PART 2: BERCUTI KE BALI, INDONESIA
Hari ini (12/5/2015) genap sebulan aku pergi bercuti ke Bali ni dengan kawan-kawan aku HaHaHa. Minta maaf la sebab faktor kesibukan berkerja dan kadang-kadang nak bercoret dalam BloG ni kena ada mood yang betul dan baik, sebab kalau tak nanti aku akan mencarut dan tak akan fokus dengan apa yang aku nak sampaikan di sini. Aku cerita ayat skrg ni nak cari mukadimah je dlu..sebab tak tahu nak mula macam mana utk part 2 ni, HaHaHa bila kau rasa kau dh lancar dalam menaip ayat kat keyboard ni. Ok..dia dh nk start panas dh nak bercerita kat sini (sambil-sambil tersengeh dan ketawa sendiri..HaHaHa) Bongok! BloG sendiri aku ketawa sendiri..HaHaHa!
Tadi aku ada cerita kan pasal kawan kalau nak travel..ok nak backup balik, kawan-kawan aku so far aku pergi travel nie semua adalah kawan lama aku dan aku dh cukup kenal semua..so, dia tiada kaitan dengan kawan aku disini ayat dekat part 1 HaHaHa..sebab dorg adalah kawan TERBAIK! aku. Tips tu untuk korg je bagi mengelakkan benda yang tak best akan berlaku..dan nak cerita pengalaman aku travel ni, semua BEST! Alhamdulillah.
Day 1
Ok. Salim dah ada planning dia sendiri untuk kami selama 5Hari 4Malam di Bali, bila kami habis makan tengahari dan check-in kat hotel kita org terus shot ke Uluwatu. Dari Kuta mengambil masa dalam 2 jam lebih ke tempat ni, kat sini korang akan dapat tengok Pura Sad Kayangan satu tembok yang besar dan di bawah dia laut yang dipercayai oleh orang Hindu sebagai penyangga dari 9 mata angin. Itu kepercayaan mereka! dan lepas tu tempat ni kena berhati-hati sebab banyak monyet jadi pencopet, apa-apa barang yang korang pengang dengan lenggang kangkung..nanti dia akan ragut la, even sunglasses korang pun dia akan target nak ambik wokey! dasar monyet pencopet. so Hati-Hati!
Siang beralih ke petang dan petang ke malam, masa tu kami terus ke satu stadium kecil, kat situ tempat dia kalau korg nak tgok Kecak Dance kena bayar 100k rupiah (seorang). Bila korg akan perhati betul-betul tempat ni memang cantik dengan pemandangan laut, temple dan disatu puncak tepi laut..sambil-sambil tu akan dihiburkan dengan keunikan tarian Kecak..Cak Cak Cak Kecak! HaHaHa. It's beautiful and unforgettable moment. Kita tak la menghayati apa cara pemujaan dorg..anggap je lah itu satu hiburan dan budaya mereka untuk kita tahu dan belajar. Kecak dance memang kelakar, Tapi time ni berpeluh jugak lah sebab angin bayu dia panas sikit..sambil-sambil tengok sunset. PERFECT!
Day 2
Ooh Wanis ada booking sekali la Breakfast untuk semua orang dalam pakej hotel masa buat payment. Tapi bila kawan-kawan cakap hati-hati dalam bab makan bila ke Bali even hotel pon akan dihidangkan benda yang tak halal..mostly orang kat Bali ni jenis tak kisah. Bali ni syurga la bagi Mat Salleh yang suka surfing, food and Honey Moon sebab banyak clubbing and spa. "urut pak..urut pak..macam-macam jenis urutannya pak, bilang aja" (dlm hatiku, macam-macam urutan ek?) sambil berjalan dan berlalu pergi, ok..18sx.
