Followers

PART 2: Drive Masuk ke SINGAPORE


Entri ni adalah kesinambungan cerita dari Part 1. Kalau kau tak baca lagi part 1, kau pi baca dlu ok! click here.


Eleh berlagak..Singapore je pon!

Eh, kau pulak panas? suka hati aku lah kan HaHaHa. Kau dah kenapa?..ala kau relax jak la! aku ni pon jenis yang tak kisah and ambil "port" hal orang lain atau apa kes yang kau nak cakap sekalipon. Kau nk mengutuk ka, kau nak mengumpat ka..aku on je. Tapi nanti satu hari, aku harap kau akan sedar la yang kau tu dah berbuat dosa besar dan pahala tu automatically untuk aku atau orang lain yang kau dok umpat atau kutuk tu..kan? so, better kau duduk diam je dan buat kerja kau yang lebih berfaedah sikit. Eh..emo plak! ala mengumpat dan mengutuk ni depan atau belakang kau tak jauh lari kemana pon. Lagi buang masa kau jak. Lagi-lagi bikin mulut kau tu tambah sakit berbuih dan berbau busuk plak..kau tak percaya? kau try la cedok dengan sudu atau lesung batu kat rumah kau tu. Then kau try bau..tumbuk cili padi sikit. Mcm ok tak? 

OMG! kenapa ni? kenapa ni?..amad sentap ke!

HaHaHa ok, ayat kat atas tu hanya mukadimah je uolls. Jangan la ada yang terasa plak. It's nothing happen, Trust me ok!. Tetiba aku fefeeling plak malam-malam macam ni bila terbaca kat Facebook tu kawan share pasal "Mulut orang Melayu" best info dia, but is so bad things la untuk aku about Melayu kan. Walaupon tak semua orang melayu macam tu. Nak clearkan lagi, for sure ayat-ayat kat atas tu TIDAK ada kena mengena dengan sesiapa atau pon orang lain. Aku just nak share kat korang je, lagi pon aku ni dah lama tak bagi "Tazkirah" dalam blog. Walaupon aku ni bukan lah ustaz. Eh..tetiba plak kan HaHaHa. Ye lah benda baik dan nasihat macam ni, actually bagus juga untuk kita impovekan ibadah dalam kehidupan seharian kita kan. ok Insaf kejap! HuHu


Aku dengan adik-adik aku, sangat manja ok!


13 February 2016 (Sat)

Ok kita sambung balik cerita kita pasal Singapore hari tu. Eh..mana Napi? tak ada pon gambar dia dalam Singpore ni. HaHaHa ok nak bagi tahu, Napi dia tinggal kat JB..kesian kat dia, sebab kita orang pon last minutes plan benda ni dan dia tak sempat nak buat passport lagi. So, tak pe lah Napi pon cakap dia ok jak duduk sendiri di JB dan orang dia sangatlah pandai berdikari. 

Bila kita orang dah masuk Singapore hari tu. Cerita pasal Autopass ni actually, tak habis lagi. Kjai tetap tak sedap hati dan risau memanjang je time tu. Tapi aku try untuk positif kan Kjai dan kami cuba juga untuk bertanya kepada orang sekeliling kat situ pasal autopass ni. Ok lah ada juga membantu serba sedikit info untuk kami. HaHa ok apa-apa pun kita tetap teruskan lah perjalanan untuk Explore Singapore. Dah ada kereta kan..so? let's do it.


Universal Studio Singapore
Globe Trademark Universal Studio Singapore
Casino at USS
Directions

Terus drive, lepas dapat data plan kat Hp aku. Kita orang direct set waze terus shot ke Universal Studio Singapore (USS) di Sentosa Island. HaHa then bila sampai kat sana 2,3 kali juga lah kita orang berpusing kat area situ sebab tak tahu nak masuk lorong parking kat USS tu. 2,3 kali juga la lalu tol then hulur duit nak bayar, HahaHa rupanya kita org lupa time weekend is free of charge (FOC). Tapi bila dah kat parking tu..damn! kat situ la plak kita orang "stuck" sebab tak ada Autopass atau Cash Card nak access masuk. Kjai and Anna terus keluar dari kereta untuk minta bantuan dan sementara tu Kjai plak pergi cari 7-eleven kat area USS tu untuk beli Cash Card immediately dengan harga $30 dollar.

