Followers

MENGEMBARA KE BUMI YOGYAKARTA, INDONESIA - PART 3


:....for Part 2 pls click here!


DAY 3



Time
Activity
Cost
20 November 2017
3:00am
Wake up!
-
3:35am
Jeep Lava Tour Merapi
450k/Jeep
11:00am
Kaliburu
10k
3.00pm
Borobudur
337k
8.00pm
Legend Coffee
25k
9.30pm
Malioboro Street
Shopping Time!



Malam tu kami dengar juga cakap Ari suruh tido awal, Tapi apakan daya terbabas juga akhirnya Hahaha! pkol 2:45am subuh bangun dengan mengelupur nak bersiap, nak iron baju la, nak isi air dalam botol la, nak cari kamera..mcm2 lah kejadian subuh tuh. Tp Ari cool je stay dalam kereta menunggu kita orang subuh tu. Apa yang bagus dengan Ari ni, dia sangat punctual 1/2 jam sebelum nak pi mana-mana, dia dah siap dan sampai. 

Lepas semua dh ready, taw apa kejadian subuh tu. Ari buat aksi "fast and furious" gilak kau dengan jalan sempit di bawa 120km/jam sebab nak kejar masa untuk kami sampai ke check-point di Mt. Merapi. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai on time Huhu! sempat solat subuh kat tour house kat situ. You know, dari hotel kami ke Mt. Merapi atleast ambik masa dlm 45minit. Tp masa Ari drive hari tu 20minit dah sampai. Gilak kan! haha


Mt. Merapi
rates: 9.7/10





dari semalam asyik hujan je, Ya Allah kami berdoa harap2 trip ke Merapi ni cuaca elok la. Alhamdulillah..we are so LUCKY today sebab cuaca baik dan semua perancangan kami berjalan dengan lancar. YEAH!! syukur. im so excited dan memang aku target nak ambik gambar kat sini puas-puas and shooting view dia yang ohsem. Ala fefeeling nak gaya ala ala top model mcm tu. :-p






Best kan!

Apa yang aku boleh cakap psal Tour Mt. Merapi ni, korang dh sampai Jogja wajib kena ambik tour ni..murah je! just bayar 450k untuk dapatkan 1 jeep dengan driver sekali dan dia akan bawa ko jln2 tengok keindahan alam di Merapi ni. but, itu pon depands dengan rezeki dan nasib ko sbb local people cakap kat situ dlm musim tengkujuh ni Oktober - Januari "jarang" sekali dpt full view of Mt. Merapi tu.  Alhamdulillah rezeki kami. :-)

Nak pilih color jeep pon boleh, Tapi ko kena ckp dengan Ari siap2 sebab kat situ ramai genk dia dan dia boleh kawtim kan untuk kau. Mcm aku, orang pertama dia suruh pilih apa jenis jeep dan color yang aku nak. So, opkos lah nak yang cantik dan color jeep kontra dengan color baju kau. Merapi sangat best and adventure. 5 stars nok!







Time ni driver jeep kami pon terbaik, dia sangat expert utk ambik gambar kau dan semua point view, the best view dia akan berhenti dan ambik gambar kau puas2 sebanyak mana yang kau nak Hehe! taw tak, sampai hp bateri aku kat merapi ni habis battery. adoiii! Tour ni akan ambik masa atleast dlm 5 jam macam tu, itu pon kita orang mcm x puas lagi. hehe! at the end sbb seronok dan sangat puas hati dengan tour kami ni. kami pon decided utk bagi tips kat adik tu. Terbaik ok!



