Posts

Showing posts from August, 2021

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 7

Image
  ....click here for PART 6 Finale 😂 TERIMA KASIH SEMUA Alhamdulillah, tiada daya dan kudratku tanpa izin mu Ya Allah. Aku percaya semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Mungkin covid-19 ini teguran buat kita semua dan supaya kita bermuhasabah diri lebih dekat kepada Allah. Terima kasih kepada semua keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesihatan aku dan memberi semangat selama ini. Aku tidak akan lupakan jasa-jasa kalian, biarlah nama-nama itu tersemat dalam hati dan ingatan aku selamanya tanpa menyatakannya di sini. kamu tahu kamu siapa. Ada yang tahu bila aku positif covid terus membuat panggilan, direct whatsapp, messenger dan rupanya bila aku share Aku Disahkan Positif Covid-19 di Facebook ramai yang private messege aku. Rupanya ramai kawan-kawan aku juga yang disahkan positif selama ini tapi mereka ambil pendekatan untuk berdiam diri. Aku faham ada yang lebih selesa dengan menyimpan rahsia (privacy) atau berdiam diri. Tapi aku tidak, pandemik ni bukan lagi...

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 6

Image
  ....click here for PART 5 SELEPAS DISAHKAN BEBAS COVID-19 HARI YANG SAMA AKU TERUS PERGI AMBIL VAKSIN DOS KEDUA Sebelum aku ambil keputusan untuk pergi walk-in ke PPV World Trade Centre Kuala Lumpur untuk dos kedua AstraZeneca, aku ada buat beberapa pertanyaan dan carian. Hari aku dipotong gelang pink di CAC Putrajaya, aku ada tanya doktor di situ. Aku tanya doktor boleh ke saya ambil vaksin untuk 2nd dose selepas ini. Jawapan dia boleh . Katanya, ya dulu kena tunggu dalam tempoh 3 bulan, sebulan atau 10 hari selepas disahkan bebas daripada covid-19. But, now sudah tidak lagi. Bila kamu sudah disahkan bebas Immediately kamu boleh ambil suntikan untuk vaksin. I'm not sure kalau untuk yang buat dos pertama, itu kamu kena tanya doktor. I am officially Vaccinated Aku tak puas hati lagi, aku call Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di hotline 1800-88-8828 . Jawapan dia Ya boleh . Bila dapat jawapan tu petang pukul 2:00pm terus gerak ke WTC KL untuk suntika...

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 5

Image
  ....click here for PART 4 TAMAT TEMPOH KUARANTIN Tak sabar nak sampai ke tempoh tarikh 11/8/2021 sebab dalam tempoh kuarantin tu kau akan dipantau dan dipanggil melalui telefon setiap hari oleh CAC Putrajaya untuk mengetahui status kesihatan kau. Selain itu, kau juga kena menjawab setia hari status kesihatan dalam MySejahtera.   12/8/2021 temu janji untuk potong gelang, bermaksud aku sudah  disahkan bebas  dari covid-19. Untuk makluman, dulu sebelum disahkan bebas covid-19 kena buat swab test, tapi sekarang ni CAC sudah tidak menjalankan swab test hanya memantau keadaan kesihatan sekiranya sudah tidak bergejala dan sakit dalam tempoh 10 hari boleh dibebaskan.   Disahkan bebas daripada Covid-19 Alhamdulillah, pagi tu aku sudah bebas dan status dalam MySejahtera juga sudah bertukar warna dari merah ke biru. Merah sebab masih dalam tempoh kuarantin dan disahkan positif covid. Allah sahaja tahu perasaan aku masa itu, lepas keluar dari CAC tu aku pon perg...

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 4

Image
  ....click here for PART3 MENJALANI KUARANTIN 10 HARI     Peace Yo! Tempoh kuarantin aku bermula dari tarikh swab test 2/8/2021 dan akan berakhir pada 11/8/2021. Masa ni adalah yang terbaik untuk kau muhasabah diri, solat tepat pada waktunya dan banyakkan berdoa sebab kau tidak tahu adakah ini pengakhiran hidup kau. Banyak dah yang meninggal dunia disebabkan virus covid-19 dan untuk rekod setakat ini sudah  4,353,281  yang mati di seluruh dunia. Dasyat kan.    Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan di negara kita masa bulan 18 Mac 2020, ini buat pertama kali aku dipakaikan gelang pink ni. Sebelum ni asyik tengok orang pakai gelang pink sahaja sebab ada kontak rapat atau disahkan positif. Aku pakai terus positif. 😂   Kuarantin di Rumah atau Pusat Kuarantin atau Hospital Panduan Kuarantin di Rumah Luckly! aku dikuarantinkan di rumah sahaja. Ingat lagi dulu masa awal-awal kes positif di ...

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 3

Image
  ....click here for PART 2 APA ITU CT VALUE?   Cycle Threshold (CT) value ataupun  nilai kitaran ambang  adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat untuk melintasi paras Nilai ambang atau threshold level dan dikesan sebagai positif. Biasanya dalam ujian rt-PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.   Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka dapat dirumuskan; kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi; jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal; pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan; kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain; salah satu kemungkinan kesan mutasi protein  spike  atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi; dan jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna:- jangkitan berada di peringkat akhir kebolehjangkita...

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 2

Image
  ....click here for PART 1 APA PERLU KAU BUAT LEPAS TU   Kau kena bertenang dan tarik nafas dalam dalam dulu. Relax dan cakap dengan diri aku redha. Kenal pasti kontak rapat, sebab doktor tu akan minta senarai nama, alamat, nombor ic dan no telefon setiap kontak rapat kau. Esok dia kau kena lapor diri kat  Covid-19 Assessment Centre  (CAC) yang terdekat, doktor akan bagi info. Lapor kepada ketua komuniti/blok/apartment/kampung bagi urusan  keselamatan dan bantuan. Menjalani kuarantin selama 10 hari. Apa-apa pon tenang dulu dan tarik nafas dalam-dalam Pertama aku inform housemate aku dulu, sebab dia adalah kontak yang paling rapat dengan aku kat rumah. Tahu tak, apa reaksi housemate aku bila aku bagi tahu aku positif covid. Muka dia cuak dan merah padam, dan kata dia aku bergurau. Banyak kali aku yakinkan dia sampailah aku bagi result swab test aku dengan dia baru dia percaya. Keadaan masa tu agak sukar dan tak pernah kam...

AKU DISAHKAN POSITIF COVID-19 - PART 1

Image
Assalamualaikum WBT  Hi Everyone Lama kita tidak bersua dalam blog ni kan. Aku pon dah lama tak update atau buat entri kat sini. Ok, nak bagi tahu ni. DISAHKAN POSTIF COVID-19 Pada 3/8/2021 (Selasa) aku disahkan positif covid-19 😢 Keputusan Swab Test rt-PCR Cerita dia bermula bila aku pergi swab test pada 2/8/2021 untuk syarat kemasukan ke Negeri Sabah bagi urusan menghantar lukisan Building Plan (BP) projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Keesokanya petang pukul 3:15pm aku dapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, bila aku jawab telefon tu tak terfikir langsung pasal result swab test semalam tu.  "perbualan dalam telefon" Salam, ini Encik Ahmad bin Lakibul? ok encik saya Dr Muaz dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya. Berkaitan result swab test encik semalam. Encik positif ye, dengan tenang Doktor tu menerangkan dengan aku. Aku pulak gelabah dengan tanya berkali-kali:-  betul ke ni doktor?  betul ke ni doktor? betul ke ni? 😟   Tiba-tiba perasaa...