Followers

PART 1: BERCUTI KE BALI, INDONESIA




Bila aku nak plan untuk travel nak dapatkan harga yang termurah dan terbaik, make sure ko dh plan awal atleast setahun awal untuk dapat tiket yang betul-betul murah masa bila ada combo promotions dari AirAsia, Malaysia Airlines atau Malindo Air sebab hanya tiga ni je yang selalu aku follow untuk travel setiap tahun. Aku ni bukan macam sesetengah yang lain naik flight international airlines mcm KLM or Emirates ka..seat pon ambik yang belakang sekali Economy class punye. HaHaHa sebab bila naik atas flight aku suka tidur..so janji aku sampai ke mana aku nak tuju kan! macamtuh..

So, before aku menulis kat sini dengan merapu dan menjela-jela (syok sendiri) aku nak share tips yang paling penting bila ko nak travel dengan kawan-kawan atau family sedara mara kau la. Make sure sebelum ko confirmkan nak travel or holidays dengan dorg ko selidik2 la dlu perangai dia..match ke tak dengan ko punye perangai. Masuk tak dalam line standard ko punye life style. I means korg ada chemistry tak? klu itu semua ada..ok proceed and go on to walk together. But klu TAK de tu semua, better ko jangan travel dengan dia sebab nanti ko punye holiday tu akan spoil dan buat ko sakit hati je. Takut-takut ko akan bermasam muka je dan ditinggalkan sorang-sorang kat tempat tu..haaa ko nak? so point dia..ko pilih la genk yang BETUL-BETUL atau kawan ko yang sekepala dan tak suka berkira. ok!

Tiket Flight Kami dapat RM198 return

Perjalanan kami mengambil masa dalam 2 Jam 50 minit macam tu, tak la lama sangat mcm kau dari KL nak ke Kota Kinabalu jugak. Then..masa kami tiba di Airport Ngurah Rai, Denpasar Bali semuanya berjalan dengan baik dan lancar even banyak juga la tapisan-tapisan Imigration dan kastam. Haaa Wanis confident je tak payah isi form declaration tu, katanya tak payah..Hady and Kak Wan pon ikut je apa Wanis cakap. Hambik ko! sampai kaunter kastam dia mintak baru korg kelam kabut kan nak isi..aku dengan Bangganya lalu Kaunter tu sambil tersengeh dan jeling-jeling kat dorg..HaHaHa! apa-apa pun untuk ko lebih confident ko buat declaration tu ko isi betul-betul. Tapi Bali tak la se-complicated mcm kat Australia hari tu.

KLIA2 nak Departure
Hady Firdaus, Kak Wan, Wanis dan Yang ambik Gambar ni Aku (kekeke)

Kami dah siap-siap buat Itinerary before terbang dan sampai ke Bali, keluar je dari Airport Ngurah Rai ni kami dan siap booking awal-awal Pak Supir dan untuk senang nak communications kita org WhatsApp je dengan Pak Supir ni nama dia Salim from EmirTour umur dia sebaya dengan kita org je 28 Tahun. Memamg best and masuk dalam tune kepala otak kita orang. Orang dia pun baik dan senang untuk aku kalau nak rekomen kan untuk korang. Nak contact dia boleh dan ini Number Hp dia +6281322731635 (Salim). More details:

Email: emirtourtravel@gmail.com
Facebook: click here EmirTour

Dia ada pakej hotel dan transport, dan pakel full ground (Include Hotel + transport + makan and entrance fee sekali) tapi kami ambik pakej hotel and transport je pon dah berbaloi.

Bila jumpa Salim..dia cakap what next and dia minta Itinerary kami yang kami dah siap plan awal-awal. Then..bila dia tengok itinerary kami ada beberapa yang dia cadangkan untuk kami pergi terlebih dahulu dan yang patut dan tak patut. Ok! kami pon lepas tu decided utk serahkan kepada Salim je utk Explore Bali sebab dia dah banyak pengalaman dan tahu jalan yang sesuai mengikut masa dan hari kami selama di Bali ni. Ok lim...it's up to you and we will following u! HaHaHa kami pon dh buang itinerary tu dan ikut suggestion pak supir tu je. ahaaaaaa senangnya! Tak yah buka paper and maps utk jalan-jalan..semua ada dengan Salim je. Best ok!




Hari pertama kami sampai kami check-in di Rabasta Angkul-Angkul Beach Inn, Kuta. Ok! sangat lah untuk di nasihatkan kalau korang ni suka berjalan pada waktu malam dan nak shopping-shopping korang kena ambil Hotel area Kuta, sebab situ adalah tempat dia yang strategik kalau nk duduk dalam bandar dan di tepi-tepi dia semua kedai dan restoran. Tak payah ada supir pon korang boleh survive dan akan free je malam tu. Kuta adalah kawasan bandar dan situ lah tempat dia kalau nak Clubbing, Shopping, HardRock Cafe and etc. HeHe!

Hotel yang kita orang duduk tu siap dalam pakej dah, katil and bilik pon sangat selesa..klu nak di bagi rates 3.5/5 la. Tak la mcm hotel mahal2 tu..memang beratus la! Tp kita duduk hotel tak seharian pon..cukup yang simple dan boleh tidur, ada aircond, swimming pool..kira ok la tu! Nak ckp swimming pool dia..aku pagi dan malam akan mandi kat swimming pool dia..best gile ok! air tak banyak clorin..mata tak akan merah, relax sangat!




Ok. pasal Tiket Flight, Pak Supir dan Hotel aku dah shared kat sini..next part 2, aku akan cerita untuk perjalanan kami Day 1 and Day 2 kemana supir tu bawa kami jalan-jalan nak Explore Bali. Stay tune kawan-kawan..HeHe! 

:...click here for PART 2.

No comments:

Post a Comment

SETAKAT DISEMBER 2017 INILAH PERJALANANKU - AHMAD BIN LAKIBUL

Salam, Aku just nak share gambar-gambar aku travel selama ni. Ahmad Lakibul's Travel Ahmad Lakibul's Travel ...