Followers

PART 3: Drive Masuk ke SINGAPORE

:...Part 2 click here!


Dalam blog ni aku cuba untuk menjadi diri aku sendiri. Kadang-kadang bukan senang untuk kau nak menulis sesuatu perkara tu, banyak benda yang kau kena tengok dan tapis serta berhati-hati dalam penulisan. Takut-takut akan menyentuh sensitivity orang lain,  as long as kau tak akan buat jenayah cyber atau mengugat keselamatan negara berbaur hasutan yang boleh memecah belahkan agama dan bangsa kau. Soal personaliti tu it's subjective untuk kau nak menilai, sejauh mana ketulusan maksud dia yang sebenar, janji kau enjoy and thinking as positively ok. Barulah kau akan ada rasa kebebasan itu untuk memBlog. I'm freedom!

Setiap entri ni aku cuba untuk meminimize kan perkongsian atau cerita yang aku cuba nak sampaikan. Tapi bila aku dah ada idea atau benda nak diluahkan, as u know sampai tak kesudah perenggan dia yang korang kena baca HaHaHa. Kau sabar jak la ok ITULAH DIRI AKU SEBENARNYA. Moment and experience tu aku mesti kena kongsi bersama kat uolls and one things aku ni tak suka benda yang serius sangat, nanti dia jadi tak best and kau pon akan rasa stress. Betul tak?

ok! ENJOY EVERY MOMENT OF YOUR LIFE..


Us: Adeq, Kak Jai, Anna and Aku

Terima kasih kepada minah Thai tu. Alamak, lupa la plak nama dia sebab dia sangat sporting sudi ambil gambar kami berempat. Borak-borak dengan dia sangat best, kelakar pon ada HaHaHa. Petang tu bila dah nak malam kami ingat nak terus balik hotel je sebab tak check-in lagi. Kata Kjai kita dah alang-alang kat sini kita explore habis je lah terus, nanti dah mandi semua kat hotel tak payahlah keluar lagi. Biar kerja tu sekali buat dan pulun habis-habisan. Haa kau..ayat tu! Terbaik. HaHa

Masa 1st time dulu aku datang singapore datang by train je and pergerakan kami sangat limited. So, banyak tempat yang aku tak sempat explore lagi. Kali ini, dah ada kereta kita terjah la semua kan. Area Merlion ni aku tak pernah singgah lagi, so aku cakap kat dorg kita lepak kat situ la kejap and ambik gambar "rare" sikit. HaHa macam-macam aksi yang kami buat, benda tak senonoh pon ada..tapi aku tak nak lah sumbat gambar tu kat sini. Nanti jadi pages 18sx plak. Ala..aksi pee standing up! Tak de apa pon tapi gambar tu macam tak menjadi je. Hmm tak pe lah :-p


Haa kau minum lah puas-puas sampai tersedak! HaHaHa
Ada gaya macam David Beckham Tak? 
Cendol Singapore
Bila si Adeq bergambar, kalah bah terus model. HaHaHa

Bila perut dah lapar, kami pon terus singgah makan di Singapore Zam Zam, ramai orang kata bila ke Singapore, korg diwajibkan singgah makan kat situ lagi-lagi restoran tu adalah halal. Nasi Briyani dan Martabak dia is The Best in Singapore. Kami pon "mark" la tempat tu untuk set dinner time kat situ. Lepas makan dan merasa semuanya, apa yang kami bole komen and reactions untuk restoran Singapore Zam Zam tu:-

  • Service dia cepat!
  • Nasi Briyani Tip Top sedap!
  • Martabak dia crispy and sedap!
  • Staf dia very Friendly.

Overall boleh lah aku bagi 4.5 BINTANG! cuma tempat dia agak crowded and sempit sikit la. Tak jauh beza macam kat kedai mamak kita kat sini jgak. For ur information, kat Singapore ni banyak makanan Halal (mostly) ye lah orang Melayu kat sini ramai jugak. So, no need to worry la. Ok!


Singapore Zam Zam Restoran
Martabak Daging Small Size
Kau nampak tak dia punya lebar senyuman tu? Happy la tu dapat Briyani Kambing. :-)

Habis makan malam tu, muka pun dah penat tenaga pon dah nak habis dan mengantuk. Kita orang pon set kat waze terus shot check-in kat Venue Hotel. Aku dah siap-siap booking awal kat Booking.com, jenuh jugak nak cari hotel yang murah dan affordable kat Singapore ni. Asalnya nak cari homestay je atau backpackers dome style tapi macam tak sesuai la plak. Bila cari-cari, Alhamdulillah dapat la juga yang murah dan sangat selesa. Almaklumlah aku ni bawa "gigurlz" ala-ala datinz semuanya, nanti kang banyak plak celoteh dorang kan. Tapi kau jangan risau dorg akan follow kau jak and sangat sporting ok HaHaHa. Hotel ni aku boleh bagi 4 BINTANG. Service dia pon bagus ditambah Interior Design hotel ni sangat classic dan unik. Tapi ruang bilik dia agak sempit sedikit la. Harga pon boleh tahan jugak, dapat RM230++ untuk satu malam. Overall ok!


Interior Design Venue Hotel Singapore
Venue Hotel Singapore

Dah habis semua mandi malam tu, kita orang pon lepak je la dalam bilik (sambil-sambil letak bedak kat muka tu) gossip la uolls HaHaHaHa. Kodek kodek la telefon tu, tengok balik gambar-gambar yang kita orang ambik siang tadi. Lepas tu apa lagi, share la gambar and check-in kat Facebook. HaHaHa Then, ada seorg kawan tu komen kat FB nama dia KHairul Azzam Muhammad Adib, friendly orang dia walaupon tak pernah jumpa lagi. HaHa nak pendekkan cerita, every years dia akan datang singapore sebab ada family kat sini. So, Kak Jai pon suggest la kat aku suruh tanyakan kat kawan tu pasal Autopass Card sebab Kak Jai ni still worried lagi pasal autopass tu. Aku pon try la pm Adib and dia willing call aku terus time tu pakai FB Messenger.

Thanks Adib, walaupon Khairul Azzam tu bukan nama kau sebenarnya..HaHaHa! atleast bila dapat explanation yang details dari Adib aku and Kak Jai lega sikit la pasal tak ada Autopass Card drive masuk dalam Singapore. Paling pon Adib cakap kena kompaun la nanti around $10 bila kat kastam and immigration tu, but Adib pon tak sure apa akan berlaku bila kes macam kami ni 1st time terjadi. So, just wait and see la esok. Adib pesan, anythings happen just wassap kat dia. Ok bro! Thanks again it's very kind of u.:-)

After that, kami pon semua tutup lampu and terus tidur. Cerita pasal kita orang dah nak keluar dari Singapore without Autopass Card aku akan continue kat Part 4 ok, the last part for sure. Just believe me ok! HaHaHa. To be a continue..


:...Next for Part 4 please click here!


No comments:

Post a Comment

SETAKAT DISEMBER 2017 INILAH PERJALANANKU - AHMAD BIN LAKIBUL

Salam, Aku just nak share gambar-gambar aku travel selama ni. Ahmad Lakibul's Travel Ahmad Lakibul's Travel ...