Pagi hari ke-2. Ok kami terus dibawa oleh si Salim ke Desa Batubulan untuk nonton The Barong and Keris Dance sementara dalam on the way nak ke Kintamani and Mount Batur. Korg akan spent time kat sini about 2 jam lebih untuk manghayati jalan penceritaan tarian dia kat sini..dan akan dikenakan bayaran 100k rupiah. Kalau kau ni yang jenis tak cepat boring dan suka berimiginasi sendiri dan penuh penghayatan rasanya kau boleh la masuk kot ke tempat ini. Tapi macam aku, aku cepat boring dan terus keluar dari dewan tu dalam beberapa minit untuk isap rokok, ambil gambar temple dan bunga disekeliling tempat tu..HaHa Tp tarian tu Best.
Lepas dari Desa Batubulan kami cari Kopi Luwak yang popular kat Bali ni. Kopi Luwak ialah Biji Kopi yang terhasil daripada dimakan oleh Binatang Luwak atau Civet Cat (macam musang..tp bukan musang) HeHe. Ok! bagi peminat kopi..kalau korang tak rasa sendiri Kopi Luwak ni memang tak sah untuk korang dpt title "coffee lover" sebab Kopi ni adalah kopi yang termahal di DUNIA..ko mampo? harga dia 50k rupiah untuk secawan kecil sahaja, duit kita dalam RM15 mcm tu lah. Memang rasa dia sedap "kick" pekat dan kau akan rasa otak kau tengah berhubung dengan sel-sel yang lain. Rasalah!
ok Next! kami terus ke Kintamani...Haaaaa ok tempat ni yang aku tak sabar nak share kat korg, agak2 korg? best ke tak nak share! aku rasa Kintamani ni tempat yang cantik dan kawasan dia sejuk. Tapi peniaga-peniaga dia di sini..over sales aku tak tahu apa ayat yang sesuai..senang kata, Dia akan paksa ko beli juga barangan dia walau apa pon cara dia nk buat..sampai ko nk menangis ke, nak mengucap dua kalimah syahada mcm Hady Firdaus! HaHaHaHa, dia tak akan surrender jugak ok. Ko azan pon..dia akan paksa kau juga untuk beli jualan dia.."pak untuk laris barangan saya pak", Haaaa sampai aku Trauma ok! sikit lagi kena sawan babi, last2 aku kena paw 100k rupiah untuk 2 helai T-shirt (shiiit). Itu nasiblah...1st dia buka harga dengan tegas kat aku RM50 utk 2 helai T-shirt bodoh dia tu..ko tak panas! last2 aku cakap ada 100k Rupiah jak ibu. terus ambik T-shirt tanpa tengok kain tu. Terus lari dari mak cik tu..Huh! stress btol. (dapat kain tu..utk kain lap kat rumah).
Aku ni memang hati lembut betul, cepat kesian dan tergoda, wanis selamba je boleh lepas macam tu sebab hati dia kental. Tak macam aku ni. :'( so, ingat pesan aku..bila korang ke Kintamani tu (Tetapkan pendirian dan tarik nafas panjang-panjang sebelum keluar dari kereta tu ye) macamtuh..
Mostly tempat makan kat Bali ni macam kurang sikit untuk aku berselera, makanan pon tak banyak variation tapi masuk restoran kena bayar 150k Rupiah untuk buffet (Tak sedap). Better pergi Wong Solo tu je lah..kat situ favourite kita orang nak makan..sedap!. Even kat Malaysia pon Wong Solo ni popular kan yang dekat Bangi tu. Tak pernah makan lagi la kat situ.
Minta maaf la..meleret-leret plak! dah tak sedar diri ni..HaHa. ok Next utk Day 3 and Day 4 aku akan cerita kat Part 3 plak ye. Harap korang dapat la info sedikit based on our experience ni ha..ingat yang kat KINTAMANI tu..KINTAMANI Tu..Trauma aku! HaHaHa. ok see uolls on part 3. Bye!
:...click here for PART 3
:...click here for PART 3
Comments
Post a Comment