BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 4



:.....click here for Part 1
:.....click here for Part 2
:.....click here for Part 3


Jepun ni walaupun dia ni bukanlah satu negara Islam tapi KITA harus belajar dan lihat dari segi aspek budaya dan disiplin mereka untuk kita contohi. Sangat mengkagumkan! dan dulu aku pernah teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir berkaitan Dasar Pandang ke Timur yang memberi maksud untuk kita mencontohi Negara Jepun sebagai negara yang maju dan pesat membangun dengan rakyat dia yang berdisiplin dan rajin berkerja. Bila aku mengalami pengalaman ini sendiri dan melihat orang-orang dia di Jepun, Yes I'm AGREED with this dasar! and seriously aku nak sangat ke Jepun semula.


SENSOJI TEMPLE, ASAKUSA






Next day selapas kita orang balik dari Mt. Fuji semalam, keadaan cuaca pagi tu hujan sampailah ke petang. Ana dengan tiba-tiba menghembus nafas dia depan aku sebab excited keluar wap dari mulut. (anduk bah kesian adik aku ni) HaHaHa jakun. Dulu aku pun begitu juga time kat Australia. :-) Tapi waktu pagi tu sangat sejuk dan aku lupa nak buat preparations datang ke Jepun ni bawa glove (sarung tangan) dari Malaysia. Then aku baru nak kelam kabut nak cari glove kat area Asakusa ni. Unfortunetly tak jumpa plak. 

Masa tu aku search kat YouTube and Blog, aku tak tahu kenapa la sangat orang suka datang ke Sensoji Temple ni and mostly ramai yang akan update tempat ni. Ok, kami pon jadi pak turut juga la dalam itinerary untuk mark SENSOJI TEMPLE yang terletak di Asakusa ni. Actually, tempat ni memang akan jadi tempat tumpuan pelancong yang popular di Tokyo, Jepun. Apa yang ada kat tempat ni? temple ni adalah salah satu temple yang tertua di Jepun selepas perang dunia kedua. Ok, Kjai dah pesan awal-awal tak payah masuk sampai dalam tu dan nak menilik nasib bagai, sebab tak elok untuk kita orang muslim ni ke tempat pemujaan bukan Islam. So, kita orang just view and intai-intai je dari luar. Janji dah sampai sini kan. Hmm (rolling eyes).

Asakusa Market
Bahulu tradisional Jepun, Hm Tengok je lah.
Tak boleh nak makan sebab tak tahu Halal ke Tak?

Area Asakusa ni adalah tempat pelancong kalau kau nak beli souvenir la, harga pon ada la murah sikit bila kau compare tempat lain. Tapi murah tu aku tak dapat nak explain berapa harga dia, sebab this is our first time tengok barang-barang souvenir ni la, dan menurut sumber Blog lain dioarg cakap memang murah kat sini. Jadi aku pon ikut cakap je lah murah tuh. (pak turut) HaHa. Aku, Kjai dan Ana tak beli apa pon kat sini just window shopping jew. 

ok part ni kelakar.

Masa kat area ni kita orang ade lah beli sikit-sikit makanan macam ubi rebus dan Takoyaki Grilled Octopus Ball. Bila aku dengan Ana nampak Takoyaki tu dari jauh nampak macam sedap dan aroma bau dia pon mengancam, dengan slumber dan yakinnye aku dengan ana untuk beli 1 set Takoyaki, sebab nampak isi sotong kurita je dalam tu. Tapi bila kjai cakap eh..halal ke ni? aku dengan ana, entah..#@!&^%$* Tapi Kjai, Takoyaki dia sedap. Kjai pon ambik la satu "rasa". Ana pon boleh plak order lagi satu set Takoyaki. sebab ana bilang sambil kunyah-kunyah Takoyaki dalam mulut dengan panas-panasnya (ala-ala ustazah gitew) "kau dalam bab makan ni apa-apa kau kena yakin" kalau kau yakin halal kau makan jak. Insha Allah, (si ana bilang). Then, malam tu Kjai cepat-cepat baca balik dalam Blog dan buat conclusion: "almost" Takoyaki di Jepun adalah TIDAK HALAL sebab dari segi kandungan minyak dan bahan adunan tepung dia kita tak tahu. ok! tet..!! silence. (krik krik krik) dah masuk dalam perut. "almost" hopefully yang kita orang makan tu halal la HaHaHa! 


