BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 2

:....click here for Part 1

Info: Jepun adalah sebuah negara yang sangat padat dengan populasi penduduknya seramai 127 juta dan kalau kau buat comparison dengan negara kita Malaysia lebih kurang 4 kali ganda populasi penduduk dia. Tokyo sahaja dengan kepadatan penduduknya seramai 33.7 juta, dan kepadatan keseluruhan penduduk negara kita plak bagi tahun 2015 ni sahaja hanya 29 juta. So, bila kira-kira balik rakyat Malaysia ni kita kumpulkan semua dan sumbatlah dalam Bandar Tokyo tu sahaja je pun dh boleh muat dah. Just imagine, macam mana gilanya negara Jepun ni. That's why i called Japan's was CRAZY! 




Tak sangka plak aku dah sampai Jepun kan. HeHeHe (itulah yang bermain dalam fikiranku masa tu) bukan nak kata apa, dengan kegawatan ekonomi negara kita tahun 2015 ni memang terasa juga la kejatuhan ringgit kan. Tapi alhamdulillah aku dh plan awal dengan kjai untuk settlekan semua macam penginapan dan transportations. So, bila nk bertolak tu dah hanya bawa duit untuk makan minum and shopping je.

Ok, pagi tu kami checked-out dari Plaza Hotel tu dan kami balik semula ke hotel asal yang kami booking awal dulu. Bila teringat balik pagi tu, semalam Kanke cakap nak jumpa pukul 9:30am di lobi hotel. Kami pon bangun around 9:00am dan bersiap-siap. Then, sampailah checked-out turun ke lobi hotel sambil melenggang pukul 9:50am. Kanke duduk disatu sudut sofa hotel tu tengok kami lain "semacam" je. Tak pe Kanke, kita orang bayar kau. HaHa




Ya Allah! malunya lah..kjai cakap (Jepun ni diorang punctual taw) pagi tu kita orang baru sedar yang kita org ni kat Jepun (Bengong kan) HaHaHa, sebab penat semalam macam tak hilang lagi. HaHaHa so, kami pon cakap dengan Kanke sorry dan dia pon faham juga. Hm nasib lah! then after tu kita orang dah tak pernah lewat lagi dan kami plak yang akan tunggu dia lebih awal. Kita tak mahu la kan budaya dan sikap orang "Melayu" kita ni diperkatakan oleh orang lain dengan benda yang tak baik. Part yang baik tu, tak pe lah kan kalau orang tahu. :-D

Bertapa tingginya budaya dan hormat diorang dengan orang lain. Kanke boleh plak terangkan dengan aku sambil dia keluarkan semua duit syiling yang ada pada poket dia untuk aku faham akan setiap nilai dan keperluan duit-duit tu semua dan aku dengan khusyuknya cuba untuk memahami setiap percakapan yang dia cuba sampaikan dan aku angguk je. Aku betul-betul respect la dengan diorang ni, istilahnya nak menipu dan mencuri tu memang jauh sekali lah. Lepas tu..tunggu apa lagi? ok Jom kita #ExploreJapan.


SHIBUYA, TOKYO


Kanke terangkan dengan kami cara-cara nak menggunakan mesin tiket train, Tapi boleh plak kami tak fokus! Hm.


Bila kami keluar je dari Shibuya Station tu, Haaaaa kau nampak tak orang dia berapa ramai?..Gilak ok! dan masa ni kau tak perlu risau dengan apa2 kes jenayah sebab Jepun adalah antara negara yang paling selamat. Kau boleh enjoy dan tengok dengan gelagat orang sekeliling dia dengan costurm pakaian yang bermacam-macam. Kebetulan time kami kesini plak ada Festival Helloween. Aku dengan Ana dah macam nk gile excited tu..HaHaHa sampai Kjai pon kami lupa suda nak ambikkan gambar. (sorry kjai) HuHu.

Info: orang Jepun sangatlah sporting dan suka fashion.

Masa nak crossed jalan tu dan KEBETULAN plak lagi ada Auto show tiba2 muncul ngam-ngam depan kami masa nak cross tu..Ya Allah! terus semua orang tertumpu kat situ dan sibuk nak bergambar. Time tu aku dan ana betul-betul tak sedar dan hilang ingatan (lost). Kalau siapa yang suka kereta tu memang inilah tempat kau bro. You will fell like in Heaven! Jepun kot?

Kau nampak tak gaya dia tu?
Muncung dia tu terover la plak! HaHa

...and for coffeeholic you should stay and chills at Starbucks area situ. Then sambil-sambil tengok moment orang lalu kat traffic light tu. Nak tahu? ini lah jalan yang tersibuk di dunia setiap hari dan masa. Shibuya Crossing Road..dan aku ada ambik video time ni, korang tengok lah macam mana bisingnya aku tengah berjalan tu. HaHa! 

