nk habiskan..HaHaHa ok bukan ape cuma nak buat yang terbaik utk korg kan..dan cerita nie pon akan jadi satu kenangan masa depan nanti..kot kot 5 tahun akan datang nk imbas balik cerita nie, baca je la kan dalam BLOG nie. Actually ako suka travel..tengah2 write entri nie pon dok tengah usha2 tiket promotion flight nk ke mana lepas nie HeHe..ingat nak ke EUROPE naik Emirates, tapi tunggu dlu lah blom ada promotion lagi.
Petua dia kalau kita nak travel make sure korg bawa kawan yang btol2 ada CHEMISTRY and SPORTING dgn ko, klu tak Holiday ko mmg akan spoil la. Example dia, ko minta tolong ambik gambar utk kau tapi dia tak suka ambik gambar orang, ko rasa? sia-sia je ada partner travel mcm tue kan? klu ko suka tue tapi dia suka yang ini..hurmmm habislah, lagi2 kena dengar ckp dia je..ko nak tak? dan yang paling ako pantang sekali kawan jenis yang suka BERKIRA! makan sorg2 dan buat hal sendiri...bek ko tinggalkan je lah kwn macam tue! So, thats why travel nie kita org semua jadi GENK and ada CHEMISTRY each others..Gambar pon cantik2 je semua kaan..feeling lebih plak ako kat sini! HaHaHa just wanna to share and for your extra Tips!
The University of Sydney
Tempat nie hampir2 je kita orang tak dapat pergi sebab depends dengan masa dan transport kalau ada utk ke sini, masa nie adalah hari terakhir kita org kat SYDNEY dan tengahari tue jam 2pm flight kita org ke Melbourne, so..ako berharap sangat peluang tue ada utk singgah sebentar kat Sydney University nie..ALHAMDULILLAH berkat usaha semalam finally kita org dapat deal dengan Baji student yang stay kat Malaysia Hall tue utk kita org guna pakai khidmat dia, charge la ok..hantar ke Airport sekali dengan pakej ke Sydney University and Paddy's Market. Lepas kaw tim dengan Baji (nama budak tue) total semua AUD80 = RM245.60 divided 4 org, sorg RM61.40 ok la kan, dia pon nak cari makan..orang kita jgak! HeHe baik btol Baji nie, dia intertain terbaik utk kita org..Thanks Bro!
First sampai sini memang terpengun bro dengan infront BUILDING dia! architecture design dia perghh CANTIK bro..dorg kata sini la cerita Harry Potter di casting erk? Tp tue la mmg mcm pernah nampak dalam cerita Harry Potter tue kan! so, kita org pon just spent time kat sini about 1 hours tak boleh lebih daripada itu di sebabkan masa sangat terhad pagi tue utk kita org. Puas bergambar sana sini siap sentuh2 lagi bangunan dia..HaHaHa! masuk dalam (Free of Charge) Awesome bro! tempat dia pon tenang dan nampak student2 dia pon semuanya nampak SMART.
Bila dah masuk ke sini, tiba2 feeling tue kuat sangat nak sambung belajar plak lepas nie..Kak Jai siap teringin dah nk sambung PHD kat sini. Bagus-bagus..lepas nie kita isi form masing2 ye Kak Jai HaHa..wow OVERSEA student tue! (set dah dalam kepala, mcm nk perli je bunyi tue?) HaHa kejayaan itu bermulanya daripada angan-angan dulu bro..so set la angan-angan dlu tak salah kan. Kalau nak share motivation words kat sini banyak je ako bole tepek-tepekkan, kang korang baca macam POYO's plak..HaHaHa ok stop about University nie, lepas nie ke Paddy's Market plak..nak sopink nk sopink! :-)
Paddy's Market
Memang kalau korg nk beli any souvenirs jangan beli kat mana2 sebab kat Paddy's Market nie memang murah dan korg memang bole nego lagi harga dengan Tauke dia kat situ, HeHe tapi maybe kalau nk yang berkualiti or exclusive sikit kat luar tue la kot nk beli kan. Macam kita org memang borong habis bro beli souvenirs kat sini..lepas tengok bajet ada extra sikit..why not kan utk kwn2 kat opis dan adik beradik, Jangan kedekut sangat bro! biar kita ingat orang tue..(walaupon dia tak ingat kita) Tp rezeki dan keberkatan engkau mungkin Allah akan permudahkan di kemudian hari.
