GARDENS BY THE BAY, SINGAPORE 2016
Salam.
Hai Guys, kat sini aku nak
share kat korg pasal review Garden By The Bay from Kak Jai (Norzainariah binti
Abu Hassan) seperti yang dijanjikan dalam entry aku Drive masuk ke
Singapore hari tu.
So, Jom kita baca al-kisah
dia..
Jadi, bermula lah pengembaraan saya seorang diri ke Gardens by the Bay walaupun tidak keseluruh bahagian. Saya memilih untuk masuk ke Flower Dome dan Cloud Forest dengan harga tiket SGD28. Kedua-dua dome ni glass house. Jadi cahaya matahari masuk secara semulajadi. Ramai pelancong tempatan dan luar yang masuk kesini. Memandangkan cuaca panas, memang sesuai untuk memilih tempat macam ni untuk bersantai.
Masuk jer ke Flower Dome tu, saya disambut oleh staf-staf yang
sangat mesra. Ekspresi pertama saya, 'wowww' Besarnya taman ni dan cantiknya,
memang terapi minda la datang ke sini. Di dalam Flower Dome ni, ada banyak
pokok-pokok unik dari serata dunia dan ada di antaranya berusia beribu tahun.
Pokok dijaga dengan penuh rapi oleh pihak pengurusan, terasa autumn di Jepun
plak sepanjang berjalan di dalam ni, sejuk! hahaha. oh Tokyo! Deko taman ni berubah-ubah mengikut musim. Kebetulan waktu saya
pergi ni, theme dia Dahlia Dreams. sempena Gong Xi Fa Chai banyak jugak la arca monyet daripada
bunga. Walaupun saya ni bukanlah peminat Dahlia tapi Dahlia ni cantik sangat
rupanya. Tema ni di inspirasikan dari cerita dongeng Journey to The
West mengikut kepercayaan masyarakat Cina. So enjoy looking at the pics
ok.
Tips:
- Pakai kasut yang sesuai sebab anda akan berjalan dengan jauh di dalam dome ni.
- Matta Fair offer dengan harga yang murah jer RM58 jadi kalau bercadang kesini, belilah awal-awal.
Kemudian, tengok masa ada 1 jam lagi. Saya kene bergerak ke Cloud
Forest ni, takut tak sempat nanti. Cloud Forest merupakan taman yang mana di
dalamnya ada air terjun buatan yang tertinggi dan dinobatkan ‘The Tallest Indoor Waterfall’ iaitu 35 meter. Penuh kehijauan
dengan suhu yang sejuk jer dari Foothills, sayup je kita tengok orang berjalan
melalui Cloud Walk tu. Jadi, apalagi naik lif sampai ketingkat atas sekali
iaitu Lost World. Saya berjalanlah perlahan-lahan menyusuri jambatan gantung tu
sambil enjoy melihat pokok-pokok hijau dan bunga yang sangat mempersonakan dari
seluruh dunia. Di puncak Lost World tu, ada pokok taman ke cubung tengah kolam
tu, ala-ala cerita Avatar gitu. Ada banyak spesis pokok hutan di sini, orkid,
paku pakis eksotik dan bermacam-macam spesis pokok yang tak pernah saya jumpa.
Perasaannya berjalan macam ni walaupun sorang-sorang, syokkkwooo..hahaha. Boleh
melayan perasaan dan berangan-angan gitew! :-)
Tips:
- Pakai kasut yang tapak kasar sebab laluan di jambatan tu licin disebabkan percikan air terjun tu.
Seperti biasa, tujuan
saya melancong selalunya beserta niat untuk mencari pengalaman dan mengagumi
ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Rasanya objektif tu tercapai dengan kunjungan
kesini, sebab saya rasa sangat teruja bila ternampak pokok-pokok yang sangat
indah ciptaannya di sini. Belum habis lagi..saya akan kesini semula nanti sebab
tak sempat nak bergambar dengan Super Tree Grove yang cantik tu pada waktu
malam dan berjalan-jalan di atas pokok tu. Kalau anda 'nature lovers' macam saya,
percayalah, tempat ini tak akan mengecewakan!
Selepas tu dah hampir pukul
6.00 petang, cepat-cepat saya ketempat yang dijanjikan, walaupun perut
memulas-mulas minta di isi..and finally, for the very FIRST TIME, Ahmad menepati
janji..hahaha!
Sedang menikmati pemandangan indah dan
pokok, saya terpandang sepasang pasangan di usia emas sedang jalan berpegangan
tangan bersama-sama. "How sweet the loving couple" Bahagianya hidup bersama sehingga usia begitu. Saje saya lambatkan
perjalanan untuk capture gambar mereka, tapi berlakon capture gambar orkid kat
atas tu. Hehe!
-The End-
Waktu Operasi Gardens By The Bay Singapore
Bay South Outdoor Gardens (Avatar):
Buka jam 5:00 pagi - 2:00 pagi setiap hari
(free)
Cloud Forest & amp Flower
Dome:
9:00 pagi - 9:00 malam setiap hari.
**Masuk terakhir jam 8:00 malam setiap
hari (beli tiket)
Comments
Post a Comment