Starbucks at Shibuya, Japan


Actually, Shibuya ni adalah tempat utama pelancong luar yang berkunjung ke sini. Memang kau akan merasakan suasana yang berbeza dan kesibukan bandar Tokyo yang sebenar dan yang sangat mengujakan aku time ni walaupun gile ramainya orang masa ni, kau tidak akan nampak sampah pon merata-rata. It's AMAZING! bersih dan sangat terjaga ok. Tak rugi uolls bila datang ke Jepun ni, sebab banyak benda yang kita boleh lihat dan belajar sendiri. Pengalaman ni sangat berharga bagiku. Japan is RECOMMENDED!


TAKESHITA STREET



Takeshita Street, Tokyo
Sedap sangat ok! :-)

Tempat ni juga popular di Tokyo, kalau kau nak shopping dan cari makanan yang ringan-ringan tu banyak lah kat tempat ni. Aku nak masuk dan berjalan ke dalam street ni pon macam dah takut sebab tak tahu kenapa orang dia di sini sentiasa ramai? HaHaHa nasiblah time ni musim sejuk. So, nak berjalan pon sedap je kan macam dalam aircond. Tapi bagi kami ini adalah benda yang baru dan Interested untuk kau nak explore semua benda kan. Rugi la kalau kau datang jauh-jauh semua benda kau nak jadi malas je (dalam hati) baik ko balik hotel dan tidur je kan..tak pon balik Malaysia je lah terus. straight to the point!

Tapi kita orang semua sporting dan layan ok. Itu lah yang best bila kau cari orang yang betul-betul boleh travel dengan kau sekali. Means satu kepala. (Additional Tips)

..dan memang nasib adik aku ni si Ana yang kuat shopping dapat pergi Tokyo. Ana ni gila shopping dan berbahagialah dia di Tokyo ni. semua tempat dia nak masuk dan beli something ok. Baju kat Forever 21 pon dah beli 2 helai..masuk lagi Uniqlo beli  baju panas, masuk lagi kedai make up-make up..isk semua la! Tapi yang membuatkan dia jadi gila di sini sebab harga dia bilang lagi murah dari Malaysia. so, aku pon ye kan je lah. (dlm hati banyak plak duit dia ni kan) sampai kjai pesan kat aku.."Ahmad kau kena kahwinkan ana ni dengan orang yang betul-betul kaya la paling pon pangkat Datuk". (gurau kjai) HaHaHa! kita tengok esok dia nak pergi mana plak.


SMOKING AREA









Ok. part ni aku kena bagi tahu dengan semua brader-brader atau hakak-hakaks yang smoking macam aku. Orang jepun ni, dia orang sangat menitik beratkan tentang kebersihan dan menghormati orang lain, so that means ko tak bolehlah merokok sembarangan tempat dan sesuka hati kau..Tp kalau kau dh gian sangat tu then tak jumpa smoking area ko pergi lah mana-mana lorong jalan yang jauh sikit yang tak ramai orang. Then.."kau bakar la kat situ bros"

Bila kawan aku Kanke cakap aku isap rokok apa, aku cakap Dunhill. Hm rupanya kat Jepun ni tak ada Dunhill dan tak popular pon. Ok! kalau kat Malaysia Dunhill ni lah untuk golongan orang-orang "elite" macam aku kan. HaHaHa fine!

Bila cakap pasal harga plak, aku buat comparison dengan Kanke pasal harga rokok di Malaysia, Japan dia mahal lagi untuk 1 kotak 450Yen = RM16 dan time tu before aku bertolak dari Malaysia dengan harga RM13.50, sekali balik ke Malaysia dah jadi RM17. Buduh HaHaHa..so, maksudnya rokok kita sekarang ni lagi mahal la daripada Jepun kan. Hai sedeeeyy!


Tips:

Before datang ke Jepun anda disarankan untuk mendownload TOKYO SUBWAY NAVIGATION siap-siap di handphone kau untuk memudahkan kalau kau nak cari arah jalan train. Aku tak dapat tolong nak bagi directions kat uolls kat sini macam mana nak pergi ke tempat-tempat ni sebab sangat la complicated. Even orang jepun sendiri pon boleh sesat dalam subway dia. Ini kan plak kita ni ha..

Internet di Jepun sangat laju 10 kali ganda daripada speed network kita di Malaysia. But, di Jepun anda tidak dibenarkan untuk menukar sim card baru sebab negara dia sangat melimitkan penggunaan Number handphone dan setiap penduduk Jepun hanya dibenarkan untuk register 1 number sahaja. Kalau kita..? 1 No. untuk family, 1 No. lagi untuk Bisnes, dan 1 No. lagi utk scandal kan? kau jangan nak menipu. oops..

Don't worry, Jepun tempat dia merata dengan wifi free..kau pergi mana sahajalah mesti ada wifi yang available and free. Cuma, masa aku kat Disneysea memang tak ada wifi Free dan aku terpaksa langgan Roaming Internet untuk 1 hari RM38 daripada maxis (Incase of emergency). apps LINE adalah media social yang paling popular di Jepun dan lepas tu Facebook. :-)


Next..click here for Part 3.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3