Kak Jai, Mat, Shah dan John |
Tengok John and Shah dorg memang borong habis barang2 kat Paddy's Market nie haaa..Kjai pon sampai beli extra bag utk sumbat semua2 barang. Ako beli je setakat ikut kemampuan ako adalah utk kwn2 dan adik beradik..HeHe bag pon tak bawa banyak, so utk yang exclusive ako target je nnt kat Melbourne, lepas semua bajet dah lepas dan brp extra yang ako ada. Lagi pon ako pikir buat penat je bawa byk2 barang nnt kehulu hilir bila nak naik flight ke Melbourne kang..sama je kot kan Sydney and Melbourne, cuma beli je lah barang2 yang ada tulisan Sydney Exclusive la sikit.
Uncle nie tauke kedai nie dia asal dari Turkey, klu nk murah and nego souvenirs..cam muka dia dan kaw tim dengan dia..HeHe |
Pilih-Pilih mana yang berkenan |
Kalau bab Market2 nie memang Fav Kak Jai lah nak Bergambar! HeHe |
Haaa..Fridge Magnet mesti ramai kwn2 yg nak souvenirs FM je kan! |
Buah-buahan kat sini memang Fresh dan Murah..ok! |
Ok lepas spent time lebih kurang sejam setengah kat Paddy's Market nie untuk shopping je, kita org terus gerak ke Domestic Airport nak terbang ke Melbourne plak. Kita orang dh siap2 booking awal beli tiket TigerAir dari Sydney ke Melbourne dengan harga AUD30 = RM92.10 murahkan? HeHe kena plan awal2 la bro..and otai dalam Booking tiket nie serah je kepada SHAH, sebab dia yang alert dlm bab promotions tiket flight nie..HeHe
with BAJI and his car |
Ok dah sampai Airport dan nak memperkenalkan BAJI Nama sebenar dia Kahiril. Then klu nak khidmat transportation dia dari Airport Sydney - Malaysia Hall - Airport Sydney dia akan charge AUD50 = RM153.50 memang sangat berbaloi bro, so any requirement bole message dia tapi Number Tel Australia la (+61451260078). Nak minta bawa round sydney pon tak de hal kot. Business card dia ako tak tahu letak kat mana dah..kalau tak, dapat e-mail address dia pon senang sikit kan. Itu kereta dia sendiri ok..HaHa (nak promote sikit kau Baji kat BLOG nie) ako pon dah janji kat dia masa nk bergambar nie, kang ako promote dia dalam BLOG ako..ok bro! settle hutang! service ko pun terbaik..punctual :-p
Overall Budget in SYDNEY
This is exclude with AirAsiaX Tickets Flight
Sebelum ako datang Australia, 1st think memang ako dok focus fikir berapa bajet yang affordable utk ako bawa nanti. Ye lah takut-takut nnt kita over budget kan..kang tak dapat balik Malaysia, paksa jgak la terus tinggal kat ostrolia nie haa jadi cleaner pon Tak pe lah! Janji bayar mahal bro..HaHaHa
Ok sebelum itu ako ada buat formula utk budget nie:
BUDGET - KEPERLUAN WAJIB
contoh:
A. Budget = AUD1640
B. Keperluan wajib (Hotel,Ticket Transport and Etc) = AUD670
(A - B)
AUD1640 - AUD670 = AUD970
So,
That's mean ako ada AUD970 balance utk perbelanjaan di Sydney and Melbourne nanti, Then apa yang ako buat ako kena divide ikut berapa hari ako stay di sana..let say ako di sana 9Hari 8Malam.
AUD970 / 9 = AUD107 sehari (so, ako tak boleh over budget dalam sehari AUD107)
Tapi kadang2 kalau boleh less kan lagi dari target yang kita ada, just in case kalau2 ada emergency or bole save jugak utk shopping kan ada extra money sikit..HeHe
Di atas tue hanyalah contoh perkiraan apa yang ako buat..dan actual KOS KESELURUHAN ako di SYDNEY 4Hari3Malam adalah = AUD310 = RM951.70 (currency 3.07) macam ok tak? ini dah ALL-IN termasuk makan minum, shopping, transport and etc. Ok guys sampai di sini sahaja la siri jelajah ako untuk part kat SYDNEY nie and next is MELBOURNE! stay tuned :-D
Comments
Post a Comment