Kalibiru
rates: 8.4/10





For ur information, dari satu tempat ke satu tempat di Jogja ni semuanya bukan dekat-dekat ye. atleast perjalanan dia akan ambik dlm sejam dua, jalan pon berliku-liku turun naik bukit bagai. so, dlm waktu tu lah kami ambik masa untuk tido dlm kereta dan berehat hehe! dah sampai Kalibiru, tempat ni sangat menarik. Banyak view dan photo shooting klu kau nak gambar kau rare di Jogja ni. Bagi aku, Kalibiru pon recommended utk kalau kau nak datang ke sini.  





untuk gambar kat sini, atleast ko kena select 4keping minima dengan harga 5k/pic (dlm RM1.50 sekeping gambar). Mcm biasa, tempat2 menarik utk kau nak ambik gambar mcm ni akan que panjang, tapi Ari dah call siap2 orang dia kat sini. So, bila dh sampai ke sini kami dgn gaya org VVIP potong que je terus shooting. Haa kau rase? semua orang perhati je kami time ni. hahaha! excuse us, we are VVIP ok. bitches...sambil fliphair! Lol.

dalam on the way nak ke borobudur, kami cakap sama Ari untuk lunch dan klu ada durian nak singgah makan. Ari suggest untuk makan nasi padang kat area Borobudur, perjalanan dari kalibiru nak ke borobudur pon ambik masa dalam 2 jam mcm tu. Kami pon dh kepenatan dan lapar time tu, Ari suruh tido dlu sementara nak mencari makan. Best gile tido! hahaha sambil tu Ari pasang lagu best2 dalam kereta. kami pon layan..



Durian susu Indonesia

minah ni hantu durian ok! Esok dia sakit perut..HaHaHa

Tiba2 bangun je, weii ada jual durian tepi jalan la. kami pon apa lagi singgah, dan Ari tolong negotiate cakap jawa sama penjual durian tu hehehe. bagus Ari ni! so, hasil tawar menawar kami dapat 7biji durian dengan harga 200k rupiah (dlm RM62) murah gile weii. Tapi jenis durian susu color putih-putih mcm tu, but worth it and sedap! Durian Indonesia [checked].



Borobudur
rates: 8.9/10


Risau masa ni, hujan dan tak dapat nak ambik gmbr puas2. Tp sbb prop color payung kami..naik juga la gambar sikit. Hehe

seriously, he is the lucky man..nobody around him dlm gambar ni. No edit-edit ok! 

Nok! akhirnya kami sampai jugak ke borobudur ni, haa ko ingat lagi tak masa subjek sejarah di sekolah dlu mesti ada cerita pasal borobudur ni kan. Tak silap akau bab Tamadun Awal Asia Tenggara, hehe paksa google td. aku pon dh lupa. :-p masa dalam planning awal kita org nak ke Jogja ni. kami terpaksa pilih antara satu, PRAMBANAN (hindu) ataupon BOROBUDUR (buddha) sbb pilih? nak masuk kedua-dua ni agak mahal dlm RM104/persons ok. Unless lah klu ko x kisah bab duit dan byk masa di Jogja ni. ko masuk je lah dua-dua candi tu Hehe! so, harga tu dh include parking and entrance fees. kira all-in dah.

Hmm byk jgak fees kat Jogja ni..mcm2! 

Klu ko pilih Candi Prambanan, Haa inilah rupa bentuk dia. cantik jugak!






kami pon decided lah untuk ambik Borobudur, sbb faktor utama borobudur kami pilih adalah landmark bagi Yogyakarta. Ingat Jogja, Ingat Borobudur gitew! mcm jual barang plak dh hahaha. bila dah sampai kat sini, from entrance point dia nak masuk kena jalan kaki around 200m baru ko akan sampai ke borobudur. Jauh jgak la. dan aku nasihatkan korg, pandai-pandailah cari pot mana yang best nak bergambar, katanya klu time peak seasons gile ramai orang. masa kami kat sini walaupon hujan tp ada hikmahnya juga, boleh ambik gambar puas2..xda orang hehe! apa? edit..eh hellow NO edit2 ok. :-p








