Trip ke Sydney, AUSTRALIA - Part 2




:....For story about part 1 please click Here!

Malaysia Hall Sydney



Haaa..Ini lah MH Sydney

Mat, Shah and John mempoyokan diri!

Ok guys ini adalah kesinambungan dari entri from part 1, sampai je kat Malaysia Hall Sydney dari Airport kita org terus checked-in, mujurlah dapat booking awal-awal masa nie kat MH, lepas je kita org dapat confirmed ticket flight..study sikit preparation ke Sydney, 1st things kita org kena cari mana nak stay yg mudah dan murah kan..so utk menjimatkan kos dan memudahkan untuk kau tinggal di Sydney ako memang suggest korg rebutlah duduk kat MH nie (booking awal kalau boleh 5 or 3 bulan sebelum)..Tp klu yang plan utk HoneyMoon tue or kalau kau memang anak yang "berada" duit bertingket-tingket tue, Bro! ape class ko nak dok kat MH kan?..HeHeHe sbb lelaki dan perempuan akan duduk berasingan kat sana dan MH provide ko duduk mcm kat Hostel (No toiletries) tp bagi ako facilities and environment dia kena dengan taste standard ako la! dok kat sana pon dpt jgak la borak2 dengan Malaysian Student kan mcm feelin' ko dok Malaysia Je time tue, HeHeHe tp life style dorg totally ikut rentak Aussie jgak lah. "No worries" Bro :-D

For more Information about MH, Kalau kau nak buat reservation ke, utk kos penginapan ke or rules MH ke, rasanya ako tak perlu la kot nak terangkan dengan detailsnya kat sini, lebih mudah dan untuk ko paham Just click Here!


Autumn Time! masa kita org sampai kat Sydney, tepi MH tue byk daun2 berguguran
Nak Jgak..! HaHa
Ini lah Randwick City dekat MH klu nk cari makan and beli MyMulti

Kita org jalan kaki je..dari MH ke Randwick City nie dalam 10minit sampai la

Dah kebetulan korg kat Malaysia Hall Sydney tue sebelah MH ada Caltex dan Mini Market jiran je sebelah pagar keluar dari MH sebelah kanan, ada satu Ice Cream yang kita org nk suggest utk korg memang SEDAP dan Halal, ini pon kita org try ice cream nie sebab kwn2 yang suggest jgak dan u guys should try this ice cream WEIS' ada beberapa perisa tapi most Favorite kita org perisa MANGGA, u know guys korg akan rasa macam makan sebiji MANGGA yang FRESH dan SEJUK..HaHaHa ini pon sebab Kjai yang dok ckp sedapp sedaap..so why not tak try kan!..memang ice cream nie TAK ada kat MALAYSIA wokeey! :-p

Nie lah Ice Cream dia..WEIS'


Transportation in Sydney


Nak cari transportation and makan pon kat area Malaysia Hall memang dekat dengan bandar Randwick, sesampai je kita org checked-in kat MH, masuk bilik..kemas barang dan mandi after 30 minutes kita org chauu terus keluar, tak kan ko nak habiskan masa ko kat bilik je kan..baik ko balik Malaysia jew mcm Tue! HaHa..relax bro main2 je! :-p ok lepas tue, kita org nak cari makan and beli MyMulti for Transport ticket. Sebelum kita org nak gerak kemana-mana, ambik la advantage sikit and tips tanya budak2 kat MH tue sbb dorg yang lebih tahu dan byk experience kan mcm mn cara yang mudah nak cari makanan yang halal, nak ambik bas dan paling penting everything is how to cut your cost. Tak perlu study ikut BLOG tue sangat bro kang kau pening, HaHa (Tanya bro! memang rugi kalau kau tak tanya budak2 tue..sbb dorg sangat membantu korg nnt)



Bersih Je kan bas dorg senyap dan tertib betol!

Apa function dia pass2 nie..click kat Link yg ako bagi tue Ye! baca kat sana

So, tengahari tue dalam nak berjalan kaki sampai ke Randwick City (about 1.4KM) terjumpa la Restaurant Thai yang Halal, Alhamdulillah! perot pon dah lapar sangat..ako pon dah lupa apa nama restaurant dia..Tp situ mmg Halal dan makanan dia sedaaaaap sedaaaap bro! dan NAK! tahu cerita 4 hari kita org duduk kat SYDNEY tue, ako memang mcm nk mkn kat Restaurant Thai tue ja..HaHaHa sampai2 genk trip ako nie ckp yang ako nie dh kena bagi makan "Nasi KANGKANG" amoii Thai tue buat kat ako kot, adoiiiiii HaHaHa kelakar btol..memang tak boleh lupa bro sebab Nasi Goreng Tom Yam Thai dia SEDAP! :-p harga AUD14.50 = RM44.50 (currency 3.07) as u know portion makanan dia kat sana memang BANYAK dan cukup kalau utk kongsi 2 orang makan..after convert duit Malaysia kadang2 ko pon berfikir jgak hanya dengan nasi goreng RM44.50 hinggit, so Jangan convert..makan je! :-p

