BIARKAN DIRIKU





Assalamualaikum and Hello semua (",) 

Hai lama kita tak Jumpa dalam entri BloG ni kan, HeHe rindu plak aku sama kamu semua

Entahlah kenapa aku tiba2 terpanggil untuk menulis dalam blog ni, sekian lama aku membisu untuk menulis..walaupun blog ni aku akan buka dan baca sekali atau 2 kali dalam seminggu. Agak kekok plak dan mula merasa malu bila menulis di sini semula. HaHaHa aku pun tak tahu apa sebenarnya yang terbuku dan sempit di dalam fikiranku sampai tak ada idea untuk aku memulakannya semula dan ada janjiku pada semua untuk menulis berkaitan pengalamanku bercuti di Melbourne, Australia untuk dikongsi bersama dan baru-baru ini aku dari bercuti ke Bali, Indonesia pun akan aku kongsikan bersama di sini. (banyaknya hutang) 

Ok lah masa aku menulis blog ni aku tengah pasang lagu dari FATIN SHIDQIA - AKU MEMILIH SETIA untuk aku nak cari mood dan feeling itu semula walaupun jam kat laptop ni menunjukkan dah pukul 2:30 pagi :



Best jgak lagu ni kan..bila dihayati setiap sebutan lirik dia mendalam juga maksud itu. Sebabnya tiba2 sahabatku Hady Firdaus shared kat FB la masa kita kat Bali bercuti asyik pak supir tu rewind lagu ni banyak kali. Hurmmm rindu la tu kan! Tp lirik lagu ni bila aku hayati akan mengerti maksud dalam keadaan aku sekarang. :-p

Time aku menulis ni aku kat kampung, Kota Kinabalu, Sabah (outstations) Eh..esok aku ada meeting ni dan kenapa aku tak tidur lagi..ek? ooh Tadi tengahari aku pulun habis untuk tidur dan hilangkan penat dari berkerja. Meeting pon tengahari nanti..ok kot awal lagi nak tidur kan. Nanti awak kejutkan saya ye kalau tak terbangun..call saye Ye! awak saya rindu awak. Eh..siapa awak ni. HaHa

Bestnyee duduk kampung, bila semua itu berada di sekelilingku. Aku kehilangan dalam diriku sebenarnya bila masa itu cepat masa berlalu di sini. Aku rindu bersama bila kamu ada di sisiku selalu. Bila aku melihat Ibu ku semakin tua aku kuat untuk berhenti untuk merantau jauh daripada dirinya. I want to stay here for caring her every single day and every moment the rest of my life. I love You so much mom. I really mean it untuk kalau bole tak nak balik KL lagi..HuHu maybe after this aku kena struggle untuk mohon pindah ke Sabah.

Hampir 6 tahun aku di Putrajaya untuk mencari rezeki dan pengalaman, mungkin sudah tiba masanya untuk aku berbakti pula di tanah kelahiran ku sendiri. Even banyak pengalaman suka dan duka aku di sana. Tapi itu banyak mengajar aku apa ertinya hidup sebenar. Bukan kerana tidak sayang dan berhenti untuk meneruskan perjuangan di sana tetapi ini mungkin adalah yang terbaik dan masanya untuk aku bersama dalam sisa-sisa hidupnya yang berbaki ini.


.....Ini lah akhirnya harus ku akhiri, sebelum cintamu semakin dalam. Maafkan diriku memilih setia walaupun ku tahu CINTAmu lebih besar darinya.


Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3