Asalnya, kami target sunset kat borobudur ni. Tp akan daya hujan rahmat membasahi bumi petang tu. FYI, borobudur akan tutup dalam 5:30 petang dan kami sampai ke sini pon dah lewat sangat dalam pkol 3.30pm. Frust jgak la masa ni, byr mahal2 tapi hujan plak kan. Kami pon redah je la hujan tu..anyway! gambar dpt shot cantik2 jgak. happy balik! hehe kita org adalah group yang terakhir keluar dari borobudur ni, sampai security escot kami ke gate untuk keluar. Tu yang ko nmpk gambar background kami clear je x da org. kekeke

ok tips sikit bila ko kat borobudur ni, masa nak balik akan ramai penjajah paksa kau untuk beli barang. Ko kena hati kental beb, klu ko layan dia sikit je..habislah! dia akan sampai merayu paksa utk kau beli juga barang yang dia jual tu. Nasihat Ari kat kami, klu nak beli..tggu sampai ko dah dlm kereta nak balik..kat situ dia akan tolak harga murah gile babi kat kau. So, apa lagi..klu ko mmg nak beli - that is how to trick the penjual kat situ semua. chow!



Legend Coffee
rates: 8.5/10






Malam terakhir kami di sini, kebiasaanya aku akan cari HardRock Cafe untuk souvenir dan lepak some a cup of coffee. Unfortunately, Jogja tak ada HardRock. Tp jumpa juga lah seakan-akan hardrock kat sini, Legend Coffee. Malam tu kami jumpa sekali dengan owner Emirtour Abang Salim yang baju merah jaket hitam sebelah kiri aku. Ari plak yang baju kuning hujung kanan aku. Kami pon borak dan bincang sikit psal trip ni, best jgak..ada live band dan coffee dia pun murah dan sedap. Abang salim belanja kami. Thanks bro!




Malioboro Street
shopping time!

 




dah agak lewat mlm tu, cakap dengan Ari..sempat tak kita ke malioboro? aku paksa juga Ari untuk ke sini. Katanya ada la dlm 45minit lagi mcm tu sblom nak tutup..kami pon apa lagi proceed terus, dengan baki duit kat tangan ada 300k rupiah lagi. nak juga tengok apa yang ada kat malioboro street ni utk di bawa balik. Tak sah la kan klu kau tak beli apa2 kat Jogja ni. Sorry guys, kami bukan kaki shopping..bab-bab mcm ni nak cukupkan syarat je untuk kau tengok night market kat sini. 

Banyak juga pilihan, ala-ala jualan kat bandung mcm tu. T-shirt byk murah2 dan apa yang aku dpt perhatikan di sini..orang dia tak akan paksa kau untuk beli, klu ko tanya dan tengok, even sentuh barang dia pon..dia tak akan marah kau. Istilahnya klu ko nak beli, ko beli jelah..klu ko tak nak beli dah sudah. belah je lah mcm tu..dia still cool and relax ok. ko pon akan rasa selesa dan best..x la rimas! hmm ok kitaorg pon dapat la jugak spend 100k rupiah utk 7 t-shirt buat ole-ole kat Malaysia. Jadilah kan.


Dapatlah juga merasa ice cream cone McD dia kat sini. Ada baki duit syiling2 semua tu ko tolak je la beli benda-benda macam ni. Buat berat je ko nak bawa balik malaysia. :-p

wow! dh panjang dh aku bercerita untuk Day 3 kat sini. korang ok lagi ke baca blog aku ni? hahaha. ok la, aku stop dlu kat sini..utk part 4 aku akan buat summary dan total cost kami sepanjang kat Jogja ni ok. stay tuned!


:....for Part 4 pls click here!

No comments:

Post a Comment

SETAKAT DISEMBER 2017 INILAH PERJALANANKU - AHMAD BIN LAKIBUL

Salam, Aku just nak share gambar-gambar aku travel selama ni. Ahmad Lakibul's Travel Ahmad Lakibul's Travel ...