PART 3: BERCUTI KE BALI, INDONESIA



Kebiasaanya bila aku Travel aku lebih kepada untuk mencari pengalaman baru dan mengambil gambar di setiap sudut ke mana aku akan pergi. Memerhati setiap budaya dan cara hidup sesuatu kampung tersebut. Kalau nak kata aku ni kaya atau loaded, Tak sebenarnya. To travel is To live! apa yang cuba untuk kita usahakan, Insha Allah kita akan dapat. Bagi aku semua orang mampu untuk pergi travel atau holiday, cuma masa dan faktor kewangan tu kena pandai manage sendiri la. Macam aku, aku akan beli tiket flight lebih awal dan merancang untuk tempoh yang lama. Tips dia klu nak bajet dan murah..kena plan awal. Tapi kalau kau memang nk short vacation and unplanned memang mahal la. Itu untuk yang mampu je lah. Macam aku Tak!

Sebelum masuk untuk ke Day 3. Aku terlupa nak share masa Day 2 yang kita orang ke Tegalalang Rice Terrace, Ubud Bali. Ok tempat ni memang cantik atas bukit dan korg akan nmpk satu pemandangan yang sejuk dengan kehijauan pokok dan padi bukit. Mungkin bagi kita orang asia lagi-lagi kat Malaysia pon banyak kot macam tu kan. Tapi yang special dia sebab suasana dan budaya dorg menjemput kedatangan kami ke situ. Then..yang kelakar dia, masa aku dan wanis dok belek-belek souvenir untuk dibawa pulang, terjumpa la plak "kotek" yang unik dan sangat 18sx. Bila aku dengan wanis dh gelak besar and dok pikir macam-macam. Tiba2 kak wan seolah-olah tak faham akan apa yang kami lihat dan ketawakan. "blur" Eh..kak wan, wat-wat tak tahu plak apa benda bentuk souvenir tu. HaHaHa!


Souvenir bentuk Penis ni dah menjadi kebiasaan orang kat Bali. So, korang wat tak tahu je la Ye :-p
Lepas dari Ubud, dalam on the way nak balik hotel. Kami singgah sebentar ke satu temple ni, sebab bila tengok dari kereta ramai je genk-genk pelancong ambil gambar kat tempat tu, then kami pon nak join juga lah nak menyebok apa best dan uniknya tempat ni. Kalau nak masuk dia ada sediakan tabung untuk derma seikhlas hati, maksud dia berapa-berapa je lah ko nak bagi masuk dalam tabung tu supaya ko bole masuk dalam temple tu. HeHe! (aku bagi 4k rupiah..about RM1.60, ikhlas ok). Nak masuk kena pakai sarung khas sebab adat dan budaya dorang..wokey.

-SWASTIASTU-



Day 3


Ok. next aku akan cerita pengalaman kami untuk di Hari ke-3. Macam biasa pagi tu aku akan mandi kat swimming pool dia, berendam dalam 30 ke 50 minit sebab memang syok mandi kolam dia. HeHe! then breakfast staff hotel akan hantar ke bilik with time depands on your request. Sampai bilik Hady buat surprised kat aku..duduk atas katil dan buat muka macam seposen,

al-kisahnya di waktu pagi..

Hady: Mad..aku TERDELETE gambar-gambar kita dalam kamera FujiFilm ni.

Aku: Aku tak layan..(dia bergurau kot) ambik towel masuk dalam bilik air.

Aku: Keluar dari bilik air.(aku nak confirmkan balik), Hady btol ke kau terdelete?..dengan nada suara2 manja kat hady.

Hady: Iya. (muka tak bersalah)

Aku: Btol bah! (aku nervous).

Aku: Ambik kamera..(No Photos) wuaahhh, Hilang macam tu jak gambar-gambar masa Hari pertama dan Kedua.

Hady: Aku ter "ALL FRAME".

