PART 4: Drive Masuk ke SINGAPORE


:...Part 1 click here!
:...Part 2 click here!
:...Part 3 click here!

Walaupon vacations ni very short, tapi aku punye cerita sampai ke Part 4 plak dah HaHaHa. Ntah la, ingat nak buat 2 pages or part je macam tu. Tapi bila banyak hal dan cerita, semua benda aku nak share jgak dalam blog ni. Tu yang jadi macam ni. Lagi, bila nak bercerita aku ni jenis yang tak boleh terus direct to the point. Nak juga ada mukadimah dia kan HaHa. Ada masa sikit malam ni, aku pon ingat nak habiskan je lah cerita pasal Singapore ni cepat sikit, nanti kang ada orang meluat pula dengan cerita aku ni yang tak pandai habis-habis. Istilahnya rajin tak rajin je..kalau malas apa benda semua pon tak akan menjadi. So, kita habiskan lah cepat-cepat ye HaHaHa. Lagi pon, takut nanti aku akan lupa


14 February 2016 (Sunday)

Pagi tu, kami semua bangun lambat sikit sebab penat dari semalam seharian Explore Singapore sampai ke malam. Bila kita orang semua dah siap-siap kemas dan mandi, Kak Jai pon panggil untuk breakfast dulu, sebab kami ada bawa bekal siap-siap dalam kereta like Roti + Biskut + Coklat + Nasi Briyani yang tak habis semalam dan lain-lain lagi lah. Takut nanti membazir je tak termakan semuanya. Alhamdulillah erkk kenyang!


Kak Jai tolong checked-out kan semua
Sambil tunggu Kak Jai settlekan check-out kat kaunter tu, 
2 orang budak ni pulak sibuk nak berselfie! Hmm tu jelah kerja dorg :-)

Selesai check-out, kita orang pon terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Rumah Peranakan and Bugis Street. Tak banyak benda yang kita orang buat time tu, bila sampai je ambik-ambik gambar and terus belah. Janji dapat tengok lah, denag reaksi..ooh inilah "Rumah Peranakan" tu? ahaks. Ok next..memandangkan bila cek dompet, ada lah lebihan duit Dollar Singapore tu, kami pon beli la apa yang patut souvenir kat Bugis street untuk nak dibawa balik nanti sebab boleh dapat murah dan banyak jenis souvenir dijual kat situ. Kang nanti kawan kita plak yang sentap bila kau tak bawa ole-ole untuk dorg. Actually, tak de apa benda pon bila kau nak bandingkan nilai barang dengan erti persahabatan kan. Janji kau ingat kawan bila kau tengah senang. That's all.


Inilah Rumah Peranakan Tu!
Pasar Minggu di Singapore
Bugis Street Singapore

Dalam tengahari macam tu, bila dah puas berjalan-jalan. Kami pon decided sebelum keluar balik Malaysia nak singgah makan tengahari dulu, katanya nak cari Sup Tulang Merah Singapore. But unfortunately, hampir sejam setengah kita orang guna waze cari tempat tu tapi tak jumpa jumpa juga dan tak la berkesampaian. Bila Kak Jai (as co-pilot) aku time tu, dia try search la kat google and setting up untuk area Sup Tulang Merah Haji Kadir, tup tup kita orang sampai kat food court dan kedai mamak la plak. Punya la struggle kita orang time tu, sampai Kak Jai dah tersasul tersebut Haji Kadir ke Haji Wahid? HaHaHaHa aku dah mula konfius %$#@&^..erk Haji Wahid mana la pulak ni Kak Jai? patut la kita tak jumpa-jumpa Sup Tulang Merah tu ke Haji Wahid rupanya kita ye? (gurau je ye Kak Jai ) HaHaHa

Sebab nak cepat dan tak nak buang masa time tu, kami pon makan je lah kat area food court tu. Lepas makan, sebagai perokok kau kena faham lah dia akan automatik mencari port untuk dia nak bebaskan udara asap dengan "membakar". Aku pon keluar lah dari food court tu dan tunggu kat parking kereta, bila habis hisap rokok. Kak Jai datang menuju ke arah aku sambil ternampak aku buang potong rokok di bawah tapak kasut aku time tu. Haa korang tahu tak apa terjadi? aku kena "Azan, Tazkirah" segala bhai. Lepas tu Kak Jai hulur tisu kat aku dengan tegas suruh pungut balik potong rokok tu dan buang kat tong sampah. HaHaHaHa padan muka aku :( Terima kasih lah Kak Jai atas nasihat yang membina, lepas ni mad buat lagi ok. Opss (nakal) HaHaHa