CAT CAFE IN ASAKUSA - CAFE CALAUGH




Ok. kepada penggemar kucing tu "catlover" boleh la try masuk Cat Cafe kat area Asakusa ni, sambil-sambil kau minum coffee or else menu di situ kau akan ditemani dengan kucing-kucing yang comel-comel dengan high value ok. Kelakar dia, bila kita orang masuk cafe ni, tiba-tiba waitress dia kat situ bagi kami satu sanitizers untuk cuci tangan, ini bukan sebab takut kita yang akan terjangkit penyakit daripada kucing tu, tapi adalah sebaliknya. That means, owner dia kat situ takut kita yang akan membawa penyakit kepada kucing-kucing di situ. HaHaHa kelakar plak, memang kucing-kucing dia cantik dan bersih ok. Meow :-)


Nak tahu kat mana nak cari tempat ni dan menu apa yang diorang sediakan sila click link ni. Cafe Calaugh memang satu pengalaman yang seronok bila kau kat sini. Kjai la paling excited nak datang sini. HeHe catlover katakan. ok Enjoy.


ODAIBA CITY


Gundam
Princess's watching of Rainbow Bridge in Tokyo
Sunset in Tokyo City

Tempat ni sangat menarik, tapi bila korang sampai di stations dia korang akan rasa macam boring plak, sebab tu korang kena explore dan banyak berjalan di area ni ok. Bagi remaja-remaja yang suka games, cartoon, manga ini lah kawasan syurga untuk korang. Tapi macam kami ni tak lah kot dapat nk explore semua kan. Just mana yang sempat dan boleh dinikmati, kami akan nikmatilah. (penat dah menulis, tak ada idea) HaHaHa

Frust juga la time ni, sebab cari-cari tak jumpa plak kat mana area The Statute of Liberty, Tokyo. Ala yang macam ala-ala Liberty of New York tu. Hm tak dapat nak jumpa la time tu, kawan cakap are sini..kawan lain cakap area situ..lagi pun time ni hujan kan, so kita orang tak dapat la nk move banyak sangat. Gundam tu pon hampir-hampir la tak dapat jumpa oiiiiii. Nasib lah gigih juga nak berjalan dan aku berterima kasih sangat kepada Saiyo (awek Jepun) sebab bagi tunjuk jalan. HaHaHa then malam baru jumpa Gundam ni ha..!! sabar je lah.

Dekat dah, tapi tak jumpa plak "natang" ni, The Statute of Liberty, Tokyo
Tak de rezeki, Tak pe lah.

Tak rugi untuk korang stay kat sini sampai malam ok, sebab korang akan nampak Bandar Tokyo dari sudut tepi laut dan malam nanti lampu-lampu akan bercahaya menerangi Bandar Tokyo ni. Banyak bangunan yang unik dan cantik yang akan korang lihat nanti di area ni dan Rainbow Bridge yang popular di Tokyo. Moment sunset pon sangat memukau kau nanti. Tak percaya? rugi la kau. ok bye! 

Have a pleasant Trip guys and enjoy your every each moment u have. Take ur time and dont forget to take pictures banyak-banyak. Then jangan lupa share, kau upload je banyak-banyak kat FB atau Instagram, biarkan apa orang nak kata diorang Jeles tu (motivations kawan aku). It's yours and sharing is caring. HaHaHa tapi niat kau kena betul la jangan riak sangat. 


Next...click here for Part 5.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3