BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3



:....click here for Part 1
:....click here for Part 2


Bulan November dan Disember adalah masa yang sangat sesuai kalau nak Travel ke Jepun sebelum musim sejuk atau winter, sebab musim luruh (Autumn) ni banyak aktiviti luar yang korang boleh buat dan nak berjalan-jalan. Suhu pun tak la drop sampai negatif kan, just nice masa tu dalam 15°c - 8°c. Masa ni kita orang pergi dalam awal bulan November 2015. Jepun dia akan start winter dan bersalji dalam awal bulan Januari. Then, macam aku memang tak suka sejuk tapi nak juga la kan merasa main salji tu, tapi tak nak la lama-lama. HaHaHa


MOUNT FUJI



Bila anda ke Tokyo anda adalah diWAJIBkan untuk datang ke Mt.Fuji ni, kalau tak memang sangat-sangat la rugi uolls ooiiiii (ha macam mak bedah dah aku ni) membebel ni sebab tak mahu ke Mt. Fuji kan? apa..Eh nak plak! HaHaHa ok la (main-main jak bah)

Macam mana nak ke sini ada beberapa options yang korang kena pilih sebab banyak point area dia yang korang bole tengok Mt. Fuji ni. Tapi aku tak dapat la nak bagi lebih point-point tu kat mana kan, dan yang hanya aku boleh shared kat korang di sini adalah tempat yang kita orang dah pergi iaitu kat Lake Kawaguchiko.

Ok. First, bila korang dah sampai kat Shinjuku, Tokyo situ adalah tempat pusat bas dan train stop dia. Banyak bas ekspress atau nak naik train pon boleh. Korang boleh click link ni Highway-Buses untuk infomations lanjut untuk korang nak booking tickets secara online and tengok schedule dia kat situ, Tapi kita orang decided time tu untuk naik bas sebabnya adalah murah compare dengan naik train dan kau pun dapat la juga merasa naik bas kan di Jepun ni, tak la asyik-asyik naik train je kan. Disamping tu, dapat juga lah korang menikmati kawasan perkampungan dan pergunungan semasa dalam perjalanan nanti bila dalam bas.


Sampai Gateway Fujiyama, actually belakang tu adalah Mount Fuji
Kita orang sewa basikal, seronok wokey! :-D
Kita berehat sebentar, Take 5!

Bila korang dah sampai Gateway Fujiyama, situ adalah tempat bas untuk berhenti bila korang nak ke Lake Kawaguchiko. Then, masa ni kita orang sewa basikal. Nak habaq kat korg sangat best ok! HaHaHa aku dah lama tak bawa basikal. So, kau tahu la apa akan terjadi kan? (unstable)  dengan berat badan aku yang melebihi muatan, masa tu aku takut je tayar basikal tu akan pancit. HaHa nasib baik la tak.

Ok. kalau korang nak cari kat mana nak sewa basikal ni, aku tak dapat nak bagi tahu korang specifically kat sini. Apa yang korang kena buat, sila tanya orang disekeliling situ sebab tempat sewa basikal di situ banyak dan kadang-kadang tak tanya pon korang just jalan dan nanti akan nampak la ada signboard or advertisement merata kat situ untuk Bicycle for Rent or Bike Rentals. Sewa bagi setiap satu basikal macam kita orang ni dapat 1,100Yen harga lebih kurang RM39.60 untuk tempoh 2 jam. Kalau tak nak sewa basikal pon boleh, korang just jalan kaki je, tapi jauh la sikit dalam 1km ke Lake Kawaguchiko tu.




Tapi pengalaman naik basikal ni adalah perkara yang memang aku tak boleh nak lupakan ok, seriously! dengan suhu yang sangat sejuk pada masa ni around 3°cThen kalau korang dapat tengok pon on top of the Mt. Fuji tu dah start snowing. Kawasan tempat ni pokok-pokok dan berubah warna merah dan kekuningan. That's was is breathakin' views and we had really enjoyed the scenery. Lake Kawaguchiko offer the view just as spectacular.

Sampai area Lake Kawaguchiko, kita orang naik cable car Kachi Kachi Ropeway untuk sampai ke satu puncak kawasan bukit nak tengok view Mt.Fuji yang sangat cantik. Untuk cable car ni korg kena bayar 700Yen = RM25.20 sangat berbaloi and u should be there. For more info about Kachi Kachi Ropeway and schedule time please click here.


Autumn Time in Japan
Kachi-Kachi Ropeway, Japan
I was so Excited, Yeah!
Mt. Fuji, Japan


Sedikit tips bila nak ke Fujisan ni, masa yang terbaik untuk nak tengok Mt.Fuji clearly adalah around 4pm and above sebelum senja (waktu Jepun ok), sebab masa kami ke sini stay kat atas tu nak tunggu lebih kurang sejam lebih hanya nampak puncak sahaja. Tapi bila kami dah bergerak balik ke Tokyo Mt. Fuji dalam bas, jelas lah plak nampaknya dari jauh Mt. Fuji tu tanpa awan. Hm nasib kita orang tak berapa nak baik sangatlah masa atas bukit tu. But, never disappointed atleast dapat juga la view yang cantik di kawasan Fujikawaguchiko ni. :-)


Genk smoker aku! HaHaHa
OTW nak balik ke Tokyo dalam Bas, Hm frust sikit la!

Korang kena spent time untuk Mt. Fuji ni seharian ok. Pagi gerak pergi dan petang balik. Sedikit pengalaman masa nak balik, time kita orang naik bas on the way nak masuk bandar Tokyo jam sangat teruk. So, kalau ada options lain better korang naik train je dari Fujikawaguchiko ni ke Shinjuku, Tokyo. Area ni ada makanan halal dont worry, tapi kalau nak jimat and senang better korang bawa bekal siap2 and bawa la snikers or coklat ke anytime boleh makan nanti kat sana. Ok selamat uolls.


Next..click here for Part 4.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1