Apa-apa pon kita kena respect dan jagalah kebersihan tempat orangkan. As u know! Singapore merupakan negara kedua yang TERBERSIH di Asia selepas Jepun, kalau tak silap aku lah. Tabik juga la kat dorang. Memang negara dorang bersih ok, apartment-apartment kat situ pon semua terjaga


Dalam OTW nak balik Malaysia
Ini 2nd Time aku Drive kat Luar Negara selepas Australia
Gambar semalam, Inilah kami Berempat!


Ok, tiba lah masanya untuk kami balik keluar ke Malaysia selepas dah puas "berjimba-jimba" dalam Singapore. Masa tu dah bermain dalam fikiran kami macam-macam andaian, apakah yang akan berlaku di Check point Woodlands Kastam dan Imegresen tu nanti? dalam keadaan yang "cuak" time tu..adoii!! adik aku plak si Anna ni sibuk nak mencari toilet la plak. Nak berak katanya! siapalah suruh time travel, kau makan segala macam shake diet kurus la, control tu control ni la. Nasib la dalam OTW tu terjumpa juga pump station minyak. Singgahlah kejap.  Sambil-sambil tu tanya jgak la orang kat situ nak top up Cash Card sebab nak keluar Singapore kena bayar tol nanti dan ada lah berbaki dalam $9.00 credit macam tu. Cashier kat situ pon cakap lah oh..it's enough  lah bila kau nak bayar tol keluar nanti. Then, rehat kejap sampai tunggu proses "pelaburan" si Anna tu selesai, after that kita orang pon terus shot ke woodlands.

Nak bagi nasihat ni, korang kalau nak travel atau nak berjalan jauh tuh. Tolonglah elakkan benda-benda pil diet, milk shake segala bagai yang boleh mengundang untuk kau kerap ke toilet. Bahaya ok! dan sangat tidak digalakkan atau sesuai dengan masa dia. Kau yang jadi driver and co-pilot ni pon dah tak tentu arah nak pusing ke arah mana, takut-takut kang tersembur semua dalam seluar kan. Hmm nasib co-pilot aku (Kak Jai) cool je dan sangatlah membantu dan alert. Please take note ok.

Now! tiba lah masanya, apakah kesudahan dia bila kami ni drive masuk Singapore tak ada Autopass Card?. Sampai je kat check point Woodlands tu, macam biasalah kami pon hulur passport untuk check-out. Lepas tu Pegawai Imegresen tu pon dia hulur balik passport kami bila semuanya dh clear checking. Aku pon tanya la balik, sir kami ni tak ada Autopass Card dan ada Cash Card je. Dia pon suruh touch cash card tu dulu and automatik gate tu pon terbuka. Pegawai tu cakap by right korang kena ada Autopass Card taw. No big deals dia pon tak banyak cakap just lepaskan kita orang tanpa apa-apa kompaun atau denda masa tu. Ya Allah..aku pon terus cakap "TERIMA KASIH" la tuan sambil senyum manis sikit kat dia. Haaa Alhamdulillah, lega dah kata kak Jai. Maybe pegawai lelaki tu boleh consider la sikit sebab time weekend. We're so lucky la time tu! :-D

Nak kongsi sikit pengalama aku sepanjang kat Singapore tu as personal la. Pasal Autopass Card ni, dia taklah menjadi kesalahan atau masalah besar bagi kau nanti bila tak ada Autopass ni, sebab kau pun masuk Singapore tak lah lama dan hanya for short vacations. Aku ni pon tak tahu sangat lah prosedur kat Singapore ni macam mana kan. Just autopass ni tak lari kurang dia lebih macam touch and go jugak dan untuk bayar parking atau tol dalam Singapore. Apa-apa pon itu lah kesudahan cerita dia bila kami driving masuk ke Singapore without Autopass Card. HeHe! so, habis dah cerita pasal Singapore ni. Next time kita akan jumpa di entri yang lain plak ok.

caw bro!


Lepas entri ni aku post: Adib ada sedikit pandangan, maybe berguna untuk korg nanti.



Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3