Aku: ok..ndak apa ala! benda suda berlaku. (dalam hati..penat aku ambil gambar-gambar masa hari tu).


HaHaHa nasiblah ada juga gambar-gambar lain yang kami ambil dalam Hp hari tu. Boleh la juga share dan update kat Blog ni. So, kami ambil kamera FujiFilm tu simpan dalam bag, ambik DSLR untuk hari tu dan hari-hari berikutnya. Bahaya ok!

Hari ke-3 ni tema dia "Beach" so, kami decided untuk pakai pakaian pantai la..seksi-seksi sikit uolls. KeKeKe :-)




Katanya Bali ni popular dengan pantai, kalau tak sampai ke kawasan laut dan pantai dia ibaratnya ko ni tak sah la dah sampai Bali..macamtuh!. Tapi bagi aku pantai dia ala biasa-biasa je la kot, sebab aku dah bole buat comparison pantai terbaik dan cantik yang pernah aku pergi. Mungkin kat Bali ni sebab orang dia datang semata-mata nak surfing dan istilahnya bebas dalam aktiviti pantai "bogel-bogel" HaHa. Bagi aku pantai dan laut di Sabah lagi cantik kot. Must be Proud of my Hometown. So, datang Bali..apa kita buat? Haaa skodenk la! Lol





Apa-apa aktiviti pantai ni ko kena confident. HaHaHa walaupun bentuk body kau mcm nangka dibalut kain dan bukan macam Mat Salleh-Mat Salleh yang gagah perkasa dengan 6 pack dorg.. (Jeles ok..mantap body dorg) Aku tahu ko akan lebih down dan jadi kecil bila lalu dengan dorg. Tapi tak pelah, ko kena positive as long as ko sihat walafiat dan happy. kaaan HaHaHa

Seharian suntuk tu kami ke Padang-Padang Beach dan Pantai Pandawa, petang tu pula hujan turun tiba-tiba dan nak tunggu sunset kat Pantai Nusa Dua dah tak menjadi. So, kami pun gerak balik ke Hotel untuk mandi dan prepare nak shopping kat Kuta and nak celebrate Birthday si "Botak" Hady Firdaus malam tu. Haa jauh kami bawa ko Hady untuk celebrate birthday kau kat HardRock Cafe Bali. Asalnya aku and wanis plan dari awal untuk kenakan Hady Firdaus, tp dia seumpama dah terhidu perancangan kami. So, ada beberapa yang kami plan tak jadi lah. Hady ni pemalu. HeHe (Happy Birthday Hady) untuk sahabatku yang baik dunia akhirat. #muahciked






Malam tu kami just lepak kat HardRock Cafe and shopping sikit beli-beli barang untuk nak bawa balik Malaysia. Harga barang kat sini agak mahal juga, sebab bila dia tahu kau orang luar dan pelancong. Haaa di situ dia akan mainkan peranan untuk makap kau dengan harga yang tinggi. Kadang-kadang melampau juga dorg ni kan. Jiran sebelah negara je pon nak paw tinggi-tinggi. Kalau mat salleh tu tak pe lah jgak ko nak makap dorg.

Ok. hurmmmm panjang lebar juga aku membebel dah sampai merapu ntah ke mana. HaHaHa sebab bila tengok gambar, aaah nak masukkan yang ini juga..ini pon..itu pon..macam-macam lah! Tp gambar? tak lah sehebat mana pon kan. Tak pe lah..janji aku happy sbb BloG aku! HaHaHa nak simpan untuk buat kenangan dalam ni. Next Part 4 aku akan cerita Day 4 and Day 5..Tak sempat nak sumbat untuk Day 4 kat sini, sebab dah melimpah-limpah dah panjang dia..ok! kau relax jak. :-D

:...click here for PART 4

Comments

Popular posts from this blog

Saya Jual - Ikan Masin Sabah Terbaik

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 1

BERCUTI KE TOKYO, JEPUN MUSIM LURUH - PART 3