Then, lepas dari Restaurant Thai tue kat depan seberang jalan dia ada satu kedai mcm 7-eleven jual MyMulti so klu nak tahu berkaitan MyMulti, MyBus, MyTrain and My Ferry apa jenis dan harga yang dorg provide just click Here! semua kat sini details bro. kang kau pening kalau ako explain kat sini (padahal malas nk explain and tulis panjang2)..HaHa cuma nak Tabik Hormat dan puji lah Transportation dorg kat sana memang TERBAIK! punctual..klu schedule dia kata tiba pada pkol 8:05, 8:05 minit la bas dia smpai depan-depan kat ko..frequency dia pon dlm 10 minit mcm Tue. So, ko rasa ko nk compared ke kat MALAYSIA? HaHa kang ako kena blame tak pasal2..ok ako ziiip mulot! kat sini..


Ferry Stations
Ferry spot area

Nak la merasa jgak naik ferry kat sana kan..HeHe

Sydney Panorama

Actually before kita org nak datang Australia nie kita org dah plan and beli satu Attractions Passes nama dia i-Venture card by online, pakej dia dh masuk semua dalam Transport, Themes park, Attractions places cover all in SYDNEY, but unfortunately lambat sampai ke Malaysia dan kita org kena la plak ambik for the next day (Monday) di office centre dia.  So, that's why la 1st day hari (Sunday) tue yang kita org sampai terpaksa la beli MyMulti utk catch Transport sehari di sana.

Segala brouche, mak nenek bagai..ko grab je! and nie i-Venture card kita org


City of Sydney


4 sekawan dah Sampai Sydney..HeHe

Hari pertama tue kita orang tak la banyak tempat yang sempat nak pergi, 1st place yang nak di tuju opkos la..Sydney Opera House and Sydney Harbour Bridge tue kan. Itu la sebenarnya tempat idaman ako sejak dari kecil nak sentuh dan sampai ke Sydney Opera House tue..Landmark of AUSTRALIA. Alhamdulillah, petang tue tersampai jgak la hajat dan impian saya ke sana..sekali lagi, ayat x boleh belah.."Mcm nak Nangis Je" HuaHuaHua :-p sampai-sampai ako dan Kak Jai cakap "Tak SANGKA Ye mat sampai Jgak kita ke Sini" a'ah la Kak Jai..Yeah Finally! ALHAMDULILLAH! 

Ok kalau nak ke sini dari Malaysia Hall kena ambik bas No. 373 ke Ciqular Quay, sebab dia memang area kalau nak ke Opera House dan Harbour Bridge tue..mudah sangat ok! Don't worry..HeHe Then petang tue kita orang lepak la kat sana sampai ke malam..sambil2 ada live band dan memerhati bandar SYDNEY yang cukup indah dan mempersona. Panorama malam dia dengan keadaan yang sangat sejuk, memang kau akan rasa sesuatu yang sangat berbeza dengan people and environment dia. Sambil2 lepak tue, datang la seorang mat salleh nie menyapu sampah di sekeliling Opera House tue..nak kata kat sini perghhh Cleaner dia orang Local sendiri, Handsome lagi ok dan klu ko bawa dia ke Malaysia lebih kurang level dia boleh jadi modeling taw..(nak pinjam ayat Azwan Ali jap) Ko mampoooo? Yang Hadooo..HaHa sah sah klu kat Malaysia orang Indon, Bangla tak pon orang Myanmar kan yang jadi cleaner..ada orang kita? Sorry La Bro!


Sydney Opera House

City of Sydney

Feeling..Feeling Kejap!

Sydney Harbor Bridge

Cirqular Quay

Sydney Opera House in Night

Malam tue sampai di situ sahaja la cerita dia dan kat sini ako tepek la gambar2 yang kita orang dok jakun kat Opera House tue dan Harbour Bridge..HaHaHa To be a continued..next part 3 nak cerita pasal Attractions place in Sydney dan kemana kah kami akan menggila dan mempoyokan diri, HaHaHa choww bro..stay tuned! :-D


:..click here for Part-3





Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3