Kita orang sangkut kat situ dalam 15 minit. Aku try call helpline dan selang beberapa minit security pon datang untuk bantu kita orang. What his try to do? dia bagi kita orang masuk je dulu then dia set time as manually. Nanti nak keluar balik just info kat security parking depan tu and u just bayar by cash money. We had to spend time at USS about 2 hours and u know what? we need to pay at the security parking tu untuk charge of parking about $18 dollars around RM54 hinggit uolls, kau mampu? 2 Jam RM54 hinggit, mahal gile ok!! Tapi tulah "singapore" kan (sindir dalam hati kami). Ala stendet la tu kan hmm.

Info: Currency on that month of February, 2016 
$1 Singapore Dollar = RM3 (Tiga kali ganda ok)

Kau sebok sangat nak pi Singapore dah kenapa? kalau kau dah tahu mahal tiga kali ganda. Eh..suka hati aku lah HaHaHa! ala saje nak cari pengalaman, lagi pon banyak benda yang kita boleh belajar kan. Now puas hati kau? nak cakap aku banyak duit tu, tak de lah. Tapi bila kau doakan aku punya rezeki tu, kau cakap aku ni "kaya" aku Alhamdulillah je lah. 


Starbucks at Sentosa Island, Singapore
Tumbler Starbucks Singapore

Masa kat USS tu, kita orang sempat la jugak lepak kat Starbucks dia. Just nak relax and menghirup kopi dia kat situ bila mengelabah masuk drive tadi tu. Sambil tu pon, aku sempat jugak lah singgah ke HardRock Cafe dia. Ala sebelah starbucks je tak silap aku, aku pon sempat lah grab satu T-shirt HR untuk collections aku travel ke "oversea" ni walaupon singapore je kan? Hmm jadilah. HaHa

Lepas kat USS tu, kita orang pon terus lah gerak ke Marina Bay Sands and Garden By The Bay. Kau just set je kat waze tu, then nanti kau sampai lah. HeHe Ok, masa sampai kat situ aku, Anna and Adeq nak ke Marina Bay Sands and Kjai plak nak masuk ke rumah kaca Garden By The Bay. Walaupon Kjai cuba menghasut aku join sekali ke Garden By The Bay tu, tetapi akhirnya tak berjaya juga. HaHaHa sori la Kjai, bab bab bunga ni mad kurang sikit fefeeling dia. So, akhirnya kami decided untuk separate time tu. Aku, Anna and Adeq terus pergi ke Marina Bay Sands and Kjai terus masuk ke rumah kaca tu tetapi dengan perjanjian. Tepat pukul 6pm nanti jumpa balik kat area yang kami berkumpul tadi. Now! perjanjian telah dipersetujui.


Marina Bay Sands and Garden By The Bay
Nak jalan-jalan area ni it's Free of Charge (FOC)
Lepak depan Marina Bay Sands
Dorg cakap, Abg jom kita selfie..Ok!

Then, itulah hasil tangkapan kami pada hari tu kat SINGAPORE. Actually, banyak lagi gambar-gambar yang kami snap time tu..tapi aku just pilih yang terbaik je upload kat sini. Untuk Garden By The Bay tu, aku tak dapat nak review la plak macam mana fefeeling dia bila kau dah masuk kat dalam tu kan. So, Kjai je yang boleh explain kan cerita dan pengalaman kat situ, sebab Kjai je yang masuk..almaklumlah FlowerLover la katakan HeHeHe. Nanti next entri aku akan selit la bila Kjai dah ready hantar story dia kat aku ok. Cuma dia cakap hari tu, nak masuk kat rumah kaca tu kena lah bayar tiket dalam $28 per adult. Review click here: Garden By The Bay From Kak Jai.

Hmm nampaknya banyak lagi la plak yang aku kena cerita pasal Singapore ni dan apakah kesudahan dia bila kami TAK ADA AUTOPASS CARD drive masuk ke SINGAPORE? maybe next entri untuk part 3 ok. Guys, im so sorry sebab panjang plak aku buat cerita ni. Korg dah penat ek? HaHaHa ke aku ni syok sendiri je..then ada ke yang sudi baca blog aku yang macam ni. Banyak benda yang aku merapu dan tentunya topik asal akan ke laut kan. HaHaHa ce korg komen sikit kalau ada cadangan untuk aku buat penambahbaikan next entri nanti. Anyway, thanks a lot to those yang still support aku sampai hari ini. Nak kiss dlu..Mwah!

Night :-)

:....Next for Part 3 please click here!

No comments:

Post a Comment

SETAKAT DISEMBER 2017 INILAH PERJALANANKU - AHMAD BIN LAKIBUL

Salam, Aku just nak share gambar-gambar aku travel selama ni. Ahmad Lakibul's Travel Ahmad Lakibul's Travel ...